Monday, 4 June 2012

jangan balas dendam ye..

Posted by azira rahman at 22:20 0 comments Links to this post
hai.

lama betul tak berblogging sampaikan aku tak sure aku nak start dari mana. *sigh.

ok la. sekarang ni kan cuti sekolah. so haruslah banyak kenduri kendara kan. well itu perkara biasa. tapi yang luar biasanya ialah apabila yang kawin tu kenalan-kenalan aku. sebab apa jadi luar biasa? sebabnya aku sekarang dekat cameron highland, member aku kat kedah. sangatlah tak best bila tak dapat nak pergi kenduri kawin dorang. eh sekali seumur hidup je kan...sob3~

bila jadi macam ni terus aku rasa takut. ye la..aku ni pun dah tak lama mana dah nak hidup membujang. kang member salah faham ingat aku saja-saja je takmau pergi kenduri dorang tak ke haru? sape la nak datang kenduri aku nanti? dah la kenduri kat kampung tu memang susah gile la nak nampak muka aku ni. haiyaa. harapkan member je la nak datang meriahkan majlis aku.

member yang kawin..sila jangan salah faham okeh. bukan aku saje suke-suke tamau pergi kenduri korang. aku kerja jauh, aku takde banyak cuti, aku susah nak balik. haa amek kau punya banyak alasan aku bagi. sori tau. kenduri aku nanti jangan la korang balas dendam lak ea....








p/s: teringat kata bos time meeting tadi " korang kawin la cepat-cepat. boleh save bilik, save katil. saya boleh sponser maa kenduri kamu"...miahaha~awesome bos being awesome!

Saturday, 2 June 2012

Posted by azira rahman at 23:26 0 comments Links to this post
seriously..aku nak hupdate belog. time keje bukan main mencanak-canak lagi idea datang main-main kat otak aku ni. macam mengejek-ejek aku buat kerja je tau. then sampai je rumah, terus hilang mood nak berblogging tu. asyik melayan 9gags je. harem je kan. xpe la...ade rejeki ade la kan..haha boleh ka macam tu?

Monday, 21 May 2012

....happy work

Posted by azira rahman at 22:32 0 comments Links to this post
hai. harini isnin dah. maka, dah genap seminggu aku kerja. alhamdulillah semua nya baik-baik je. walaupun terlalu banyak drama yang dorang persembahkan, yang dorang cipta. lantak korang la. janji gaji aku masuk. ye dok?

makin banyak benda baru yang aku dapat belajar kat sana. especially pasal bunga kekwa la. perasaan paling best bila korang dapat kenal nama-nama bunga tu. serius lepas aku dah kenal nama bunga semua tu, aku makin terasa nak sangat tau lebih mendalam pasal bunga. iye, itu bukan bidang kerja aku. tapi aku sendiri minat nak belajar benda tu.

nak sangat aku tau bila bunga tu boleh harvest, takat mana batang tu nak dipotong?baja apa guna. semua-semua la. best ok. benda yang paling aku suka kat opis tu..bau bunga kekwa. tau tak bunga kekwa bau macam mana?herm...bau dia susah sikit nak describe, tapi unik. certain rang je kot dapat bau ni. hehe

aku dengan kak k suke betul bau bunga kekwa. swit je. actually kan, aku nak sangat show off tempat kerja aku kat sini. nak tunjuk semua-semua. tapi terlupa nak ambil gambar. macam mana mau show off kan. tak best la kalau setakat bercerita je, no pic no prove rite? hehe

insyaallah esok aku pergi tangkap gambar semua ea.


Monday, 14 May 2012

admin officer..ok laaa

Posted by azira rahman at 22:38 0 comments Links to this post
hai. now i'm here. at CAMERON HIGHLAND. not so wow la. mananya tak, nagis-nagis aku time nak pisah dengan family semalam. teruk jugak la aku nagis and dah lama sangat kot aku tak nangis macam tu. mula-mula aku dah sedih sikit and air mata ni dah start keluar tapi still boleh cakap la.

aku nangis memang tak reti cover punyala. atiqa dah start nyanyi-nyanyi lagu kat aku. tah apa lagu tu aku tak ingat, tapi ada la cakap 'mata along merah, along nagis'. lebih kurang la.....tapi last-last time betul-betul nak balik die yang nagis teruk. sama naik dengan aku je. haha.

aku rasa buat masa sekarang memang die xleh dengar suara aku lansung la. asal aku call cakap dengan die je mesti die nangis. herm, saba ye adik. along pun rasa yang sama, asal call rumah je mata nak basah je. tah kenapa tah. nyah sesuka hati je kutuk2 aku nangis. nak buat macam mana dah air mata ni yang nak keluar. kan adik kan.....

kerja?

so far kerja tak de sangat, sebabnya tadi first day aku. gaji dorang bagi rm1500 je. baloi x?bagi aku ok je sebab kerja aku bahagian admin. admin bukan banyak sangat pun kerja. so , tak mau la tamak sangat kan. FYI, kat atas tu sejukkk sangat. bagi aku la. sepanjang2 masa aku pakai sweater tadi. tapi budak lain selamber je xde pakai sweater. biasa dah kot.....

ok la..nanti aku update lain k. nak setel tengok running man pastu nak tido. 
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea