Sunday, 27 February 2011

beza seringgit dengan lima puluh ringgit

Posted by azira rahman at 09:49 5 comments Links to this post
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah.
Eh,ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

ps:/apa kata kite sedekah lima puluh ringgit lak pas neh?hehe

Saturday, 26 February 2011

nak balik!

Posted by azira rahman at 11:27 0 comments Links to this post

cantik kan suasana kat sini.
my family..~kecik, daddy kewl, mommy, kakek~
baby photographer

ok! aku jelez...
mentang-mentang aku jauh.
dorang suke-suke je jalan sana-sini.
waaa~apa-apa pun tunggu la along balik baru jalan-jalan.
xadil betul, cakap sikecik tu jugak yang nak diikot sangat.
haishhhh...tunggu la bulan 5 ni,
along ajak p jalan kat semua tempat.
haa~baru puas ati.
kehkehkeh

Thursday, 24 February 2011

suami isteri tukar jantina |

Posted by azira rahman at 14:20 0 comments Links to this post
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.Kemdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja.Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali…."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? …Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !~~~~~ ‘

"Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??" Sergah satu suara di sisinya.Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??"."Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..".Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu ,terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…


* Moral of the story: Hargailah apa yang diberikan oleh tuhan kita…………..

want ol of diz

Posted by azira rahman at 13:44 0 comments Links to this post
what i really want for my becoming birthday
1. new bag. i don't care which type of bag. i just want another bag to replace my old bag.hehe~
2. shoes. really need shoe or heels. can i?
3. meet my parents. anyone want to treat me a fight ticket? u are mossstttt welcome!
4. go for vacation. to an island or anywhere cold. mersilau maybe...hehe
5.yea...new jeans. can i have LEVIS?haha..so demand lol...

ps: i just got a job!

Wednesday, 23 February 2011

kalau buat salah..sila mintak maaf

Posted by azira rahman at 13:16 2 comments Links to this post
ape perasaan korang if bende yang korang sangat sayang dirosakkan?
hot kan...
haa..tu la yang jadi kat aku 2 hari lepas. sangat -sangat la geram. moto kesayangan aku dirosakkan. meh la aku story cane boley jadi camtu..

malam 2 hari lepas aku turun makan dengan im kat cafe, rancangnye nak makan same-same la. tapi tak jadi sebab malam tu ada manifesto untuk pilihanraya esok. punya la crowded. aku dah menyampah kalau tempat-tempat crowded, bising camtu. so, kali beli jela makanan. decide nak makan kat atas. sekejap sangat kot kami turun.

sampai je bilik, aku terus basuh baju im. tetibe je aku dapat mesej dari im cakap boi (bukan nama sebenar) excident. tekejut aku, terus aku call im tanye. aku bukan tanye teruk ke die xcident, tapi aku tanye.."die naik ape la?jangan cakap moto kite..."haaa...agak kejam kan..biar la. watpe aku nak kesahkan die, die amek moto aku tu ade die mintak?ade??banyak kali dah kot..bia die rasa la tak berkat amek barang orang camtu je.

nak kata moto aku tu teruk sangat tak la jugak, boleh jalan tapi tak boleh tukar gear,tak boleh nak tongkat. siyez menyusahkan orang.takkan la aku bawak moto pastu time nak tongkat sandar je kat mana-mana pokok yang ade, wat macam nek beskal kecik-kecik dulu. so far, aku still marah kat die and aku rasa die layak terima akibat ni. len kali nak pinjam barang orang even nak pakai minyak rambut sekalipun..mintak. jangan wat cam harta sepencarian. suke-suke ja..harta orang harta die, harta die..harta die. tahi kau la..

sampai sekarang die tak cakap sori pun kat aku sebab rosakkan moto aku tu. haishh bile pikir balik macam nak p tumbuk je die tau. *hahaha...bajet garang*. tapi aku siyez geram dengan die sekarang. tah bile la geram ni nak hilang. haaa...yang wat aku lagi-lagi terasa tu sebab baru 2 hari sebelum die xcident tu aku repair moto. mau dekat 3 rat aku habiskan kat moto tu. senang-senang je die amek moto tu wat cam moto sendiri. oii...meh aku nak tanya sket? ko ade share ke dalam moto neh?haaa...xde kan..sedar la sket diri tu k. untuk pengetahuan korang perangai die memang camni, bukan dengan aku je. sape-sape punye barang pun die pakai sebat je dulu. bukan reti nak mintak. aku still tunggu perkataan "sori aku rosakkan moto ko, n sori sebab pakai tak mintak"!

Sunday, 20 February 2011

Syaz yang comel

Posted by azira rahman at 13:42 0 comments Links to this post

Aku tak tau la kenapa syaz bagi aku lilin ni. Mean aku sebab sebenar. Tapi aku tengok kat lilin ni ade tulis sowi, so aku assume la yang die rasa bersalah dengan aku pasal nak pergi amek moto semalam. Maybe la..,,huu~ tapi siyez kiut die neh. Hehehe. Tau-tau je aku suke lilin wangi camneh. Cantik kan. Memang sah-sah la aku tak pakai, aku simpan je. Tak sampai ati woo nak pakai lilin comel camni.

Comelkan..tuan bagi comel…lilin ni pun comel. Tengok tu..siap ade SOWIE lagi…hehehe…..

Ni hasil editan aku [hahaha…editan lagi tu, perosak bahasa betul la…]. Amacam editan aku? Ok tak?hehehe…….siyez aku suka. Tq syaz sebab bagi lilin wangi ni kat aku, tapi aku cakap betul la..memang aku takkan pakai lilin ni. Cantik sangat, tak sampai hati lor..kalau aku nak nyalakan jugak lilin wangi memang aku beli baru la. Huu~

Ps: aku tak jumpa beg yang cantik pun. So tak de lagi la beg baru untuk aku. Tunggu jumpa yang berkenan dulu.

Friday, 11 February 2011

bile dah xdak kerja....

Posted by azira rahman at 15:06 5 comments Links to this post
first time dalam sejarah hidup aku *bukan sejarah malaysia ea* aku pakai make up, muka aku diconteng make up. huu~ actually dah lama aku teringin nak makeup. tapi xpandai and takot nak mencoba. rasa macam xsesuai la, macam pelik la...dan bermacam-macam lagi alasan aku tu. hahaha.

so tadi habis kelas aku lepak habis tengok movie korea, NINETEEN [top dengan seung ri belakon] syaz tetibe je datang gile die nak makeupkan aku ni. banyak kali dah aku dok bagi alasan kat dia. kali ni xdapat lari dah. huu~

ni la tukang makeup a.k.a BFF aku.

die punya godek sini, godek sana. conteng sini, conteng sana kat muka aku neh, sampai terkebil-kebil mata aku. keluar habis air mata aku. hahaha. punya la xpernah makeup. btw aku siap pakai bulu mata palsu lagi tau. aww first time tu. jom usha hasil kerja dia. mana tau berminat, boleh upah dia jadi mak andam korang kan. hehe

mata den yang mahal.
hilang separuh penglihatan aku sebab bulu mata yang super lebat tu lindung. tapi aku suka la syaz makeup kan aku ni. cantik la.

syaz cakap muka ni gatal gile. ayat mudah...MUKA GEDIK. haha
[macam orang arab x?hahahahahah]

close up mata aku yang menawan neh. i like~

Tuesday, 8 February 2011

aTiQa

Posted by azira rahman at 17:22 6 comments Links to this post
hari ni birthday adik aku yang bongsu @ nama panggilan die KECIK. hehe
sedar xsedar dah umur 5 tahun dah dia. sedeh lak rasa tiba-tiba sebab tak dapat tengok dia membesar depan mata aku [hehehehe macam ayat seorang ibu kepada anaknya..wakakaka].
rindu sangat nak bergadoh dengan dia.
ok aku mengaku yang dia ni dalam spesis yang comel la, yang boleh tarik perhatian orang. since dia kecik lagi tau. dapat je die attract perhatian orang. *sebab lesung pipit die kot*

aku ada call dia pagi tadi, before dia pergi tadika. mulanye dia tamau pun cakap dengan aku. lepas ibu cakap "dengaq ni along nak nyanyi apa"
terus dia ambik phone tu. aku pun nyanyi la lagu birthday kat dia. dia suka neh.~wee aku turut heppy. siap mintak hadiah set mainan masak-masak lagi.*dasar budak kecik*
dulu aku kecik-kecik mana la dapat main semua tu. kalo nak main sangat pun pakai tempurung semua-semua tu je. die je boleh dapat semua neh.*jelez*

jom la kite usha-usha gambo budak tecik ni ea.
[dia sangat suka tangkap gambo *die nak jadik model kot*]

time mandi kat pantai kat penang. *lupa dah pantai apa*

comelnya!!aku yang snap ni

muke kecik yang innocence..
*bila dah besar cakap banyak, sampai malas nak layan*


gambo time photoshoot kat bendang kat umah tok. *aku je xde..sob3*

ni la masalah dia, tangkap gambo muka xpernahnye nak normal. senget memanjang

bajet suju *meluat*

sifu dan tongga versi kecik

"ape?die ingat die tu TOP BIG BANG ke?"

banyak kan gambo dia. sebab aku rindu dia sangat-sangat. lama dah tak jumpa.
kalau aku call dia mesti dia pesan camni
"along, along balik nanti laptop along sapa pun xboleh pegang tau. jangan bagi sapa-sapa pun. along dengan adik je boleh pegang. ibu, abah, nyah, kakek dengan kak b xboleh pegang tau"

tudia dia dah booking dah. awal beberapa bulan lagi tu.,
yala adik along ikot cakap adik tu..

Sang-il Chookha-Hapneeda

simpulan bahasa: berat kepala

Posted by azira rahman at 11:28 2 comments Links to this post

TENSEN!!!

ni keadaan dalam kepala otak aku sekarang

haa..bile dah start wat keje mule la kuar perkataan tension dari mulut aku neh. yela, kalo dah start wat keje baru tau salah kat mana. haishh

sebelum ni aku wat site thesis kat Kampung Kaiduan je. tapi responden xcukup lak. supervisor aku suruh amek kampung len lak. aku pilih la Kampung Tanaki. aku ingat Tanaki tu sikit je la orang nye. sekali tadi time nak wat slide show progress. nah amek kau..dekat 5rat orang die. mampus la aku camneh. dah la aku amek data 100%. kuyak!

terus hilang semangat aku nak wat slide tu. sekarang tengah dok pikir nak kene wat peratus lak sebab teruk la kalau aku nak amek sampai 100%. aduh menyusahkan betul la. nyesal lak tau amek tajuk ni.haishhh...[nyesal sekarang pun xgune dah..sob3]


dah sakit balik kepala otak aku neh. baru je nak baik.

~sekadar gambar hiasan~

Friday, 4 February 2011

ciuman main-main?

Posted by azira rahman at 21:51 3 comments Links to this post
ape aku buat sekarang?

tengok drama ni la. best. aku dah addicted dengan drama korea. lepas satu-satu aku tengok. xde pulak timbul perasaan bosan tu. cuba kalau bagi buku sebuah, betuah la kalau dapat habiskan. stay up sampai pukul 3 sebab tengok drama ni. kalau pasal study, pukul 12 dah menguap mati-matian. kuar air mata sebab asyik menguap je. hahaha. punya la perbezaan dia.

drama ni aku suka tengok sebab actor dia. kim hyun joong. aku suka tengok dia. sebab tu aku teruskan tengok drama ni. dia nampak calm je. aku suka laki camtu. juz perangai die yang sombong sket la yang wat aku kesian kat heroin die [jung so min]. tapi kureng sikit sebab heroin die xmengancam sangat la.haha. kondem orang lak kan. kalau amek eun hye lagi mantop kan. 2 2 pelakon aku suke. hahahaha~

eh,meh aku cerite sikit drama ni cane. ha ni sorang pelajar thn 3 yang agak bodoh la. act die xbodoh, juz malas nak study je. tapi masalah die ni, die suke dgn baek seung jo. sorang pelajar tahun 3 jugak yang sangat genius n sombong plus suke pandang rendah kat orang. ha ni ade bagi surat kat seung jo ni. love letter lagi. tapi seung jo boley lak wat pembetulan kat surat 2, siap bagi markah lagi. D-. hahaha~ nak dijadikan cerita, dorang terpaksa tinggal 1 rumah sebab rumah ha ni runtuh. sejak tu seung jo nampak macam suka ha ni jugak tapi tah la. mulut die cakap len..haa~sampai situ je la dapat aku cite...nak tau lebih tengok sendiri ea...

so far aku baru tengok sampai episode 9. uih jauh lagi perjalan tu nak sampai episode 16. xpe, toksah risau. esok konpom habis. hehe~

daa..nak sambung tengok.
kalau korang interested nak tengok drama ni. tengok kat SINI ea.
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea