Tuesday, 29 March 2011

aku berSYUKUR

Posted by azira rahman at 13:29
sebelum start wat aku punya thesis aku nak update kejap. aku dah janji kan...

ok!semalam dalam perjalan balik dari sandakan, kat telipok kalau tak salah aku. aku ada nampak 2 orang budak pakai baju skola. time tu aku xsure lagi dorang ni baru nak pergi or dah balik. kami stop kejap pergi toilet. eh lama la jugak...siap sempat lagi aku kutuk2 anjing kat situ. hehe~dah dalam 10 minit stop kami teruskan perjalanan.

tetine aku ternampak 2 orang student yang lalu kat kereta aku tadi. tengah jalan naik bukit. kesiannya. sedih sangat aku tengok. aku tau penatnye tu nak kene naik bukit tengah2 hari rembang tu. fine, lepas je kereta aku. ada bas pulak. lagi la aku rasa kesian kat dorang. korang paham la kan, kalau bas lalu..debu die tu. dah la baju dorang tu putih. kene lak debu. sedih.......kalau la kereta semalam tu kereta aku, memang aku dah tumpangkan dorang pergi sekolah.

tapi still perjalanan herus diteruskan. wah..hehehe. bile sampai kat pekan die, aku terpikir nak tanya mana sekolah. rupanya2 sekolah tu lagi jauh kedepan k. kesian dorang. xsalah aku dari start aku nampak dorang sampai ke sekolah dorang tu ada la dalam 2 km. jauh nye dorang kene jalan. tu xkire dari rumah dorang lagi tu.

aku bersyukur sangat2 sebab dilahirkan dalam family yang serba lengkap. apa2 aku mintak ibu dengan abah akan tunaikan.pendek kata aku tak pernah rasa susah lansung la. tak pernah aku bayang aku akan jalan kaki pergi sekolah dalam keadaan panas terik dan berdebu. kene naik bukit lagi. ya ALLAH..bersyurnye aku rasa.

budak2 tu mesti belajar bersungguh2 kan. yela. kalau dah kene berjalan sampai 4 km sehari ulang alik kesekolah, p sekolah men2 pulak. sila pergi mati je la. tetibe aku terpikir, macam mana kalau hujan?cane dorang p sekolah?waaaaa.....mommy,daddy....tenkiu besarkan along dengan sempurna....

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea