Sunday, 28 August 2011

kenangan raya ketika budak hingusan

Posted by azira rahman at 12:12 0 comments Links to this post
kenangan raya time kecik-kecik yang paling aku ingat mesti la time dengan cousin-cousin aku. best gila weh jadi budak tecik. hehe~part jalan ramai-ramai pergi kutip duit raya tu memang paling best la. nak jalan pergi kutip duit raya pun bukan main pasang strategi bagai tau. punya la nak collect duit raya bebanyak. haha. kalau nak kutip duit raya, tak boleh jalan dalam group besar, kurang-kurang dalam group tu ada dalam 4 orang je. tak boleh lebih. sebab apa.....sebab nanti kalau pergi ramai-ramai dapat duit raya sikit je. sebab ramai sangat. hahaha

rumah yang nak beraya tu pun dah di aim sejak beberapa hari sebelum raya lagi. haha. tau dah mana rumah yang bagi dua henggit, mana bagi lima posen, and mana rumah yang bagi dua posen. gaga, ofcourse la rumah dua posen tu kita orang tak pergi. haha~biarpun rumah yang bagi dua hengget tu jauh kene merentas bendang, sanggup jugak tu. hehe~budak kecik kan.....

memang dah jadi kebiasaan la, malam raya je mesti aku dengan adik tido kat rumah tok. sebab nak main-main dengan kezen malam tu. nak planing macam-macam. hehe. so, paginye bangun je tok akan mandikan sorang-sorang. since kami ramai gugurl and umur pun boleh dikatakan sebaya. tok ajar mandi sunat raya. tok...sayangnya kat tok. rindu nak suruh tok mandikan. tapi tok dah tak sihat sekarang, dah tak boleh jalan pun. tapi takpe tok, apa yang tok ajar, along ingat and amalkan samapi sekarang. tiap kali pagi raya je, nak mandi mesti along teringat tok. 

sekarang tengah tunggu nak balik rumah nenek je. jarangggg betul nak dapat beraya kat rumah nenek tau. siap dah lupa pun macam mana feelingnya beraya rumah nenek. takpe2, kite experience tahun ni feeling tu. yang pasti aku dah download banyak-banyak bekalan cerita korea. mana tau bosan ke.....heheh

selamat hari raya

Posted by azira rahman at 00:43 3 comments Links to this post
harini dah 28 ramadhan. insyaALLAH esok hari last kita berpuasa. insyaALLAH. sedih pulak dah nak habis ramadhan ni kan. best tau bulan ni. buat amal dapat berlipat kali ganda ganjaran pahala tu. bulan len mana la nak dapat. bulan ni je.

aku ada bagitau sebelum ni yang aku akan raya kat kampung tahun ni kan. di sebabkan rumah nenek aku tu kat kawasan bukit and sudah tentu la line internet tak boleh blah diharap, confirm la aku takkan dapat online untuk wish selamat hari raya kat korang kan.

so, aku ingat nak wish siap-siap la kat rakan-rakan blogger aku ni. aku nak ucapkan selamat hari raya kat sapa-sapa yang mengenali diri aku neh. mintak maaf banyak-banyak if ada kesalahan, mana tau ada terasa apa-apa dengan aku ke. mungkin apa yang aku tulis dalam entry aku ni buat korang terasa kan.

insyaALLAH raya ke2 aku dah balik rumah balik dah. so, sape-sape nak datang rumah tu moh le ye..rumah aku sentiasa terbuka untuk korang. hehehe. erm, lagipun tahun ni raya special sikit sebab aku dengan adik-adik aku buat sendiri semua kuih raya ni. haa~*bangga

esok nak balik kampung, tapi baju apa pun tak kemas lagi. dengan rumah yang huru-haranya macam tongkang pecah. takpa la, esok niat nak bangun awal, kemas rumah and kemas baju. ceee~baek punya niat kan. tengok je la pukul berapa aku bangun esok. hehe~~~

Saturday, 27 August 2011

roomate yang jiwa kacau

Posted by azira rahman at 00:00 0 comments Links to this post
salam
sedar tak sedar dah hari ke 26 kan kita puasa. sekejap je rasa. macam baru sangat je aku hantar muffin kat opis tu. tengok-tengok dah nak raya. lain pulak feeling raya tahun ni. selalu kalau aku kat sabah, mesti time-time sekarang ni dok kat bilik je. bergila sambil dengar lagu raya. haha~dengan rumet2 aku yang memang sedia senget.

syaz dengan cara die, ross dengan cara die, si jue pulak dengan cara die. masing-masing cara sendiri. rindu owh kat korang. huhu~rindu nak dengar syaz menyanyi lagu sorang-sorang dengan full volume, pastu dok kat tingkap kacau orang yang lalu lalang..'hai saye azira, boleh berkenalan?'..betuah punya kawan kan, nama aku jugak diguna. kalau kacau orang tak pe. ni hanjing pun nak dikacaunya. isk isk isk..tu tahap sehabis bosan dah tu.

kalau ross pulak, die suke dok diam-diam je. selalu time aku dok sorang-sorang die datang la kat aku. 'azira nak dengar cerita lawak x?'. tak sempat aku cakap ya, dia dah start bercerita. haha. sebijik macam budak kecik. budak kecik yang dok nak tenteramkan budak kecik lain. tu la gayanya. lawak je..aku ni dengar je la, melayan je..sebab die comel.haha. aku cerita kat im, ross suka bagi aku dengar cerita lawak. im gelak je....pastu bila aku bagitau kat die aku sedih..nanti dia cakap 'p la suruh ros cerita'..haha

jue pulak..ni kawan gadoh aku. jarang betul nak sependapat. nak gadoh je memanjang. masing-masing nak menangkan pendapat masing-masing. konon masing-masing punya hujah la yang betul. last-last diam. pastu oke balik. haha~nak kemana la kan. hari-hari pun dok mengadap muka dia. jue ni nampak je ganas, tapi dalam lemah gila. kesian kat orang sampai kena tipu ribu-ribu ringgit pun boleh diam lagi. nasib la kami tau, baru kami force die p mintak balik. kalau tak, tak dapat dah rasanya duit die tu.

patutnya aku kena sambung buat kuih raya, tapi masing-masing wat bodoh je ni. tah bila nak p buat pun aku tak tau. huhu~letih wat kuih tadi tak habis lagi rasanya. banyak gila kot aku dengan adik-adik aku wat. habis tangan aku kene panas, melecur. sob3~tangan raya guwa...........


Friday, 26 August 2011

Hujan....

Posted by azira rahman at 13:14 3 comments Links to this post
hujan yang berterusan membuatkan aku sendiri risau. risau dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku. kawasan yang lebih rendah sudah tentu akan dinaiki air. raya yang semakin hampir juga sangat merisaukan jiwa kecil ini. semalam, aku bersembang dengan rakan ku di TWITTER. katanya, hujan sudah empat hari berturut-turut tidak berhenti. sesetengah kawasan di LANGKAWI sudah dinaiki air. ya, kawan ku tinggal di LANGKAWI.

adikku ada melihat ramalan kaji cuaca di internet semalam. katanya, hujan akan terus membasahi bumi ALLAH ini sehingga hari raya. malahan, di kawasan ALOR SETAR, hujan lebat akan berlaku. wallahualam, itu hanya ramalan manusia. hanya ALLAH yang mengetahui segalanya. walaupun aku beraya di LENGGONG tahun ini, tetapi ramalan cuaca di sana pun adalah sama, malahan mungkin teruk . menurut ramalan, akan berlaku guruh pada hari raya.

kasihan pada anak-anak kecil. yang mana mereka akan berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah untuk mengutip duit raya. bagaimana mereka akan berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah jika cuaca tidak mengizinkan.

semua ini ketentuan ALLAH. dan setiap yang ALLAH tentukan ada kebaikkan untuk hamba-hanba nya...






ps: erk..ini aku tulis. xde kene hack pun. haha~saje nak try tulis macam ni.hahaha.....rasa matang gile doe..neway selamat hari raya....

Wednesday, 24 August 2011

bangga ke jadi 'gay'??

Posted by azira rahman at 22:42 4 comments Links to this post
salam
aku rasa semua orang dah sedia maklumkan yang 'gay' tu dikecam ramai, salah di sisi agama dan undang-undang. tapi kenapa ada lagi segelintir manusia yang dengan bangganya mengaku yang dia tu gay? masyaALLAH. apa la nak jadi dengan umat sekarang. mungkin inilah tandanya kiamat semakin hampir kan, buat dosa terang-terangan dan bangga dengan dosa yang dibuat.

tadi aku dikejutkan dengan pengakuan gay kawan aku. ok KAWAN aku sendiri. actually dah lama aku perasan yang die ni macam serong sikit. yela, kat pesbuk tu friends die semua kaum sejenis and profile picture dorang semua tak berbaju and ada yang lucah. ewww...aku dah lama remove die ni, yela..geli kot.

pengakuan tu die buat kat kawan aku jugak, hajar..sebab hajar tanya die. and yang mengejutkannya. dia mengaku. aku geleng kepala bila tau. herm, ni ke effectnya sekolah lelaki semua? tak ada pendedahan kepada kaum perempuan? 

ni pengakuan die. nama beliau terpaksa di blur kan. tak baik aibkan orang kan

sekarang ni aku dapat berharap die kembali ke pangkal jalan. biar die sedar apa yang die buat tu salah. aku dengar cerita dari adik aku yang die ada post video gay kat facebook die. nasib baik aku dah remove die awal-awal. kalau tak mesti mata aku semak bila mende tu naik kat wall aku kan.

megan fox's tatoos

Posted by azira rahman at 15:13 3 comments Links to this post
ok harini kita bercerita pasal tato-tato yang ada kat badan megan fox yang hot ni. saya ni just nak share ye, tak bermaksud saya suke tato tau and saya tak pernah bertato lansung k. ala, setakat tato yang kat pembalut chewing gum tu penah la..trend kot dulu. hehe

1. "And those who were seen dancing were thought to be insane by those who could not hear the music."
betul-betul kat rusuk sebelah kanan die.


2. 'brian'
ehem..tempat sulit


 3. "We will all laugh at gilded butterflies."
kat belakang badan beliau


4. 'marilyn monroe picture'
kat lengan sebelah kanan


5. 'there
once was
a little
girl who
never knew
love until
a boy
broke her
HEART'
rusuk sebelah kanan


6. 'moon and star'
kat right ankle


7. chinese symbol 'strength'
below her hair line


8. lambang 'ying yang'
kat left wrist


nah banyak gila kan. aku tertanya-tanya la. tak sakit ke buat banyak-banyak tu? yela..setahu aku kan, tato ni sakit. herm, maybe die minat sangat kot. 

ok la, thats all for now. muslim please no tato ye, tak sah solat tu nanti. tau kan.....

wordless wednesday #1

Posted by azira rahman at 00:47 0 comments Links to this post



Tuesday, 23 August 2011

lembaga kuning

Posted by azira rahman at 17:08 0 comments Links to this post
sejak sejak blog aku ni berwajah baru. makin kerap dah kan aku update blog ni. biasa la tu, ciwi. tau tak ciwi tu apa? haa ciwi tu bahasa kedah and bermaksud teruja dengan sesuatu. macam yang aku mention tadi, aku pergi pejabat sebab nak hantar tugasan yang en lah bagi kat aku. wahh punya best, hehe

pergi pejabat aku ikot jalan biasa la. jalan bendang aku panggil. orang lain aku tak tau la panggil apa. hee~ tengah syok-syok bawak moto dengan kelajuan biasa tetiba aku dikejutkan dengan satu lembaga besar sebesar jalan yang aku tengah lalu tu. lembaga tu warna kuning. aku mula panik. kiri kanan aku sungai. mana aku nak pergi untuk mengelak lembaga kuning tersebut.??

aku pun bawak moto sepelan yang boleh, rasanya kalau ada siput babi tepi aku die dah potong dah rasanya *hee..ok tipu sket*...nasib baik la lembaga tu membelok masuk kesimpang. aku bersyukur kepada tuhan kerana memudahkan urusan aku. aku pun meneruskan perjalanan dengan senyuman di bibir aku kerana di sapa oleh driver lembaga kuning tersebut.

haaa mesti korang terpikir-pikir kan. apa la lembaga kuning yang aku tengah bercerita ni kan. hehe~

**********

********

******

****

**

mesin padi
hahahah~poyo je kan cara aku bercerita. tapi cuak aku tu betul weh. siyez aku cuak tadi. yela..korang bayangkan la, jalan bendang tu besar mana la sangat kan. memang cukup-cukup untuk satu mesin padi je. jangankan moto, orang nak lalu pun tak boleh dah sebab tempat pemutar die tu terlalu panjang. lepas mesin padi tu masuk simpang, driver die angkat tangan kat aku sambil senyum. mesti die ingat aku cuak berabis ni.

 ye bang, saye cuak. 




ok la...........

Posted by azira rahman at 11:40 0 comments Links to this post
ok la kan wajah baru blog aku ni. aku tukar tulisan, tukar warna. tapi yang tak bestnye, aku punya header terlalu simple. yelakan, dah terbiasa dengan header yang meriah bagai tu kan. sekali dapat header yang sedikit matang dah rasa tak best. hehe. takpe, takpe malam ni mulakan sesi mengedit gambo untuk buat header blog. oyeh

sekarang....rasanya aku perlu mandi kot. hee belum mandi lagi. pastu pergi amek baby. pastu pergi OPIS. hee~highlight yang itu. sebab saya CINTA kan OPIS tu. hehe. excited plus rasa macam malu juge sebab dah lama tak pergi sana kan.

oke. kene mandi. babai

tikus membaiki labu

Posted by azira rahman at 11:18 0 comments Links to this post
korang tau kan apa itu 'TIKUS MEMBAIKI LABU'?
haa..aku la tikus tu, labu tu pulak blog aku.
aku secara gatal tangannya pergi tukar layout blog aku tu. 
sedey dah sekarang sebab layout lama yang kiut tu dah hilang..
sob3~
nak layout lama balik,
layout ni xcomel...

dah tau diri tu buta IT nak jugak pergi godek-godek
konon nak try tengok layout baru camana
last-last permanent.
grrrr.....

Monday, 22 August 2011

Fast and Furious 5 – Fast Five Cars List

Posted by azira rahman at 23:55 2 comments Links to this post
since i already watched fast five for a few time and i like this movie so much and now i still watching this movie i want to make an entry about the cars that been use in this movie. owh it is sooo awsome, the cars is really-really stylish and sexy. yea SEXY.

The Fast and The Furious is a action film about illegal street racing in Los Angeles, California that dominated by exotic cars. The fifth series of the Fast and the Furious movie, Fast Five, is ready to debut this summer, unleashing another round of “nos”-fed hilarity. In anticipation of the promised vehicular mayhem, they guys at Inside Line caught up with Dennis McCarthy, the man behind the stable of hot rods featured in the movie.

The first is a one-off, tube-frame monstrosity of an offroad car hauler lovingly dubbed “Mongo.” Mongo was designed to assist Vin Diesel and Paul Walker in filching exotic cars from a moving train. To our eyes, Mongo looks ready to do just that, sporting a 600-plus-horsepower 502-cubic-inch Chevrolet V8, 7:10 gears and 18 inches of suspension travel. According to McCarthy, Mongo did his own stunts, completing a 75-foot jump and driving away unscathed. Wow.

The next sample on today’s palette is possibly the most famous car to come out of the Fast and the Furious franchise, Dom Toretto’s 1970 Dodge Charger. Though the car in the film sports a 900-horsepower supercharged Hemi, keeping costs low dictated a slightly tamer set up for the actual workhorses of the film. In stuntman-ready trim, the Charger sported a 400-hp Chevy small block capped by a gutted BDS blower just for effect. According to IL, it’s loud, scary to drive and uncomfortable, just the way any self-respecting mock up should be.

The silver car at the train is replica of a 1965 Chevrolet Corvette Grand Sport, build by Mongoose Motorsports. It features the ubiquitous Chevrolet 502 big block, backed up by a Borg Warner Super T-10 four-speed stick. The combination rides on C3 Corvette suspension, which struggles to handle nearly 600 horses stuffed into a featherweight frame.

The final car on the list is the star of the fast five is  2010 Dodge Chargers SRT.  2010 Dodge Chargers SRTis a car that is in use Dom and Brian for stealing the vault.

After weeks of abuse at the hands of Hollywood, none of the cars are feeling as healthy as they once were. That said, they all still run, which can’t be said for hundreds of other cars used in the movie. Added to that, they’ll all still burn up the rear tires with poise, showing they still have their dignity. 


i want diz.

There is the 22 Fast Five cars list:

  1. 1963 Ford Galaxy
  2. 1966 Ford GT40
  3. 1965 Chevrolet Corvette Grand Sport
  4. 1967 International Scout
  5. 1970 Charger
  6. 1970 Ford Maverick
  7. 1972 Nissan Skyline
  8. 1972 Pantera Detomaso (the black Car in train)
  9. 1996 Toyota Supra
  10. 2007 Porsche GT3 RS (That Dom wins in a drag race)
  11. 2006 GMC 2500 Yukon
  12. Nissan GT-R ( The car at the end of Fast Five Movie)
  13. 2010 Dodge Challenger ( The car at the end of Fast Five Movie)
  14. 2010 Subaru STi
  15. 2010 Lexus LFA (Han car’s is seen blazing down the autobahn in)
  16. 2010 Dodge Chargers SRT (Modified Vault Chargers)
  17. 2011 Dodge Charger Police Interceptor
  18. Gurkha LAPV
  19. Ducati Street Racer (Bike)
  20. Train Heist Truck (Mongo)
  21. Honda NSX
  22. Koenigsegg CCX (Roman and Tej car’s that show up with, near the end of the movie)

update tanpa idea

Posted by azira rahman at 14:14 0 comments Links to this post
hai
aku nak update belog tanpa ada apa-apa idea. boleh tak.? actually aku tengah tunggu masa nak amek adik aku, and hantar makanan kat adik aku. nggee~bulan-bulan puasa pun kena hantar makanan. tu la, dah tau awal-awal diri tu peot, tamau bawak balik makanan banyak-banyak ke hostel tu. sekarang, aku jugak kena berpanas hantar. tak apa..tak apa..along korang mood baik punya harini. so, takada marah-marah or masam muka. hehe. 

haa...aku dah siapkan kerja yang cik lah bagi. alhamdulillah. lega ni. so, esok aku akan pergi opis la hantar. wee~ini la yang aku tunggu sangat-sangat ni. sebab aku rindu gile kat dorang semua. semua-semua la. rasa macam lama sangat dah tak jumpa. tu la, selalu sangat aku menempek kat opis tu sampai kan baru 4 hari tak jumpa dah rasa lama gila. ok, over. haha..

baju raya pun dalam proses pembikinan. ibu baru je gunting kain tadi. time ibu tengah mengukur badan aku tu, sambil-sambil tu aku tengok la ukuran badan aku. waahh ada perbezaan la dengan yang tahun lepas punya. mean aku dah kurus la ni. hehe~syok seketika. nak je balik kampung nanti, makcik-makcik aku puji aku dah kurus. haha~plus dah santek..nggeee~

oke la..mau bersiap dulu. btw, aku ada jumpa satu katalog giorgino saintino. perghh..kasut-kasut dalam tu memang mencabar keimanan aku la. santekkkk gila. geram je aku tengok. harga pun berpatutan la. nasib baik la aku dah beli kasut raya tau. tak pa,takpa..habuan kerja nanti. hehe

ok chow

Sunday, 21 August 2011

oren & epal kagum tengok kipas

Posted by azira rahman at 23:05 0 comments Links to this post
jom tengok gambar meow-meow aku
epal and oren

hai saye oren. 

 naa 2 2 ni tengok camera. gila publisiti sungguh

arghh cute. wana hitam tu epal, oren tu oren la..

 haa nak tau tak kenapa dorang mendogak kelangit ni?

 nampak tak 2 makhluk halus dengan mata bersilau tengah kusyuk fokus something kat atas

sebab...dorang tengok kipas. hahah~comel kan. kipas yang tengah nak stop tu pun tengok kusyuk gila. sampai la kipas tu stop, betul-betul stop baru dorang pergi main lari-lari. haha~asal la korang ni comel sangat??grr..geram je....

makan banyak-banyak, sampai boroi

Posted by azira rahman at 00:10 0 comments Links to this post
salam ramadhan ke 20.
harini kami berbuka puasa ala kadar je. tak ada nasi pun. just kuih-kuih. jap-jap aku ingat balik apa yang ada tadi. ada kuih sagu, laksam, mash potato, bun pizza, bun potato, bubur lambuk dengan air teh. tu je. simple kan. hehe~

makanan camtu punya simple pun aku makan banyak tau. tak tau la apa kene dengan aku harini. dengar je orang azan terus minum air. sebab aku tak suka kurma, so aku berbuka la dengan benda manis. boleh kan? pastu cepat-cepat cedok mash potato masuk dalam mangkuk, nak rasa la kononya. puji diri banyak-banyak, komen sikit-sikit, dah habis. 

capai pulak laksam. laksam memang aku tak boleh tolak la. favourite aku tu. laksam hari-hari pun aku tak kan merungut rasanya. sebungkus tu kiranya tak payah share la, tak cukup untuk perut aku nanti. hahaha~kalau aku dah makan nasi time berbuka pun, malam sikit mesti aku makan jugak laksam tu. thanks to my cousin sebab bagi laksam tu. kalau bagi hari-hari pun tape, saya tak kesah. jangan lupa letak telur ea. hehehe..*demand

oke-oke, balik ke cerita asal. cerita makanan. hehe. tengah-tengah main game petville dengan adik-adik aku, sempat lagi makan 2 dadih jagung and mash potato. time tu dah rasa sangat full dah. so stop la kejap. kirenya perut aku ni sempat la berehat seketika, dalam setengah jam ada la kot. seketika la tu kan. haha. 

pergi dapur konon nak minum air, ternampak la pulak bun pizza bersinar-sinar kat atas meje makan tu, ala..macam dalam cerita upin ipin tu. apa lagi terus pilih yang paling besar. haha gila tomak. pastu tambah mayo, tambah sos. pergi makan sorang-sorang depan tv. stylo kan. hahahah~aku bangga dengan diri aku.

so sekarang dah sangat full and tak terasa nak makan apa-apa dah. bulan puasa ni aku sangat kurang makan nasi. tak bernafsu lansung tengok nasi. tak tau la kenapa. so, sekarang ni dok makan benda-benda merapu je la. yang tak berapa nak ada khasiat tu. hehe~

Friday, 19 August 2011

jangan main mercun-------> bahaya

Posted by azira rahman at 23:04 0 comments Links to this post
korang nak tau tak, since aku kecik berhingusan sampai la besar panjang macam ni, sekali pun aku tak pernah main mercun. except mercun pop atau nama lain die mercun bawang. memang tak bahaya lansung ni. haha. kelaka je kan, muke ganas. tapi tak berani main mercun. 

mercun ni je la aku berani main.
 dulu kecik-kecik time pakngah ada kat semenanjung ni, banyak la jugak stok mercun dengan bunga api. walaupun aku tak main, walaupun aku tengok je. rasa puas betul sebab dapat tengok percikan-percikan api tu. cantik sangat. tapi part yang bunyi letop kuat-kuat tu agak annoying la. tak suke tau.

bagi aku la, mercun yang aku rasa sangat cantik adalah mercun gasing. cantik gile dow. mercun gasing ni ada cahaya cantik and tak mengeluarkan bunyi. stakat bunyi zzzz camtu je la. so, tak effect kat telinga aku lansung. haha. saya sayang telinga saya. 

mercun gasing. cantikkan

mercun bola
 oke. kat atas ni adalah satu jenis mercun yang aku tak suka sebab bunyi dia sangatlah kuat. meletop-letop. yaiii. panas hati panas telinga oo. sangat tak suka. sebab aku pun takot nak main mercun ni, so aku labekan mercun ni tak best. patut tak?

haa..sebut pasal mercun bola. aku dengar yang mercun bola ni menyebabkan banyak kecederaan. erk ngeri betul. aku search mercun bola kat google tadi. naa macam-macam jenis kecederaan aku jumpa ni. tangan hancur tu jangan cakap la. memang hancur betul la sampai aku takmau masukkan dalam blog aku yang suci ni. nanti aku pulak yang geli-geli. hehe~teruk....

lastly, nasihat untuk adik-adik yang suka main mercun , meriam or apa-apa je yang bahaya ni. udoh-udoh le main tu. bahaya tahu tak. pastu plus bunyi yang kuat gedebom gedebam sana sini tu. mau tekejut melatah la makcik-makcik yang dengar tu. moh le kite main mercun pop je pas ni dengan bunga api..hehe~

7 reason why your mom should't be your facebook friend

Posted by azira rahman at 22:25 0 comments Links to this post


sumber: c-sectioncomics

majlis berbuka puasa perhilitan kedah

Posted by azira rahman at 00:36 1 comments Links to this post
owyeahh..
alhamdulillah. hehe. itu yang sebetulnya.
aku baru je sampai rumah dalam pukul 11 tadi. so, sekarang kerja aku sambung main empires & allies, snooker and cafe world. vah vah..makin bertambah pulak kan game yang aku main. ni yang bagus, sebab aku tak ada la buang masa yang dianggap emas ni kan. hehe

oke. story pasal majlis berbuka puasa Jabatan Perhilitan Kedah tadi. best ok. sampai je aku jadi malu-malu, dengan en mail pergi drop kami bawah khemah. gila VVIP. haha.weh..seriously aku rasa malu ni tadi. tak tau kenapa. jalan tak tengok kehadapan dah pandang bawah je. haha. totally not me la. pastu dah lama-lama sikit, dah start adapt. mula la gelak kuat-kuat. haha. sekejap sangat kot. 

makan?
wah..aku rasa since aku berpuasa ni, ni la first time aku makan banyak. macam-macam ada. ko nak apa?cakap je. satay? kuih-muih? nasi? kuih raya? rambutan? naa... banyak la tu bagi aku. and, aku makan semua yang ada kat situ. walaupun aku amek sikit-sikit. haha. pandaikan aku hargai makanan...

 firdaus mula-mula amek makanan nak berbuka pesan kat aku

"along, hang makan banyak sikit"

haha...tak perlu dipesan la. aku memang makan banyak kot. 
time moreh aku makan lagi. die dah start tekejut.

"along, dah-dah la tu makan.."

hahaha...pulak dah...tadi iya-iya suruh aku makan banyak. aku makan la banyak-banyak. sekali tekejut tengok aku makan banyak suruh aku stop pulekk. haa..baru tau...cuma air je. aku pun tak tau kenapa aku tak boleh nak minum banyak-banyak. senang sangat perut aku ni nak kembung. 






ps: "azira, kalau time tu hang menganggur lagi, meh la join kami family day"
      amboi puan.......hahaha~insyaALLAH

Thursday, 18 August 2011

mari lihat azira menembak

Posted by azira rahman at 16:03 0 comments Links to this post
aku pernah menembak guna shotgun. haa..ada percaya? actually dah lama dah aku pergi kursus menembak ni. ujung bulan tujuh haritu. buat kat padang sasar apa tah kat perlis tu. haha. punya la dah expired cerita ni sampai aku pun dah lupa nama tempat tu. best weh. mula-mula dengar bunyi tembakan tu terhencut-hencut bahu aku terkejut punya pasal. haha. pas dah lama-lama, telinga pun dah boleh adapt, ok la.

ni team aku
 nampak x aku?aku dok ujungggg sekali. padan la dengan tembak angin tu. bak kata unit pengurusan. tembak halau. haha~weii ada function gak tembak halau tu.

ni close up sket detik-detik aku nak start menembak. hoi...berat trok shotgun ni. aku rasa M16  xde la seberat ni. gegar2 ni tangan aku nak mengendong mende alah ni.hehe. jom2 usha gamba lak. bak kata omputih "picture describe a thousand word". 

masa mula-mula angkat shotgun tu. makaiii berat gilos
tengah carik posisi, selesakan badan dengan shotgun tu. tenang......
oke..pic ni aku xsure aku baru lepas tembak ke apa. btw, ada gaya x sebagai penembak pro?
dorang bagi 5 bijik peluru sorang. sasaran dalam 3 je. tu pun aku xdapat jatuhkan. buat malu je kan. haha. xpa2..percubaan pertama. pasni kalau aku menembak lagi sure jatuh semua. kalau die bagi 5 biji peluru, 6 sasaran aku jatuhkan. hahah~punya hebat.

oh yea. nak bgtau, aku jadi mc time tu. wahh first time since aku hidop, selama 22 tahun ni aku jadi mc. caya la zira. terima kasih la kat ejat, sebab die banyak ajar aku cara nak jadi mc. yela, even aku beginner, aku tamau la diperlecehkan. wah..ayat. aku nak gak buat perfect. aku belaja 2 hari dow nk jadi mc. punya la bersungguh-sungguh.

hai.saya azira. saya jadi mc.
so pasni sapa-sapa nak saya jadi mc contact pa saya ya. waaakakaka...perasan suda





ps: japlagi ada majlis berbuka puasa. nom nom. makan banyak2...

Tuesday, 16 August 2011

potato wedges first attempt

Posted by azira rahman at 23:29 0 comments Links to this post

hai alls. aku ada cakap aku nak buat potato wedges kan harini. 
yes. i did it. wee~syok ni. even tak berapa nak jadi, tapi ibu still cakap

"ok la macam ni, tapi..kalau nipis lagi sedap"

wah..ibu tenkiu sebab sedapkan hati anak sulung mu ini. hehe. maybe sebab aku potong kentang tu tebal sangat kot, so bahagian tengah die tak empuk sangat. dah resipi tu cakap potong macam potong buah epal. aku buat la cam potong epal. tapi ter gemok pulak. haha~xpa2 first attempt.

potato yang dah direbus. tepi tu tepung dia

nak buat tepung salut potato tu aku ikot suka perut aku je tau. haha~garam, lada hitan, lada putih, kunyit. semua tu ikot suka perut aku je. mana la aku pernah buatkan, sampaikan last2 mintak tolong ibu jugak.

"ibu...macam mana ni?pekat macam ni ke? macam ni ke buat tepung goreng pisang?arghhh...along tatau ni"

last-last aku buat je. taktau la apa rasa die. celup dalam tepung and than goreng. erk..asal macam pisang goreng je ni? tak macam potato wedges pun ni?hantam la labu...

cam pisang goreng je kan


aku nak potato wedges aku jadi camni. baru la nampak sodap.

abaikan la. janji sedap. so lepas ni nak buat dah tau dah. kene bagi nipis sket potato tu, and then biar masak lama-lama bagi empuk. tu je kot. hehe. bak kate mekni, kalau kite xtry buat kite xkan tau salah kat mana kan..yeay..mekni betul la. so lepas ni aku buat sure menjilat jari kan. hehe

nasi kerabu
yeay..at last dapat jugak aku makan nasi kerabu. tenkiu abah, sebab penuhi keinginan aku neh. lama kot aku mengidam nak makan nasi kerabu ni. baru harini dapat. alhamdulillah. pasni mengidam apa pulak aku pun xtau la. hehe~ "kalah orang mengandung" bak kata puan norsiah. haha.


body and mind

Posted by azira rahman at 14:25 0 comments Links to this post
pagi tadi aku dikejutkan dengan suara ibu. macam biasa, suruh bangun tido la. hehe. tapi otak aku tidak memberi respond kepada apa yang ibu cakap tu. otak aku..otak aku yang jahat. so badan aku sambung tidur dengan damainya. sampaila telinga aku menangkap bunyi suara kecil..


"along..bangun la..hantar adik p sekolah"

owh aku kenal suara kecil itu. suara adik bongsu aku. aku berusaha untuk bangun. kali ini, otak aku sudah memberi respond, tetapi badan aku pula tidak mahu bekerjasama dengan tindakan otak. jadinya...aku tidak dapat bangun. kasihan adik aku. 

adik, along bukan saja2 tamau hantar adik p sekolah. tapi ni la masalahnya bila otak dengan badan takmau bekerjasama. yang susahnya along jugak. esok je la along hantarkan adik pergi sekolah ea. eh eh..esok cuti pulakkan..ngee~cuti nuzul quran. ala...xdapat la nak hantar adik pergi sekolah. tak apa la adik, nanti dah habis bulan puasa along hantar ea. tak pun along hantar time ibu dengan abah pergi haji nanti ea. hehe

dah berapa hari die nak aku hantarkan die pergi sekolah die tu. tapi.....macam aku katakan tadi la. badan dengan otak aku takmau bekerjasama. susah la kan. haritu die siap nagis-nagis tamau pergi sekolah. ye, aku dengar die nangis-nangis cakap tamau p sekolah. tapi aku xtau la punca sebab nye..aku ingat die memang malas. haha

time die balik sekolah baru ibu bagitau, die lalak-lalak nangis pagi tadi sebab die nak along die ni hantarkan die pergi sekolah. huhu agak bersalah ku rasakan. tapi apa boleh buat, mende dah lepas. ngeh ngeh.

okes la..dats all 4 now. moral of da story is, body and mind should cooperate efficiently so that we can take action. wahhh...efficiently tu...hahah~poyo je kau azira oii


Monday, 15 August 2011

ramadhan ke 15

Posted by azira rahman at 22:18 0 comments Links to this post
salam ramadhan yang ke 15.

sekejap je kan. so harini berbuka ala kadar je. rumah aku memang bukak pose simple-simple je. tak pernah berlebih-lebih pun, kalau ada pun aku rasa time im and da geng datang haritu je. kalau tak, memang tak de la. lagipun if ibu masak banyak-banyak membazir je. bukan anak-anak die nak makan sangat pun. habis kuat time berbuka makan kuih-kuih. pastu dah kenyang. nasi pulak makan time sahur. tu je. aku lagi simple, if ada fries, memang aku ngadap fries tu je la..sampai fries tu habis. hehe. nasik ke..kuih ke..apa ke..aku tak pandang dah. hehe. eheh, aku nak bgtau aku berbuke makan apa je harini. melalut lak, ibu masak nasi lemak sambal kerang, aku pulak buat sardin roll. sardin roll aku still ada sampai sekarang. apa boleh buat, semua pun jenis makan sikit-sikit je.

tadi masa tarawikh kat masjid, aku ada nampak satu benda yang buat aku rasa sangat..sangat apa ea?eh tak pandai pulak aku nak describe feeling aku ni. hehe. tak..macam ni, makcik tu tua. orang tua kan banyak penyakit. erk..apa aku nak cakap ni. adehhh..oke2, ada sorang makcik ni, die sakit kaki kot. kesian betul aku tengok die. nak duduk tahayat pun susah. terus aku bersyukur ni sebab aku ada tubuh badan yang sihat. aku tengok die nak duduk tahayat senget kanan, sengat kiri..kesian betul. so, golongan muda mudi kat luar sana, beribadat la selagi badan anda sihat ye. hehe

sardin roll

Posted by azira rahman at 19:11 0 comments Links to this post
taraa...ini adalah sardin roll. nama pun sardin roll kan, so dalam nye (inti) mesti la sardin. aku belajar buat ni time aku part time kat UMS dulu. so tadi ibu request nak makan sadin roll, so aku dengan bangganya buat la. kehkeh.

sardin roll buatan aku
tapi adik aku cakap cam telur dadar. grr
senang je nak buat die ni. sardin, telur, cili boh, roti. tu je..sardin tu gulung kat tengah-tengah. pastu celup dengan telur baru goreng. taraa jadilah sardin roll. hehe. boleh jugak ganti sardin dengan sosej. tapikan, sebab aku xsuka sosej sangat. aku xbuat la. makan sosej macam budak2 dow. tak adventure lansung. am i rite?

lastly, selamat berbuka puasa.



ps: still craving for nasi kerabu., nasib la puan norsiah sedapkan hati aku. die cakap "azira, pas puasa ni datang opis, kite makan kat bawah tu. nasi kerabu die boleh tahan"...wahhhh xsabar nak habis puasa.

moooooddy

Posted by azira rahman at 01:22 2 comments Links to this post
hai belog,
harini mood saye kurang elok la. tak tau la tak kena kat mana, tapi yang pasti harini saya sangat senang marah. even mende sekecik-kecik alam pun boleh mendatangkan kemarahan. (-.-') maybe saye tak cukup tidor kot. hehe. harini saya tido lebih kurang 5 jam je. sedih..saya kene tido 8 jam baru la puas. ni dah tak puas cukup tido mula la nak meragam. eheh macam baby pulak kan.

malam ni pulak saya rasa sunyiii sangat. sunyii sangat-sangat. pastu suddenly rasa macam sedih pulak. pelik kan. malam ni saya tak ada teman mesej. so saya sorang-sorang la sekarang. sampaikan nak main game pun dah tak ada mood ni. herm.

saya rindu kat die. rindu nak die layan saya mesra-mesra macam selalu. saya suka macam tu. rasa dihargai, rasa macam diperlukan. even tak la sangat diperlukan, tapi kehadiran saya boleh membawa senyuman, keceriaan kat die. saya nak camtu, saya nak jadi penyebab senyuman die. tapi...tapi...die macam tak kesah je dengan kewujudan saye sekarang. sob3~apa boleh buat.

haa..mungkin lagi satu penyebab saya bad mood sebab saya tak dapat nasi kerabu..kot. yela, saya dah ngidam nasi kerabu tu lama sangat dah. rindunye nak makan nasi kerabu yang jadi menu wajib time berbuka kat sabah nun. see sabah yang seberang laut cina selatan pun ada nasi kerabu, tak kan la kedah tak ada nasi kerabu kan. this is totally unfair!!nak nasi kerabu....haa abang hanip suggest nasi kerabu kat sungai petani. tapi.....sungai petani? (-.-')..tak ada tempat yang lagi jauh ke abang oii?hehe. area alor star pun saya malas nak jalan, ni pulak sungai petani. kalau saya ada teman lain la. hehe.

ok la belog, saye tak ada mood ni nak taip panjang-panjang. tunggu dapat nasi kerabu baru saya tulis panjang lebar.....



ps: saya rindu beliau, beliau dan SABAH.

Sunday, 14 August 2011

happy birthday nursyazana

Posted by azira rahman at 01:07 4 comments Links to this post
happy birthday to you, 
happy birthday to you,
happy birthday to syazana syahnaz
happy birthday to you

harini, 14 ogos, genapla 23 tahun umur kawan aku neh. nursyazana syahnaz bte ghazalee. wohoott ko da tua la makcik. hehe. kite dah jauh, dah xleh nak bergomol2 cam dulu la. tapi ingat, ko sentiasa bff aku tau. hehe

malam mapan wif bff
aku-syud-syaz
apa yang aku suka pasal syaz?
aku suka satu perangai syaz ni. die sentiasa berperasangka baik kat orang. sentiasa la. xpenah lagi la aku tengok die pikir xelok pasal orang. yang sentiasa pikir buruk pasal orang tu aku la. haha. orang buat jahat kat die pun die still pikir yang baik2 je. syaz..syaz..sebab tu la aku suka kawan dengan ko.

macam mana aku kenal syaz?
ok, mula2 aku kenal syaz bukan dengan cara elok. hehe. biasa la, aku kan. act dulu aku kawan dengan tien since kami rumet. pastu tah macam mana syaz pun kawan dengan tien lak. aku ni pulak jenis yang kedekut kawan. tamau share la maksudnya. so, aku xsuka la dengan syaz ni. hehe. keji je kan pangai. lama2 syaz still kawan dengan kami, tapi aku xkawan dengan die sangat la. sampai la kami join im and da geng. time tu baru agak2 nak rapat dengan die sebab kami selalu makan , lepak same2. pastu 1 insiden lagi yang membuatkan aku betul2 terharu. time kat sandakan xsalah aku. tinggal die sorang je yang protect aku. syaz..sedih lak bile pikir mende tu tau. tq ea syaz,

kenangan yang tak boleh dilupakan?
herm kenangan, mestila time kami excident haritu. hehe. sedih sebab aku wat die patah bahu die. sori, aku betul2 xsengaja. aku cuai time tu. aku rosakkan badan ko, aku rosakkan moto ko. herm tapi aku rasa tu kenangan yang aku xleh lupa sampai bila2 la. sebab ijat kot. hahaha. aku rasa die xperlu la ikot kite jatuh kan, kurang2 ada gak orang nak tolong kite. ni x, die p ikot jatuh skali pulak. haha..ijat..ijat..aku ingat lagi tau, aku jerit panggil nama ko time kite nak jatuh tu. ngeri pulak rasa. ko..tengok bonjol kat bahu ko ingat aku tau. hehe

sape syaz kat aku?
die kawan baik aku, roomate aku, penyimpan rahsia2 aku, orang yang sentiasa tolong aku, geng karas aku bab kata along. hehe~haa.last die kakak aku. hehehe

cam kembar x?ke cam badut? sebab pakai baju same...hehe

ucapan untuk birthday girl
syaz, semoga ko berjaya aply volunteer tu, berjaya sambung master. pastu aku harap ko bahagia dengan incik wandi ko tu. yela, aku doakan jodoh ko dengan die ea. nt kawin supot tiket flight aku ea, aku cop nk jadi pengapit. hehe. pastu aku nak kite kawan sampai bila, ko jangan lak wat2 lupa aku nanti. ingat semua kenangan kita, hehe yang ko p teman aku nangis kat tanjung aru tu. haha~childish gile kan..tq ea sas 4 every single things.

time sem 1, nak p mana aku dah lupa

entry ni khas untuk kawan baik aku.
NURSYAZANA SYAHNAZ BTE GHAZALEE
i lap u lebih la...

Saturday, 13 August 2011

self confident

Posted by azira rahman at 23:56 0 comments Links to this post
sekarang ni aku rasa aku hidop time malam je tau. haha. sebab siang hari aku tido. tah la, xtau macam mana nak ubah. dulu time kerja, malam bukan men awal lagi tido. pukul 10 tu kira dah lewat sangat dah. tapi sekarang...haa selagi aku xforce tido memang aku xkan tido punya. pernah sekali tu, aku buat apa xsure tapi tengok2 dah pukul 4 pagi. OMG satlagi pukul 5 nak bangun sahur lak. terus kau tutup laptop, force tido. haa sampai camtu sekali.

tapi bangun xpayah tanya la ea pukul berapa. pandai2 sendiri la kire pukul berapa aku bangun. hehe. aku kalau tido wajib cukup 8 jam. hehe. lebih xpe, tapi xleh kurang. tapikan..kenapa mata aku still lebam?padahal aku sangat menjaga waktu tido aku ni. aku akan tido bagi cukup 8 jam gak cane pun. tapi lebam ni..xsantek, macam mata panda dah ni..

ok. ni panda sebenar. tengok mata beliau tu..
mata panda
dah la aku neh kelam xcerah, mata pulak jadi spesis panda. xsantik la, xsexy la *erk ade kaitan ke?hehe. tengok la, aku dah kerja nanti. aku p buat treatment bagi hilang panda kat mata aku neh. nak beli produk2 yang sedia ada kat psaran tu aku lak yang xconfident. sebab aku tengok kawan-kawan aku pakai xde effect pun. hitam camtu gak mata dorang tu.

kadang-kadang, mende simple camni la buat ak hilang keyakinan diri. yelakan, aku xpandai dressup, xcantik, mata pulak lebam. kat mana je la kebihan aku ada kan. grr~sudah2, xleh bersungut. dosa tu. aku bersyukur dengan segala apa yang allah bagi kat aku, just aku xde keyakinan diri dengan diri aku sekarang. 

rabun malam

Posted by azira rahman at 22:57 0 comments Links to this post
hye.
rasa bosan yang melampau mambuatkan aku bersemangat waja nak menghupdate belog ni..hehe. 
aku berbuka kat rumah kak tun tadi. macam yang aku cerita dalam entry lepas. wah..makanan jangan cakap la. punya la banyak sampai penuh meja ni. ikan siakap stim, sup ekor, kerabu bilis, kailan ikan masin, sotong goreng tepung...

ok. aku bukan nak cerita pasal makan senanye. aku nak cerita pasal mata aku ni. aku rasa mata aku ni bermasalah la. bila malam, mata aku macam xnampak sangat. kereta aku xpernah drive lagi la malam, tapi kalau moto memang aku sangat takot. yela..korang bayangkan sendiri la ea. bawak moto dalam keadaan korang xnampak. so korang assume2 je apa ada kat depan tu. scary kan.

macam tu la aku. sebab tu aku xsuka keluar malam. kadang2 ibu suruh hantar or amek baby. bukan aku tamau hantar or amek die [tusyen], tapi aku xnampak jalan anad aku rasa sangat bahaya. bukan untuk aku je, dengan baby skali la sebab die bonceng aku.

aku pun xsure sekarang ni, aku rabun malam or apa. silaukah? xpun sebab aku ni takot gelap, so bila berada kat tempat gelap mata aku terus jadi xnampak. tah la..cian aku, xde life la camnikan..xboleh nak keluar malam. hehe

OREO milk shake

Posted by azira rahman at 13:45 0 comments Links to this post
tadi pagi aku temankan kak tun p pasar. hoho~lama gila sey x pergi pasar. siap kagum lagi pasar tu besar macam kat sandakan tu. haha. jakun kan. pastu pergi tesco lak, beli bekas tapau. untuk tapau bawak balik katanya. haha. ok baik, nt saya bawak balik banyak2.

keluar je dari tesco aku nampak kak tun pegang buku resipi. nak mintak malas. hehe. so sempat tengok minuman die je la..ribena bandung dgn oreo milk shake. waa sedap kan. terus terasa nak buat ni, oreo milk shake tu. mula la godek2 google carik resipi. hehe. and than, ini dia..

nampak sedap kan..nyum2

***************************************
bahan- bahan
1. 4 sudu kecik syrup chocolate
2. 8 keping biskut oreo, 
3. 1-1/2 cawan susu
4. 2 cawan vanila eskem

cara-cara
1. tuang 1 sudu sirap choc kat dalam cawan. make sure sirap tu tutup keseluruhan bawah gelas.
2. hancurkan 4 biskut oreo, ketepikan
3. masukkn baki 4 biskut oreo tadi, susu dengan eskem dalam mesin pengisar, and than kisar.
4. pastu tuang dalam gelas. done. haa taburkan oreo yang dihancurkan kat atas ye.
really done.

***************************************

petang ni tak boleh buat lagi since dah berjanji dengan kak tun nak berbuka kat umah die. hehe. makan besar la aku petang ni. hehe~oh ye. dengan en lah and her wife skali..

Friday, 12 August 2011

12 ramadhan

Posted by azira rahman at 22:22 2 comments Links to this post
hye peps..
alhamdulillah, sedar xsedar harini dah 12 ramadhan. sekejap je kan rasa. pejam celik, pejam celik dah nak raya. camtu la tiap tahun pun.hehe. beza die tahun ni, aku puasa and raya kat rumah. my home! oyehh...so, tarawikh aku pun insyaallah full la. hehe. xmacam kat ums dulu.

haa cerita pasal tarawikh ni, aku xbekenan betul la dengan perangai2 orang tua makcik-makcik kat mesjid tu. bukan apa, asyik mengejar kipas je dorang tu. maksud aku mengejar tu, dorang akan berkumpul kat kawasan-kawasan yang dapat angin kipas tu je. haa paham x? ala, kat mana sejuk kat situ la dorang duduk. haa paham kan. xbekenan betul la aku camni.  nama pun solat berjemaah kan, kene la wat cara berjemaah. rapatkan saf semua2 tu. tapi dorang ni pakat2 buat saf kat tepi sebab kipas ada kat tepi. apakah??

so, kami yang muda belia ni terpaksa la mengalah p isi saf2 yang kosong kat depan dengan tengah tu. makcik-makcik..bikin panas betul oo. nampak saf kosong pun buat bodo je. ye, aku admit. aku pun suke kalo dapat solat dalam keadaan sejuk. tapi kalau dah camni keadaan die. sampai tamau mengalah, grr makcik....balik solat sendiri la kat umah....



okes, sambung men empires & allies

what i do now

Posted by azira rahman at 17:54 0 comments Links to this post
ok. aku ketinggalan. sangat ketinggalan zaman, aku baru tau ada new version untuk  posting ni, haha, jakun gila kan. orang lain bukan main dah lama, naik bosan dah dengan posting camni. aku je baru nak berseronok. haha. tq la kat adik aku sebab sedarkan aku yang aku ni dah sangat ketinggalan..haha

aku buta it..sob3~


sekarang ni aku dok gila main game empires & allies. first aku nampak ni sanchez yang main, pastu die punya empayar makin besar. haha~sampai kan aku pun ikot join main ni. haha. so sekarang aku dah level 8, stuck xleh nak men sebab xde energy. semalam pulak aku start men balik mafia war, wahh lama gila xmain. semua baru ni. yang xbestnye, baru cakap nak start men dah kene ice dgn mae..isk2..

Wednesday, 10 August 2011

Hottest Men On Earth

Posted by azira rahman at 03:32 3 comments Links to this post

1. Johnny Depp
2.
Orlando Bloom
3. Elijah Wood
4.
Ewan McGregor
5. Jason Isaacs
6. Ben Affleck
7. Jude Law
8. Viggo Mortensen
9. Ralph Fiennes
10. Hugh Jackman
11. Antonio Banderas
12. James Franco

13.
John Cusack
14. Tom Felton
15. Robert Downey Jr.
16. Rupert Grint
17. Daniel Radcliffe
18.
Tobey Maguire
19. James Marsden
20. Hank Azaria

21. Clive Owen
22. Mark Ruffalo
23. Paul Rudd
24. Colin Firth
25. Jake Gyllenhaal
26. Ioan Gruffudd
27. Aaron Eckhart
28.
Robert Pattinson
29. Adam Brody
30. Hayden Christensen
31.
Ashton Kutcher

32. Logan Lerman

33.
Bradley Cooper
34. James McAvoy
35. Patrick Dempsey
36. Taylor Lautner
37. Justin Timberlake
38. Hugh Dancy
39. Chris Pine
40. William Moseley

41. Ben Barnes

42. Paul Wesley

43. Gaspard Ulliel

44. Christopher Egan
45. Devon Bostick
46. Toby Hemingway
47. Zac Efron
48. Matthew Morrison
49. Cory Monteith
50. Xavier Samuel


okes. mesti korang tertanya2. kenapa ada yang wana biru?haa~
tu list hottest men aku.hehe.
especially no 35 tu. oke i admit, he's a bit old but he's too hot..grr

my hottest #35

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea