Sunday, 7 August 2011

diary hari ini

Posted by azira rahman at 17:44
7 august 2011

dear blog,
hehe. tamau speaking la. blog nak tau x, saya posa harini. biasa je rasa. hehe. xpenat, xlapar sangat. sebab saya p lepak kat opis lama-lamaa tadi. best. eh, cerita pasal opis lak. xhabis2 dengan opis kan. grr. ok stop!

harini aku sahur. wahh bangga guwa. dah sangat lama kot aku xsahur. malas mau bangun pagi. hehe. bangun pagi tadi, muke masam je. haha. poyo kan, dah la bangun makan je, xtolong ibu masak pun. pastu dok buat muka masam xpuas ati. haha. kalau anak aku wat camtu kat aku, aku jentik mata die laju2. pagi2 aku xde selera sangat nak makan, so aku makan sikit je. kalau ikot ati memang aku tamau makan. tapi pikirkan ibu, cian lak kat die. masak penat2 tapi aku tamau makan. menu wajib ; TELUR KICAP. ahaha~ni la yang paling lawak aku rasa. menu TELUR KICAP ni menu wajib kat kami adik beradik since aku start puasa lagi sampaikan aku dah umur 22 tahun sekarang ni. dah bape lama tu oii..hahahaha. kalau xde kenu wajib tu mau aku p sambung tido balik. xlalu wei nk makan.

ok blog, aku nak cite pasal aku p opis tadi. boley x?ah boley x boley aku nak cite gak. wakaka~suke2! tiap kali aku keluar lift tingkat 4 tu mesti nervous gila. nebes macam first time aku nak p lapor diri time LI haritu. padahal time kerja kat sana oke je, xde lak nebes camni. huhu. maybe..maybe...haha. abaikan. sampai je, lepak2 dulu baca paper. gelak2, kacau kakak2 and abang2, kacau pn norsiah. gelak balik. baru wat keje. hahaha~punya la lama baru nak start keje. aku sampai dalam pukul 10 lebih la, 11 lebih baru aku start wat keje. hee~tu adaptation namanye. percubaan nak beradaptasi dengan suasana baru.

kerja sikit je, tapi pukul 3.30 baru aku balik rumah. saje nak lepak lame2 dengan dorang . lama kot aku xjumpa dorang semua *eh lame ke?cam last khamis dah jumpe je...*heee. abaikan la. tapi siyez aku rasa lama tau. aku dapat tugasan lagi. yeay...happy. tugasan dari cik lah. menaip. waa peberet i tu. alamak, baru tingat. keje en mat nor bagi....aku lupa nak buat. adeh, siyez aku lupa. selalu pun aku lupa nak habiskan kerja die. hehe~sowi. saya betul2 xingat.

haa~abah dah bagi duit untuk beli kasut raya. muahaha best. posa baru tujuh hari dah buat preparation untuk raya. baru la kan...eh, aku je kot yang rasa camni. yela 3 tahun xde persiapan raya lansung. raya kat perantauan la katakan. hehe~wat sedey lak. luku baru tau.

dah la belog, penat dah nk menaip. nak p kacau ibu masak pulak sambil buat tarian mr simple (super junior). ahaha~best kot kacau ibu dengan tarian tu, buat ramai2 dengan adik2 aku. haha. ibu xleh nak buat apa, senyum je la die. cayang ibu.




ps: aku nak wat entry pasal abang2 aku, tapi malu~~hehehe. takot jugak if ada salah faham nanti. so aku amek jalan selamat la. aku xbuat. tapi xbermakna aku xingat kat dorang semua. aku sayang semua ok~~

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea