Friday, 26 August 2011

Hujan....

Posted by azira rahman at 13:14
hujan yang berterusan membuatkan aku sendiri risau. risau dengan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku. kawasan yang lebih rendah sudah tentu akan dinaiki air. raya yang semakin hampir juga sangat merisaukan jiwa kecil ini. semalam, aku bersembang dengan rakan ku di TWITTER. katanya, hujan sudah empat hari berturut-turut tidak berhenti. sesetengah kawasan di LANGKAWI sudah dinaiki air. ya, kawan ku tinggal di LANGKAWI.

adikku ada melihat ramalan kaji cuaca di internet semalam. katanya, hujan akan terus membasahi bumi ALLAH ini sehingga hari raya. malahan, di kawasan ALOR SETAR, hujan lebat akan berlaku. wallahualam, itu hanya ramalan manusia. hanya ALLAH yang mengetahui segalanya. walaupun aku beraya di LENGGONG tahun ini, tetapi ramalan cuaca di sana pun adalah sama, malahan mungkin teruk . menurut ramalan, akan berlaku guruh pada hari raya.

kasihan pada anak-anak kecil. yang mana mereka akan berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah untuk mengutip duit raya. bagaimana mereka akan berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah jika cuaca tidak mengizinkan.

semua ini ketentuan ALLAH. dan setiap yang ALLAH tentukan ada kebaikkan untuk hamba-hanba nya...






ps: erk..ini aku tulis. xde kene hack pun. haha~saje nak try tulis macam ni.hahaha.....rasa matang gile doe..neway selamat hari raya....

3 comments:

tienz said...

xira..seyes matang wei...wei bace balik line no. 6 dari atas.. :)

azira said...

demmmm....typo pulek....
hahahah~malu kat orang je tien..
haha...ank pun dah macam ijat ea...hahah

tienz said...

hihihi..eh da tuka ea..hihik..

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea