Sunday, 28 August 2011

kenangan raya ketika budak hingusan

Posted by azira rahman at 12:12
kenangan raya time kecik-kecik yang paling aku ingat mesti la time dengan cousin-cousin aku. best gila weh jadi budak tecik. hehe~part jalan ramai-ramai pergi kutip duit raya tu memang paling best la. nak jalan pergi kutip duit raya pun bukan main pasang strategi bagai tau. punya la nak collect duit raya bebanyak. haha. kalau nak kutip duit raya, tak boleh jalan dalam group besar, kurang-kurang dalam group tu ada dalam 4 orang je. tak boleh lebih. sebab apa.....sebab nanti kalau pergi ramai-ramai dapat duit raya sikit je. sebab ramai sangat. hahaha

rumah yang nak beraya tu pun dah di aim sejak beberapa hari sebelum raya lagi. haha. tau dah mana rumah yang bagi dua henggit, mana bagi lima posen, and mana rumah yang bagi dua posen. gaga, ofcourse la rumah dua posen tu kita orang tak pergi. haha~biarpun rumah yang bagi dua hengget tu jauh kene merentas bendang, sanggup jugak tu. hehe~budak kecik kan.....

memang dah jadi kebiasaan la, malam raya je mesti aku dengan adik tido kat rumah tok. sebab nak main-main dengan kezen malam tu. nak planing macam-macam. hehe. so, paginye bangun je tok akan mandikan sorang-sorang. since kami ramai gugurl and umur pun boleh dikatakan sebaya. tok ajar mandi sunat raya. tok...sayangnya kat tok. rindu nak suruh tok mandikan. tapi tok dah tak sihat sekarang, dah tak boleh jalan pun. tapi takpe tok, apa yang tok ajar, along ingat and amalkan samapi sekarang. tiap kali pagi raya je, nak mandi mesti along teringat tok. 

sekarang tengah tunggu nak balik rumah nenek je. jarangggg betul nak dapat beraya kat rumah nenek tau. siap dah lupa pun macam mana feelingnya beraya rumah nenek. takpe2, kite experience tahun ni feeling tu. yang pasti aku dah download banyak-banyak bekalan cerita korea. mana tau bosan ke.....heheh

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea