Tuesday, 23 August 2011

lembaga kuning

Posted by azira rahman at 17:08
sejak sejak blog aku ni berwajah baru. makin kerap dah kan aku update blog ni. biasa la tu, ciwi. tau tak ciwi tu apa? haa ciwi tu bahasa kedah and bermaksud teruja dengan sesuatu. macam yang aku mention tadi, aku pergi pejabat sebab nak hantar tugasan yang en lah bagi kat aku. wahh punya best, hehe

pergi pejabat aku ikot jalan biasa la. jalan bendang aku panggil. orang lain aku tak tau la panggil apa. hee~ tengah syok-syok bawak moto dengan kelajuan biasa tetiba aku dikejutkan dengan satu lembaga besar sebesar jalan yang aku tengah lalu tu. lembaga tu warna kuning. aku mula panik. kiri kanan aku sungai. mana aku nak pergi untuk mengelak lembaga kuning tersebut.??

aku pun bawak moto sepelan yang boleh, rasanya kalau ada siput babi tepi aku die dah potong dah rasanya *hee..ok tipu sket*...nasib baik la lembaga tu membelok masuk kesimpang. aku bersyukur kepada tuhan kerana memudahkan urusan aku. aku pun meneruskan perjalanan dengan senyuman di bibir aku kerana di sapa oleh driver lembaga kuning tersebut.

haaa mesti korang terpikir-pikir kan. apa la lembaga kuning yang aku tengah bercerita ni kan. hehe~

**********

********

******

****

**

mesin padi
hahahah~poyo je kan cara aku bercerita. tapi cuak aku tu betul weh. siyez aku cuak tadi. yela..korang bayangkan la, jalan bendang tu besar mana la sangat kan. memang cukup-cukup untuk satu mesin padi je. jangankan moto, orang nak lalu pun tak boleh dah sebab tempat pemutar die tu terlalu panjang. lepas mesin padi tu masuk simpang, driver die angkat tangan kat aku sambil senyum. mesti die ingat aku cuak berabis ni.

 ye bang, saye cuak. 




0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea