Sunday, 21 August 2011

makan banyak-banyak, sampai boroi

Posted by azira rahman at 00:10
salam ramadhan ke 20.
harini kami berbuka puasa ala kadar je. tak ada nasi pun. just kuih-kuih. jap-jap aku ingat balik apa yang ada tadi. ada kuih sagu, laksam, mash potato, bun pizza, bun potato, bubur lambuk dengan air teh. tu je. simple kan. hehe~

makanan camtu punya simple pun aku makan banyak tau. tak tau la apa kene dengan aku harini. dengar je orang azan terus minum air. sebab aku tak suka kurma, so aku berbuka la dengan benda manis. boleh kan? pastu cepat-cepat cedok mash potato masuk dalam mangkuk, nak rasa la kononya. puji diri banyak-banyak, komen sikit-sikit, dah habis. 

capai pulak laksam. laksam memang aku tak boleh tolak la. favourite aku tu. laksam hari-hari pun aku tak kan merungut rasanya. sebungkus tu kiranya tak payah share la, tak cukup untuk perut aku nanti. hahaha~kalau aku dah makan nasi time berbuka pun, malam sikit mesti aku makan jugak laksam tu. thanks to my cousin sebab bagi laksam tu. kalau bagi hari-hari pun tape, saya tak kesah. jangan lupa letak telur ea. hehehe..*demand

oke-oke, balik ke cerita asal. cerita makanan. hehe. tengah-tengah main game petville dengan adik-adik aku, sempat lagi makan 2 dadih jagung and mash potato. time tu dah rasa sangat full dah. so stop la kejap. kirenya perut aku ni sempat la berehat seketika, dalam setengah jam ada la kot. seketika la tu kan. haha. 

pergi dapur konon nak minum air, ternampak la pulak bun pizza bersinar-sinar kat atas meje makan tu, ala..macam dalam cerita upin ipin tu. apa lagi terus pilih yang paling besar. haha gila tomak. pastu tambah mayo, tambah sos. pergi makan sorang-sorang depan tv. stylo kan. hahahah~aku bangga dengan diri aku.

so sekarang dah sangat full and tak terasa nak makan apa-apa dah. bulan puasa ni aku sangat kurang makan nasi. tak bernafsu lansung tengok nasi. tak tau la kenapa. so, sekarang ni dok makan benda-benda merapu je la. yang tak berapa nak ada khasiat tu. hehe~

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea