Saturday, 13 August 2011

rabun malam

Posted by azira rahman at 22:57
hye.
rasa bosan yang melampau mambuatkan aku bersemangat waja nak menghupdate belog ni..hehe. 
aku berbuka kat rumah kak tun tadi. macam yang aku cerita dalam entry lepas. wah..makanan jangan cakap la. punya la banyak sampai penuh meja ni. ikan siakap stim, sup ekor, kerabu bilis, kailan ikan masin, sotong goreng tepung...

ok. aku bukan nak cerita pasal makan senanye. aku nak cerita pasal mata aku ni. aku rasa mata aku ni bermasalah la. bila malam, mata aku macam xnampak sangat. kereta aku xpernah drive lagi la malam, tapi kalau moto memang aku sangat takot. yela..korang bayangkan sendiri la ea. bawak moto dalam keadaan korang xnampak. so korang assume2 je apa ada kat depan tu. scary kan.

macam tu la aku. sebab tu aku xsuka keluar malam. kadang2 ibu suruh hantar or amek baby. bukan aku tamau hantar or amek die [tusyen], tapi aku xnampak jalan anad aku rasa sangat bahaya. bukan untuk aku je, dengan baby skali la sebab die bonceng aku.

aku pun xsure sekarang ni, aku rabun malam or apa. silaukah? xpun sebab aku ni takot gelap, so bila berada kat tempat gelap mata aku terus jadi xnampak. tah la..cian aku, xde life la camnikan..xboleh nak keluar malam. hehe

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea