Saturday, 27 August 2011

roomate yang jiwa kacau

Posted by azira rahman at 00:00
salam
sedar tak sedar dah hari ke 26 kan kita puasa. sekejap je rasa. macam baru sangat je aku hantar muffin kat opis tu. tengok-tengok dah nak raya. lain pulak feeling raya tahun ni. selalu kalau aku kat sabah, mesti time-time sekarang ni dok kat bilik je. bergila sambil dengar lagu raya. haha~dengan rumet2 aku yang memang sedia senget.

syaz dengan cara die, ross dengan cara die, si jue pulak dengan cara die. masing-masing cara sendiri. rindu owh kat korang. huhu~rindu nak dengar syaz menyanyi lagu sorang-sorang dengan full volume, pastu dok kat tingkap kacau orang yang lalu lalang..'hai saye azira, boleh berkenalan?'..betuah punya kawan kan, nama aku jugak diguna. kalau kacau orang tak pe. ni hanjing pun nak dikacaunya. isk isk isk..tu tahap sehabis bosan dah tu.

kalau ross pulak, die suke dok diam-diam je. selalu time aku dok sorang-sorang die datang la kat aku. 'azira nak dengar cerita lawak x?'. tak sempat aku cakap ya, dia dah start bercerita. haha. sebijik macam budak kecik. budak kecik yang dok nak tenteramkan budak kecik lain. tu la gayanya. lawak je..aku ni dengar je la, melayan je..sebab die comel.haha. aku cerita kat im, ross suka bagi aku dengar cerita lawak. im gelak je....pastu bila aku bagitau kat die aku sedih..nanti dia cakap 'p la suruh ros cerita'..haha

jue pulak..ni kawan gadoh aku. jarang betul nak sependapat. nak gadoh je memanjang. masing-masing nak menangkan pendapat masing-masing. konon masing-masing punya hujah la yang betul. last-last diam. pastu oke balik. haha~nak kemana la kan. hari-hari pun dok mengadap muka dia. jue ni nampak je ganas, tapi dalam lemah gila. kesian kat orang sampai kena tipu ribu-ribu ringgit pun boleh diam lagi. nasib la kami tau, baru kami force die p mintak balik. kalau tak, tak dapat dah rasanya duit die tu.

patutnya aku kena sambung buat kuih raya, tapi masing-masing wat bodoh je ni. tah bila nak p buat pun aku tak tau. huhu~letih wat kuih tadi tak habis lagi rasanya. banyak gila kot aku dengan adik-adik aku wat. habis tangan aku kene panas, melecur. sob3~tangan raya guwa...........


0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea