Friday, 30 September 2011

sori ibu sebab tak dapat penuhi impian ibu

Posted by azira rahman at 23:11 0 comments Links to this post

dulu aku PALAPES. sampai sem 3 je, lepastu aku surrender sebab dah tak larat. firstly, aku rasa aku takde life. secondly aku ada masalah kawan. yela, orang kuat menuang macam aku ni sapa la nak kawan kan. sob3~

sekarang semua kawan-kawan 1 batch aku dah tauliah. dah pegawai pun dorang semua. aku tengok je la gambar-gambar dorang tu.. jelez?ofcourse la terasa jelez tu. tapi bila aku pikirkan masalah-masalah yang aku terpaksa harungi dulu. terus aku rasa, eh..takpe, tu rezeki dorang.

aku minat sebenarnye dengan aktiviti ketenteraan ni. best bila ada orang yang betul- betul akan care kat kita. kawan yang sentiasa akan ada untuk kita. lepas im cakap die nak tarik diri. terus rasa macam hilang separuh semangat ketenteraan aku ni. separuh lagi tu semangat dari family. tu je yang tinggal. aku teruskan jugak latihan tanpa im. lepastu ada masalah kawan sikit. actually kejap je ada masalah tu. tapi kaca kalau dah pecah memang dah tak boleh nak fix kan, camtu la hati aku. rasa macam awkward je time tu sebab masalah tu.

so, aku pun decide nak kuar baris jugak walaupun di tentang parent aku. sebulan jugak la ibu merajuk dengan aku. aku tak call rumah sebab kalau aku call pun sure die taknak cakap dengan aku. rindunya time tu ALLAH je yang tau. sunyi sangat-sangat sebab time aku aku sorang je stay kat hostel. semua orang balik kan time cuti sem. aku tau ibu keciwa dengan aku. tapi aku betul-betul tak boleh dah.....

carik mana aku


asal la gaya budak2 tak sudah ni??

ok.time ni selekah gila. tak mandi lansung kot.

anak sapa neh????

erk erk..no komen la

ni bestfwen aku merangkap rumet aku selama 2 tahun berturut-turut. sayang ko nana...

ada orang cakap muka aku dengan nana sama. mana la samanya aku pun tak tau. huhu

kadang-kadang rindu la jugak time latihan dulu. tapi sekejap sangat la. hehe





bersenam di pagi jumaat

Posted by azira rahman at 11:06 0 comments Links to this post

pagi ni kami 1 famly kene paksa dengan abah untuk pergi bersenam. dia kata kalau sapa tak pergi tak boleh breakfast. herm, aku pun selama ni mana ada bf pun. tapi tah kenapa aku folo dorang jugak. hehe

masa baru sampai taman

model tak bertauliah aku buat aerobik

konon lari la tu. haha

dah besau panjang pun still suke main mende alah ni.

itu dia pose sorang-sorang

ayarkk..kureng sopan pulak. kangkang2

jalan atas batu. siyezly aku banyak penyakit sebab sepanjang panjang perjalanan tu kaki aku sakit

waa..santek. saye suke

anak beranak ni buat apa?cam pelik je..especially budak pink tu

pose untuk harini

weiii..selekeh gila..

itu je untuk pagi ni. chow, baju sedang memanggil untuk dibasuh.



tanggungjawab anak sulung

Posted by azira rahman at 00:14 0 comments Links to this post

banyak sangat  benda yang aku pikirkan sekarang...pasal adik-adik aku, pasal parent aku, pasal life aku lepas ni, pasal kerja. lepas tu mengeluh panjang-panjang.

risaukan pasal adik-adik,
aku risau aku tak dapat nak jaga dorang macam ibu dengan abah jaga dorang. bagi apa yang dorang nak. aku takot aku tak dapat nak buat dorang tak terasa ketiadaan ibu dengan abah. aku nak dorang rasa layanan yang aku bagi untuk dorang sama dengan layanan yang dorang dapat dari ibu and abah. beratnya aku rasa...aku sangat banyak kekurangan. aku tak pandai masak makanan yang hebat-hebat macam ibu, aku tak pandai nak buat kerja rumah sendiri-sendiri. mampu ke aku nak bagi kasih sayang kat dorang macam ibu dengan abah bagi? especially adik kecik aku. macam mana nanti die rindu ibu dengan abah? apa aku nak buat sedangkan time tu aku pun sure rindukan dorang? ya ALLAH, berilah aku kekuatan....aku lemah ya ALLAH. adik-adik, along cuba untuk jadi yang terbaik ok...insyaALLAH.


adik-adik yang aku kene jaga


risaukan ibu dengan abah,
ye, aku risaukan dorang jugak. kau panjangkan lah umur dorang ya ALLAH. kau permudahkan urusan haji dorang, selamatkan dorang dari segala bencana. aku sangat-sangat perlukan kasih sayang dorang sekarang. setelah 3 tahun aku kat tempat orang, baru sekarang aku dapat merasa kasih sayang dorang balik. selama 4 bulan ni belum cukup untuk ganti masa aku berjauhan dengan dorang dulu. semoga dorang dapat pergi dan pulang dengan selamat. along akan sentiasa doakan ibu dengan abah.


i heart u







p/s: tarikh penerbangan haji abah and ibu still tak tau lagi. still menunggu. tapi dorang dah start packing barang sikit-sikit dah. sebak je rasa.........



Thursday, 29 September 2011

pengalaman raya 2009

Posted by azira rahman at 20:46 0 comments Links to this post

aku rasa semua orang mesti pernah lalui pengalaman kereta rosak. yela, rosak apa-apa je la. tak kesah, asal kereta tu rosak. so, aku ingat aku pun nak share pengalaman aku kat blog ni. untuk anak cucu aku baca nanti. haha

tahun ke dua aidilfitri aku sambut kat sabah, aku raya kat sandakan. aku balik sehari sebelum raya. sorang-sorang je since im segan nak ikot. tapi die tak biarkan aku raye sorang-sorang kat sane. hehe. die datang jugak pagi raya tu. punya la kan. lepastu, kononya malam raya first tu jugak nak balik. last-last tak jadi sebab semua terbongkang tido depan tv rumah pakngah tu. ow ya, lupa nak bgtau yang folo raya kat sandakan tu im, kecik, jiron dengan salleh.

muka-muka letih
im-kecik-jiron-saleh

esoknya tu, nak tak nak kene balik jugak sebab im dengan kecik kena kerja. aku? patutnya aku tak payah balik lagi. tapi since aku sangat-sangat tak suka naik bas sendiri, aku berdegil jugak nak balik dengan kawan-kawan aku tu walaupun ditegah ramai orang. jauh kot perjalanan sandakan-kota kinabalu tu. mau 6 jam jugak la. tak snaggup aku sakit pinggang sorang-sorang. haha


nasib baik la dorang naik kereta besar. kalau tak memang tak dapat la aku nak join dorang balik. im drive, aku dok sebelah die. yang dok belakang jiron, kecik dengan saleh.

ondaway balik
jiron-saleh-kecik

sepanjang perjalanan bising je. ada je yang si kecik dengan si jiron tu buat lawak. haha. best lah dorang tu. time tu sangat femes dengan lagu apa tah, lupa dah aku. and aku ingat sangat-sangat lagi kecik dok memekak menyayi lagu tu ulang-ulang. haha

tengah happy-happy, tiba-tiba rasa macam langar something atas jalan tu. aku pun otometik jenguk ke luar tingkap, naa..pancit suda tayar ni. time tu kat kawasan hutan. kawasan hutan weh.....dah la time tu semua pun nak terkencing. laki senang la..main pancut je mana-mana dorang nak. aku ni??punya la masalah. mula tu ingat nka buat cool je, tahan. last-last tak boleh tahan dah, tak nak aku terkencing dalam seluar. pastu aku pergi jugak la dalam semak-semak berbekalkan 1 botol air mineral. haha. gila kau, kencing dalam semak kat tepi jalan. tapi dah terpaksa....apa boley buat. lepas dah tunaikan hajat, baru la senyuman tu nampak iklas sikit, baru la dapat pikir dengan rasional apa yang perlu dibuat untuk fixkan tayar tu. haha

nasib baik la ada jiron, die tau jugak macam mana nak buat. so lepas tukar tayar ganti tu kami sambung perjalanan. sejam jugak la dok repair tu saja. lepas selesai masalah tayar, masalah brek pulak..brek dah haus. ni la yang jadi if jalan jauh tapi tak reti nak servis kereta. sampai ranau tuka disc brek pulak. siyez banyak duit habis dalam perjalanan. nasib baik la ptptn baru masuk and ada bank bergerak [saleh]. hehe

so, selamat sampai ke ums. alhamdulillah. ni la pengalaman raya aku yang aku takkan lupa sampai bila-bila. tiap kali aku lalu jalan yang tempat aku kencing tu, mesti aku senyum je. hehe




entry kembang idong

Posted by azira rahman at 16:32 0 comments Links to this post

tadi aku pergi opis tolong abang hanip buat buku tentatif family day jabatan.
bila dah siap tu siyez aku rasa bangga dengan hasil kerja aku tu.
first time weh aku bangga macam tu.

hahahah

kembang idong bila dorang puji cantik






Wednesday, 28 September 2011

haiwan yang tiada akal lebih sayangkan anak-anaknya daripada manusia yang berakal

Posted by azira rahman at 14:24 0 comments Links to this post

harini aku bangun agak lewat memandangkan kondisi badan yang tak berapa nak sihat. kalah orang tua ni sakit pinggang. dah siap mandi, saja-saja je duduk depan tv sambil buat muka simpati kat ibu. kononnya sangat sakit la ni. tetiba je, ternampak tajuk cerita yang sedang ditayangkan kat TV1 "AN ANIMAL SAVED MY LIFE".

terus rasa macam menarik and membuatkan aku tercangak je depan tv dok tunggu cerita tu. aku ni bukan la spesis yang suka tengok tv pun, hatta berita pun aku tengok online je. haha. memang tak tengok tv la pendek kata.

cerita dia macam ni. satu family tu bawak anak-anak dorang pergi zoo sempena salah sorang anak dorang tu. aku dah lupa nama dorang pulak, short term memory lost. hahaha. sampai je cage gorila, si ayah angkat la adik bongsu die untuk tengok gorila tu memandangkan tembok tu tinggi sangat, budak-budak kecik harusla tak nampak apa yang ada dalam cage tu kan. tengok tembok je la budak-budak tu.

so, si abang ni pun panjat sendiri tembok tu. malang tak berbau, si  abang terjatuh ke dalam cage gorila tu, dimana tembok cage tu setinggi 4 meter. korang bayang sendiri la. budak berumur 5 tahun jatuh setinggi 4 meter dengan menjunam bahagian kepala dulu. si abang jatuh terus kaku tak bergerak. darah bnayak keluar dari kepala and telinga die.  time tu mak bapak die ingat anak dorang tu dah mati.

ketua gorila dalam tu sangat besar. berat die 200 kg and sama kekuatan dengan 10 orang lelaki dewasa. haa betapa kuatnya die tu. amazingly, ketua gorila tu pergi kat si abang and protect si abang dari gorila-gorila lain. lebih kurang 10 min lepas tu, si abang tersedar and start menagis. time tu ketua gorila still ada dekat dengan tempat kejadian and nampaknya dia tak terganggu lansung dengan tangisan budak tu. lebih mengejutkan, ketua gorila tu bawak gorila-gorila lain masuk kedalam bangunan yang boleh dikunci. 

seriously, aku kagum dengan sikap ketua gorila tu. dia terkenal dengan sifat ganasnya, tapi bila berhadapan dengan budak yang cedera, die jadi penuh dengan sifat simpati. ye, memang sifat ketua gorila akan ambil berat dan melindungi anak-anak gorila. tapi tak sangka pulak yang anak manusia pun die protect.

sedangkan binatang pun sayangkan anak-anak dorang. manusia ni yang buat aku betul-betul tak faham. manusia yang buang bayi tu nak di gelar apa ea? binatang memang tak layak sebab binatang tu makhluk yang suci. ya, pendapat aku haiwan adalah makhluk yang suci yang penuh dengan kasih sayang. sanggup buat apa saja untuk protect anak-anak dia walaupun dorang tak berakal!










Tuesday, 27 September 2011

masalah universiti tempat aku belajar

Posted by azira rahman at 23:21 0 comments Links to this post

aku dah beli tiket untuk ke konvo aku bulan november ni. agak pulunkan. padahal jadual sidang tak keluar pun lagi. just tarikh konvo je dah keluar 26-29 november. boleh je aku nak pulun sangat. tunggu jadual sidang dah keluar semua dulu baru aku beli tket. tapi, syarikat flight tu bukan family aku punya. tiket nak sentiasa murah. kalau aku dok tunggu jadual sidang keluar, mau naik harga sampai beribu la nanti. tamau aku amek risiko. 

masalahnya sekarang, bukan setakat jadual sidang tak keluar lagi. dengan status graduat pun tak keluar lagi. grr aku bukan nak kutuk universiti aku sendiri. tapi...perlu ke lembap macam cilake? *eheh aku dah kutuk pulak. dah la lambat konvo. universiti lain semua dah habis konvo pun, universiti kesayangan aku ni status graduat pun tak keluar lagi. padan la dengan ranking dia yang tah keberapa belas tu dalam malaysia ni. slow je semua action die.

aku ni banyak lagi benda yang nak kena di urus. yela, walaupun tiket aku dah amek, still kena booking hotel lagi. takkan aku nak merempat tido kat masjid pulak nanti. sadis gile. nak booking hotel mana boley main agak-agak, kang kalau salah mau terbang duit camtu je. dah tu nak bajet beli baju untuk konvo lagi. *ye aku semangat nak konvo lepas tengaok adik aku konvo. jelez kot.



nak tangkap gambar banyak

nak hadiah banyak

taksabar nak kerja!




adik kecik aku sebok nak jadi matchmaker aku

Posted by azira rahman at 17:32 2 comments Links to this post

sampai je rumah dari ambil baby dari sekolah, aku turun moto, masuk rumah. sampai je kat pintu baru aku pasan yang nset aku tengah berbunyi petanda ada call in. cepat-cepat aku angkat phone. 

tertera nama kak shela kat screen tu. tapi aku tak sempat nak angkat, talian dah diputuskan. mungkin pemanggil sudah lama ditalian atau beliau tidak sabar. hahaha. kak shela la tu. tetiba je, bunyi lagi lagu mr simple dari  nset aku tu. ye, still kak shela yang call. mesti urgent ni kan. 

"kak shela...awat?..saya baru lepas ambil adik dari sekolah ni.."
"owh, yeke?..ceq la kot yang kak nampak tadi.."
"eh? kak kat mana ni?"
"kami kat luar ni..meh tengok meh.."

aku lari laju-laju sepantas kilat ke pintu. terus pandang arah jalan. eh, takde sape pun. lama sikit baru terasa nak pandang kiri, arah kedai pakngah. ya, nampak kereta putih, terus nampak kak shela keluar dari kereta. yang pasti aku nampak abang hasrul. lari lagi..kali ni masuk bilik pulak *berlari je aku harini. pakai tudung tanpa tengok cermin dah. amazingly aku tak terpikir pun yang muka aku ni serabai macam cipan.

p jumpa depa kat kereta..baru perasan ada kak shela, kak tikah, abang hasrul and abang ben., nak ajak masuk rumah pun..macam segan je. haha. malam tadikan ribut, so rumah tunggang langgang la sket. kesan ribut la katakan. 

nasib baik ibu ada kat rumah. so dia tau la mana part buah yang masak mana yang tak. kalau nak harap kat aku ni, mana yang aku nampak, tu je yang aku capai. haha. masak tak masak belakang kira.

penuh jugak la satu beg plastik ibu bagi dorang. tu la untungnya datang amek kat rumah, boley ambik banyak-banyak....haha. kak tikah mesti happy kan sebab dapat makan buah banyak-banyak. lepas beli kuah rojak kat kedai pakngah depa balik la ke opis memandangkan lunch hour pun dah habis...

tak semena-mena adik kecik aku cakap. 

"along, kawan along yang pakai baju hitam tu handsome la.."

terus aku rewind balik sapa yang dia maksudkan tu. baju hitam..abang ben je la tadi sebab abang hasrul pakai baju merah.

"oo...adik gatai ea...."
"dak aih,,,adik cakap je dia handsome."

tiba-tiba dia sambung lagi....

"along kawin je la dengan dia tu..."

tudia.......punya la laser mulut si kecik ni. tak dak warning-warning dah. nasib baik dia tak pergi cakap depan abang ben. kalau tak memang malu habis aku. mau tak pergi opis seminggu lepas ni. hahah. adik..adik.....






aku tak ready lagi....

Posted by azira rahman at 09:52 5 comments Links to this post

mungkin lagi seminggu or dua minggu lagi ibu dengan abah akan bertolak ke tanah suci. tarikh tak dapat lagi, so tak dapat nak bagitau dengan tepat la. sedih? ofcourse la. aku mana pernah urus semua ni sendiri-sendiri. tah macam mana aku nak lalui semua ni nanti.

dah la semalam paip pecah rosak. tak sure apa perkataan yang sesuai untuk describe air yang keluar dari saluran yang bukan saluran sebetulnya. terus kejut ibu, tanya kenapa. ye, sekarang aku boleh la nak kejut ibu. nak panggil abah. suruh buat tu, suruh buat ni. nanti dorang dah jauh sapa la aku nak mintak tolong.




serius sedih.

Monday, 26 September 2011

aku nak cerita jugak!

Posted by azira rahman at 14:45 4 comments Links to this post


ilham, mira, aku and ija


hari ahad lepas, ala xpayah dok pikir panjang-panjang. semalam la tu. konvo adik aku kat usm. jumpa la ramai kawan-kawan die. ramai jugak la yang aku tak pernah tengok. mean tak pernah tengok kat real life. tengok gambar je buat apa, tak best. dapat jumpe ilham..

ilham ni nama die aku dengar since aku sekolah menegah lagi. sikit sikit ilham, silit sikit ilham. mekni la punya kerja ni. haha, kawan baik die la katakan. aku tolong layankan aje. pastu bila dah masuk matrik, dengar lagi nama ilham ni. tapi kali ni dari adik aku. ye, dorang 1 university. kahkah, kecik je dunia ni.

semalam 25 september, aku dah nampak ilham ni secara life setelah mendengar nama die hampir 10 tahun. naa...punya lama kan. ilham ni kecik je. besar 3 inch dari mimi kot. hahahahah. comel and aku baru pasan yang gambar die semua tak tunjuk pipi kiri die. tak suke show pipi kiri dia katanya. sebab? aku pun tak tau..kenatanya tuan badan la..





Sunday, 25 September 2011

USM convocation day 2011

Posted by azira rahman at 17:26 3 comments Links to this post

aku baru balik dari penang. sampai rumah terus on laptop. semangat gila kan. huhu. camtu la hidop kalau dah terbiasa online duapuluhempatjamsehari.

harini hari last konvokesyen USM, sidang 9. geng-geng adik aku konvo harini. tahniah la untuk dorang. sori gambar tade sebab semua dalam camera mimi and tak sempat lansung nak transfer tadi. kelam kabut sebab apa tah ==.

perjalanan hari ini permulaan dia agak moody la. bagi aku je tu sebabnya, baju aku tumpah air sarsi. baju aku bukan main putih suci lagi tetiba ada kesan air sarsi. spoil terus mood aku. tamau cakap dengan sapa-sapa, tamau tangkap gambar sebab mukacamtaik, tamau jalan p mana-mana pun. sampaikan adik aku cakap sikit pun aku dah marah-marah. bahana baju kotor semata-mata.

pastu agak-agak kedai dah banyak bukak terus aku ajak kakek pergi beli baju dengan berbekalkan RM20 ringgit. sungguh tidak sedarkan diri kan. hahahaha. ada rm20 ada ati nak pergi beli baju baru. tapi aku ni takdela cetek akal sangat, mesti la aku bawak purse lebey. haa...jangan maen-maen kau. aku ada istilah purse lebih tu. haha. purse mimi, nasib baik ada banyak gak duit dalam tu. aku sebat je la.

tak jalan jauh pun, jumpa kedai jual kemeja. terus masuk and usha warna baju yang sesuai dengan tudung. kahkah. harusla bagi matching kan. tak sanggup aku jadi mangsa fashion. pastu baru tanya harga, RM 30. ok, terus angkat. tak guna nak tawar menawar sebab aku ni tak reti lansung nak tawar menawar ni. sebat duit mimi 10 duit aku 20. done. terus pergi toilet.

lepastu baru mood dah ok. senang je mood berubah kan. haha. lepastu baru confident nak bersembang dengan kawan-kawan mimi, bergambar semua tu. 

mimi dapat banyakkkkk sangat hadiah, kiranya belakang avanza seat last tu untuk semua hadiah die je la. adoiyai...jelez betul. aku nak hadiah camtu jugak time konvo aku. tapi macam mana jugak nak dapat semua tu...family sendiri pun ak pergi. sob3~ berangan je la.......

nanti dah ada gambar aku upload ea. bai for now












10 sebab kenapa aku suka melepak kat opis perhilitan

Posted by azira rahman at 16:58 0 comments Links to this post

10 sebab kenapa la aku ni suka sangat melepak kat opis perhilitan tu. seminggu kalau tak pergi sekali tu kira bukan aku la tu..heee

1. bila pergi sana aku dapat bergelak ketawa. sebab dorang semua ceria-ceria. sampai kan pengarah pun sekepala je. 

2. aku dapat rasa perasaan jadi anak bongsu. sebabnye aku paling muda kot kat situ. pastu terus rasa macam nak kakak.

3. aku boleh tolong dorang buat kerja. sekurang-kurangnya aku tak la dok melangut je kat rumah ni. sebabnye....aku tak suka buat kerja rumah. hehe

4. banyak sangat kenangan aku dengan dorang. sebab aku tak mau lupakan kenangan tu and nak selalu buat kenangan baru dengan dorang, aku akan keep pergi jumpa dorang sampai aku rasa aku dah tak diperlukan.

5. aku minat haiwan. bila pergi sana, dengar dorang berbincang pasal kes baru, terus rasa nak involve. tapi tak boleh....sabar je la, sebab aku bukan kakitangan sana pun. huhu

6. dorang baik dengan aku. semua orang la..

7. aku ni boleh dikata supplier movie dorang la...nak tak nak kene pergi la jugak kan....*alasan

8. aku sangat dah jatuh cinta dengan perhilitan and haiwan. boleh kata aku sendiri-sendiri belajar pasal haiwan and akta-akta tu semua. minat punya pasal. kalau orang tanya akta simple-simple aku aku dah boleh jawab la.

9. dorang suka makan. and aku suka join dorang makan, gagaga

10. lastly, aku pergi sebab tiap kali aku nak balik, nanti dorang cakap "nanti mai la lagi ea"...haaa cane jugak, dah orang ajak..kena pergi la kan....hehehe



sila abaikan muka gatal tu. tengok lambang perhilitan tu sudey.hehe





Saturday, 24 September 2011

untitled lagi

Posted by azira rahman at 09:07 0 comments Links to this post

harini ibu dengan abah pergi kursus haji. again. adoiyai..kursus sampai tiap-tiap minggu, tapi tarikh pergi tak dapat-dapat pun lagi. macam mana aku nak bersedia mental dan fizikal ni? grrr...

petang ni p penang pulak. konvo nyah. best la die....konvo ibu dengan abah boley p. aku ni bakal konvo sensorang je nanti kat seberang laut sana tu...menyesal betul belaja jauh-jauh ni. sekarang baru rasa..waa~~
bestnya, bila dapat bergambar dengan family pakai jubah konvo tu. peluk-peluk ibu dengan abah. dapat bunga.....aku ni bakal berangan je nak dapat semua tu. agak-agak desperate nak bunga jugak, bagi duit kat member suruh dorang belikan. then bagi kat aku. so, ada member aku yang volunteer?? heh

wehh...aku ada kegilaan terbaru sekarang. gila mengedit gambar. ada, baru dapat software CS5. tu yan excited lebih tu. terus uninstall photoshop 7. haha. ni la namanya 'habis madu sepah dibuang'. haha. jap2 meh aku show apa yang aku dah edit. 

spiral-spiral 

cambodoh je kan p buat eyeshadow wana merah, dah macam burung apa da

dua je la aku tunjuk. tu pun terkemut-kemut nak edit. biasala, saya budak baru belajar. hehe





Thursday, 22 September 2011

perempuan pun perlu ambil tau pasal dalaman kenderaan

Posted by azira rahman at 16:18 0 comments Links to this post

ok moto aku buat hal lagi. almaklum la..moto pun dah tua sangat, kalau nak banding dengan manusia taraf pak aji kot. kehkeh *takadakaitan. dulu kalau moto tu ada apa-apa problem, aku just bagitau im je. ni rosak, tu rosak. tak pernah terpikir pun nak belajar macam mana nak betulkan apa yang rosak tu.

bila dah jauh dari im macam sekarang, abah pulak kerja. aku jadi blur tak tau nak buat apa. adoiyai...menyesallll sesangat sebab tak belajar dulu. tu la, stick sangat dengan pandangan orang.

"pompuan ni tak payah tau pasal mesin pun tak pe, lelaki kan ada"

tapi....bila dah tetiba je moto aku stop tengah jalan tadi, memang menyesal habis sebab tak pernah amek tau pasal dalaman motor ni. *sigh. 

aku ada jugak nampak im dok pulas-pulas something kat bahagian tepi moto. tapi aku lupa pulak sebelah kanan ke sebelah kiri. kalau dah bahagian kiri ke kanan boley lupa tempat yang nak di pulas tu apa tah lagi kan. teruknya!!!! 

ok, from now, aku berazam aku nak belajar semua pasal dalaman moto and kereta. if jadi apa-apa kat moto or kereta takde la aku cepat melatah sangat. one more, orang kedai tak boleh tipu aku sebab aku ada knowledge pasal engine ni semua. haaa...


sekadar gambar hiasan



Wednesday, 21 September 2011

kerinduan nak memancing

Posted by azira rahman at 21:30 0 comments Links to this post


since aku ni bukan la seorang pompuan yang suka buang masa shopping, and do gurly stuff. aku sangat-sangat suka ikot member-member laki aku pergi mancing. first time ikot dorang memang rasa tak best lansung. pastu rasa sangat buang masa sebab dok temenung je tunggu ikan makan umpan.

lepastu dah lama-lama ikot dorang. rasa best pulak. especially time tarik ikan naik tu. perghhh. memang best!! aku baru je belajar-belajar mancing ni. kira kategori budak-budak lagi la. hehe. kadang-kadang je pegang joran ni. tapi aku rasa la, kalau mancing pakai tali tangsi lagi best. sebab dapat rasa time ikan tu dok patuk umpan kita. so, kita dapat cepat-cepat tarik la..tak la terlepas ikan tu.  

kalau mancing dengan dorang ni memang xlarat nak gelak la.
lab assistance yang sempoi habis

dua pic kat atas tu time mancing kat tuaran. pantai apa tah. time ni bobo sorang je dapat ikan. ikan pari lagi tuuu...cayalah. yang len semua habiskan umpan je. haha. tapi aku pelik, orang yang dok atas jeti tu sokmo-sokmo naikkan ikan. jelez aku. padahal pakai umpan tiruan je pun.

so, since aku balik kedah ni. aku dah tak pegang joran. wuuu sedih. takde geng nak ajak mancing dah. rindu nak naikkan ikan. last ikan aku naikkan time kat sabah haritu. ikan kerapu. bangga seyh. haha. konon nak masak ikan tiga rasa, tapi dah tak pandai. last-last digoreng jadi ikan goreng je ikan kerapu tu. hahaha.


ni aku posing je ni. hehe. mancing kat kolam





Tuesday, 20 September 2011

apa yang ada dalam handbag seorang AZIRA

Posted by azira rahman at 23:13 4 comments Links to this post

selalu kat opis tu, aku ada je terdengar ayat-ayat camni.

"haishh..kenapa la aku tak bukak beg dia tu, tengok apa dalam tu" bila aku tinggal beg aku untuk pergi mana-mana.

yang sorang lagi pulak dok terjengah-jengah nak tengok apa dalam beg aku. aigoo~cute betul. hehe. so, entry ni aku buat khas untuk sapa-sapa yang nak sangat tau apa aku kendong bawak dalam beg aku ni hari-hari kan. hehe

handbeg cikai aku. vintage kan. haha

dalam handbeg seorang perempuan, kosmetik haruslah barang utama kan. hehe. so do i. tapi aku just guna kosmetik yang basic sebasic-basic nya. haha. foundation Elianto, compact powder johnson's, lipbalm Nivea, lotion johnson's baby dengan perfume far away Avon.    

kosmetik


sanggup oo aku tak makan kalau terpaksa makan guna tangan tapi tade sabun untuk cuci tangan ni.

aku ni seorang perfectionist and hygiene freak (bak kata syahidah). so, pergi mana-mana pun aku akan make sure dalam beg aku ada sudu garfu dengan tisu. WAJIB. kalau aku pergi camping lagi la,..mau berpeket2 tisu aku bawak. bukan apa, aku tak suka kotor and kalau sapa-sapa mintak mesti aku dengan bangganya boley bagi. hehe. roti tu kebetulan pulak aku bawak harini. so, dapat la die bergambar sekali. rezeki die leteww...hehe

ini namanya barang caca merba


pendrive, WAJIB aku bawak pergi mana-mana pun. aku pun tak tau kenapa. kalau pergi opis ke, rumah kawan ke ada la jugak faedah dia kan. ni masuk hutan pun aku bawak, apa jadah? gelang tu syaz bagi. memang aku letak je dalam beg ni, bila-bila aku terasa nak pakai, aku pakai je. lighter? jeng jeng jeng..i'm not a smoker ok. kalau korang nak tau, semua beg aku ada lighter dalam tu. ni disebabkan aku berkawan dengan smoker and boleh dikatakan aku ni tukang supply lighter kat dorang la. so, walaupun aku dah habis study, aku still biarkan je lighter tu dalam beg-beg aku. kenangan wehh.... pen?harus. sebab aku tak suka nanti bila emergency terkocoh-kocoh nak carik pen pulak. bear kecik tu im bagi, dah putus. so aku tinggal je dalam beg ni. usung p mana-mana pun. haha. mana la beg tu tak berat kan. lastly, SIJIL (buku derma darah).usung kesana kemari konon-konon aku ni layak menderma darah. puiii..tak dapat pun. sekali je dapat haritu. pastu dah tak boleh dah. sebabnya..... haemoglobin rendah. adoiyai..aku dah xtau nak buat apa bagi naik balik ni. 


of course nset dengan purse

nset dengan purse. paling wajib. hehe. ada satu lagi nset, tapi die jadi cameramen pulak. hoho. express music 5800. so xdapat la masuk dalam gambar. hehe 


overall barang dalam handbeg aku.

eh, baru pasan, aku tertinggal ketip kuku aku. hehe.

tu je la barang-barang dalam handbeg merah putih aku tu. beg lain, lain pulak isinya. hehe









Saturday, 17 September 2011

jamuan raya PERHILITAN

Posted by azira rahman at 21:55 2 comments Links to this post
yea, more about PERHILITAN kedah

tadi, 17 september 2011, iaitu harini telah berlansungnya satu jamuan raya anjuran jabatan perhilitan negeri kedah. haha skema gila. aku dah feeling-feeling macam aku ni mc pulak tau. sebelum pergi semangat berkobar-kobar nak tangkap pic banyak-banyak untuk show kat syidah. bila dah sampai sana........pegang lemang, pegang nasi impit, hantar barang tu, hantar barang ni, cedok kuah satey, basuh sayur.....last-last tak pegang lansung camera. naaa, punya la kan. so, gambar tade untuk entry ni. sob3

nasib baik la aku bawak adik-adik aku yang rajin ni. hehe. so kerja aku tak la banyak sangat sebab dah distribute dengan dorang. haha, sampaikan aku dapat title 'mandur' sebab dok tengok je adik aku buat semua kerja. aku suruh dorang potong timun, potong lemang, sayur untuk laksa dengan nasi impit. dah selesai semua kerja potong-potong tu baru la dapat relax kejap. kejap sangat......

sebabnye, lepas tu abah dengan ibu sampai. so kena layan dorang dulu la kan. bawak ibu jumpa dengan staf-staf perhilitan. awkward gila ok. tetiba je aku kena jadi budak baik and tak boleh nak menyendeng kat dorang (kakak perhilitan) dah. abah tak susah sangat, datang je firdaus kat die terus dorang start menyembang samapaikan gelak tak ingat dunia. haha. 

yeah....aku basuh pinggan tadi k. diulang..aku basuh pinggan. kahkah..aku sendiri pun tak caya tau, tapi enjoy pulak bila buat kerja ramai-ramai macam ni. cuma, aku ada rasa sedikit kekurangan la. kekurangan yang buat aku balik awal. dimana sepatutnya aku ni style suka tunggu sampai event tu habis. ni tak, tadi event tu tak habis lagi pun tapi aku dah cabut balik.

act, aku takde mood ni. nak marah je rasa. cian adik aku kene pukul bertubi-tubi dengan aku. isk, pastu aku dok rasa bersalah sendiri. sob3~





Friday, 16 September 2011

TOP 10 PLACES ON YOUR BODY TO GET A TATTOO

Posted by azira rahman at 21:54 2 comments Links to this post
tattoo 1:back of the neck


tattoo 2: lower back


tattoo 3: calves


tattoo 4: triceps


tattoo 5: chest


tattoo 6: wrist


tattoo 7: side of neck


tattoo 8: ankle


tattoo 9: broad neck


tattoo 10: top of foot



there is soo much entry about tattoo right? i think i love tattoo. hehe~it is an art to peps that brave enough to hurt themselves. 
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea