Sunday, 25 September 2011

10 sebab kenapa aku suka melepak kat opis perhilitan

Posted by azira rahman at 16:58

10 sebab kenapa la aku ni suka sangat melepak kat opis perhilitan tu. seminggu kalau tak pergi sekali tu kira bukan aku la tu..heee

1. bila pergi sana aku dapat bergelak ketawa. sebab dorang semua ceria-ceria. sampai kan pengarah pun sekepala je. 

2. aku dapat rasa perasaan jadi anak bongsu. sebabnye aku paling muda kot kat situ. pastu terus rasa macam nak kakak.

3. aku boleh tolong dorang buat kerja. sekurang-kurangnya aku tak la dok melangut je kat rumah ni. sebabnye....aku tak suka buat kerja rumah. hehe

4. banyak sangat kenangan aku dengan dorang. sebab aku tak mau lupakan kenangan tu and nak selalu buat kenangan baru dengan dorang, aku akan keep pergi jumpa dorang sampai aku rasa aku dah tak diperlukan.

5. aku minat haiwan. bila pergi sana, dengar dorang berbincang pasal kes baru, terus rasa nak involve. tapi tak boleh....sabar je la, sebab aku bukan kakitangan sana pun. huhu

6. dorang baik dengan aku. semua orang la..

7. aku ni boleh dikata supplier movie dorang la...nak tak nak kene pergi la jugak kan....*alasan

8. aku sangat dah jatuh cinta dengan perhilitan and haiwan. boleh kata aku sendiri-sendiri belajar pasal haiwan and akta-akta tu semua. minat punya pasal. kalau orang tanya akta simple-simple aku aku dah boleh jawab la.

9. dorang suka makan. and aku suka join dorang makan, gagaga

10. lastly, aku pergi sebab tiap kali aku nak balik, nanti dorang cakap "nanti mai la lagi ea"...haaa cane jugak, dah orang ajak..kena pergi la kan....hehehe



sila abaikan muka gatal tu. tengok lambang perhilitan tu sudey.hehe





0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea