Tuesday, 27 September 2011

adik kecik aku sebok nak jadi matchmaker aku

Posted by azira rahman at 17:32

sampai je rumah dari ambil baby dari sekolah, aku turun moto, masuk rumah. sampai je kat pintu baru aku pasan yang nset aku tengah berbunyi petanda ada call in. cepat-cepat aku angkat phone. 

tertera nama kak shela kat screen tu. tapi aku tak sempat nak angkat, talian dah diputuskan. mungkin pemanggil sudah lama ditalian atau beliau tidak sabar. hahaha. kak shela la tu. tetiba je, bunyi lagi lagu mr simple dari  nset aku tu. ye, still kak shela yang call. mesti urgent ni kan. 

"kak shela...awat?..saya baru lepas ambil adik dari sekolah ni.."
"owh, yeke?..ceq la kot yang kak nampak tadi.."
"eh? kak kat mana ni?"
"kami kat luar ni..meh tengok meh.."

aku lari laju-laju sepantas kilat ke pintu. terus pandang arah jalan. eh, takde sape pun. lama sikit baru terasa nak pandang kiri, arah kedai pakngah. ya, nampak kereta putih, terus nampak kak shela keluar dari kereta. yang pasti aku nampak abang hasrul. lari lagi..kali ni masuk bilik pulak *berlari je aku harini. pakai tudung tanpa tengok cermin dah. amazingly aku tak terpikir pun yang muka aku ni serabai macam cipan.

p jumpa depa kat kereta..baru perasan ada kak shela, kak tikah, abang hasrul and abang ben., nak ajak masuk rumah pun..macam segan je. haha. malam tadikan ribut, so rumah tunggang langgang la sket. kesan ribut la katakan. 

nasib baik ibu ada kat rumah. so dia tau la mana part buah yang masak mana yang tak. kalau nak harap kat aku ni, mana yang aku nampak, tu je yang aku capai. haha. masak tak masak belakang kira.

penuh jugak la satu beg plastik ibu bagi dorang. tu la untungnya datang amek kat rumah, boley ambik banyak-banyak....haha. kak tikah mesti happy kan sebab dapat makan buah banyak-banyak. lepas beli kuah rojak kat kedai pakngah depa balik la ke opis memandangkan lunch hour pun dah habis...

tak semena-mena adik kecik aku cakap. 

"along, kawan along yang pakai baju hitam tu handsome la.."

terus aku rewind balik sapa yang dia maksudkan tu. baju hitam..abang ben je la tadi sebab abang hasrul pakai baju merah.

"oo...adik gatai ea...."
"dak aih,,,adik cakap je dia handsome."

tiba-tiba dia sambung lagi....

"along kawin je la dengan dia tu..."

tudia.......punya la laser mulut si kecik ni. tak dak warning-warning dah. nasib baik dia tak pergi cakap depan abang ben. kalau tak memang malu habis aku. mau tak pergi opis seminggu lepas ni. hahah. adik..adik.....






2 comments:

Anonymous said...

sengal la!!!hahahaha..selamba giler kecik tue kan...hehehe..teringat cerita bende tue...

azira said...

hahaha...weh..ko ingat lagi ea?
haritu kami p kedai tu balik...
kecik sebok nak cari benda tu. sengal la budak ni

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea