Friday, 16 September 2011

cara-cara warga PERHILITAN buat lemang

Posted by azira rahman at 17:24
more about PERHILITAN.

dah lama kan aku tak update pasal dorang kan. harini aku nak show off camana geng-geng perhilitan kedah buat lomang sempena jamuan raya. actually, entry ni khas untuk kawan se'praktikal' aku. sebab die tak dapat join sekali gotong royong and jamuan raya ni. die dah balik kuantan, blajo elok2 ye kawan. hehe.

die nak sangat tengok orang buat lemang since die tak pernah tengok and aku rasa die tak tau pun macam mana lemang tu dibuat. kan2~. hehe. aku pun sama je, tadi baru first time aku tengok macam mana lemang tu dibuat. proses yang senang tapi panjang. aku rasa la.......

first step: potong daun pisang ikot panjang buluh. macam abang ben and abang mat saipudin wat ni. lepas potong masukkan dalam buluh daun pisang tu. bagi santek-santek ye, so that lemang kite tu tak kena kat dalam bahagian buluh tu.

tekun je dorang wat kerja kan

bilah buluh yang digunakan untuk memudahkan daun pisang dimasukkan dalam buluh

second step: masukkan beras pulut dalam buluh lemang yang dah di isi dengan daun pisang. isi sampai agak-agak paras 1 inci dari mulut buluh tu. ala, aku tak tau perkataan apa yang sesuai, tapi atas bahagian buluh yang terbukak tu la.

 amboi abang fakri, syok sungguh dia isi beras pulut, siap senyum2 lagi

third step: masukkan santan sampai tutup beras pulut. sebab kalau tak tutup nanti jadi berkerak. erk, ayat tu aku tak sure sapa yang cakap. tapi aku ada dengar tadi.


harusla aku bergambar konon wat kerja kan...

ni baru betul-betul buat kerja

fourth step: dah siap isi santan sampai tutup pulut tu, boleh la terus letak kat api. done! en mael awang yang jaga api sepanjang aku tengok dorang wat kerja tu.


hijau tu lemang yang baru letak, yang warna pelik sket tu dah hampir masak

pemandangan api untuk masak lemang

sebabkan tahun ni dorang kata lemang yang dimasak kurang 5 kg, jadi 20 kg je masak. cepat la kerja tu habis kan......jamuan pun ada, makan bihun sup dengan nasi. masing-masing buat kerja cepat-cepat sebab nak rush pergi solat jumaat dengan nak pergi kenduri rumah kak yana kat pendang nun....

tapi...aku tak dapat pergi sebab kena jaga adik-adik aku neh. grr, agak marah la sebab tak dapat join dorang pergi rumah kak yana. tapi apa boleh buatkan, adik-adik aku sendiri jugak tu. sabo je la..







ps:/ syidah, anda berpuas hati tak dengan entry ni?

2 comments:

Syahidah said...

org tau la cara2 nk buat lemang tu~ cuma xpenah tgk secara live ja...Haish oleh sbb azira pun xdpt g knduri umah k.yana.maka sy puas hati!!! haha

azira said...

haha. punya dengki pangai. huhu~
esok nak tengok gak x?

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea