Wednesday, 28 September 2011

haiwan yang tiada akal lebih sayangkan anak-anaknya daripada manusia yang berakal

Posted by azira rahman at 14:24

harini aku bangun agak lewat memandangkan kondisi badan yang tak berapa nak sihat. kalah orang tua ni sakit pinggang. dah siap mandi, saja-saja je duduk depan tv sambil buat muka simpati kat ibu. kononnya sangat sakit la ni. tetiba je, ternampak tajuk cerita yang sedang ditayangkan kat TV1 "AN ANIMAL SAVED MY LIFE".

terus rasa macam menarik and membuatkan aku tercangak je depan tv dok tunggu cerita tu. aku ni bukan la spesis yang suka tengok tv pun, hatta berita pun aku tengok online je. haha. memang tak tengok tv la pendek kata.

cerita dia macam ni. satu family tu bawak anak-anak dorang pergi zoo sempena salah sorang anak dorang tu. aku dah lupa nama dorang pulak, short term memory lost. hahaha. sampai je cage gorila, si ayah angkat la adik bongsu die untuk tengok gorila tu memandangkan tembok tu tinggi sangat, budak-budak kecik harusla tak nampak apa yang ada dalam cage tu kan. tengok tembok je la budak-budak tu.

so, si abang ni pun panjat sendiri tembok tu. malang tak berbau, si  abang terjatuh ke dalam cage gorila tu, dimana tembok cage tu setinggi 4 meter. korang bayang sendiri la. budak berumur 5 tahun jatuh setinggi 4 meter dengan menjunam bahagian kepala dulu. si abang jatuh terus kaku tak bergerak. darah bnayak keluar dari kepala and telinga die.  time tu mak bapak die ingat anak dorang tu dah mati.

ketua gorila dalam tu sangat besar. berat die 200 kg and sama kekuatan dengan 10 orang lelaki dewasa. haa betapa kuatnya die tu. amazingly, ketua gorila tu pergi kat si abang and protect si abang dari gorila-gorila lain. lebih kurang 10 min lepas tu, si abang tersedar and start menagis. time tu ketua gorila still ada dekat dengan tempat kejadian and nampaknya dia tak terganggu lansung dengan tangisan budak tu. lebih mengejutkan, ketua gorila tu bawak gorila-gorila lain masuk kedalam bangunan yang boleh dikunci. 

seriously, aku kagum dengan sikap ketua gorila tu. dia terkenal dengan sifat ganasnya, tapi bila berhadapan dengan budak yang cedera, die jadi penuh dengan sifat simpati. ye, memang sifat ketua gorila akan ambil berat dan melindungi anak-anak gorila. tapi tak sangka pulak yang anak manusia pun die protect.

sedangkan binatang pun sayangkan anak-anak dorang. manusia ni yang buat aku betul-betul tak faham. manusia yang buang bayi tu nak di gelar apa ea? binatang memang tak layak sebab binatang tu makhluk yang suci. ya, pendapat aku haiwan adalah makhluk yang suci yang penuh dengan kasih sayang. sanggup buat apa saja untuk protect anak-anak dia walaupun dorang tak berakal!










0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea