Monday, 12 September 2011

hukum bertunang

Posted by azira rahman at 23:51
tetiba terasa nak bercakap pasal bertunang ni. wajib ke bertunang tu? apa jadi if kita tamau bertunang? mean disini nak terus menikah? takpe ke? yela..walaupun jauh lagi perjalanan hidup aku ni. tak salah kan aku amek tau hal-hal macam ni. hehe


hukum bertunang:

Hukumnya disebut oleh para ulamak sebagai Sunat, meskipun ada juga ulamak yang menghukumnya sebagai Harus. Bermakna, amalan tersebut digalakkan di dalam Islam demi mencapai Maqasid ( tujuan ) yang tertentu. Apabila kita melihat kepada hukum, maka kita juga perlu meneliti kepada maqasid ataupun Hikmah di sebalik hukum tersebut. Dari situ, barulah kita akan jelas dengan apa yang perlu kita lakukan.


Bertunang , ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia ( mental dan fizikal ) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar orang tua-tua menyebut ; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya sekali.


Bermakna, proses ta’aruf itu sangat penting. Sebab itu, dalam misi mahu bertunang ini, apabila seorang lelaki sudah bertekad mahu mengambil wanita itu menjadi isterinya, maka dia diharuskan untuk melihat wajah dan tangan wanita tersebut. Dalam hal ini, tiada istilah ‘malu-malu’ atau ‘aurat’. Semua itu, tujuannya adalah supaya si lelaki beroleh momentum tersendiri untuk menuju perkahwinan.


2 comments:

Cik Aish said...

cakap pasal tunang ni, aish tk faham nape org skng bertunang kene besar2an..hmm

azira said...

aah kan..saya pun perasan. baru bertunang tapi dah gaya macam nak kahwin je kan..

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea