Thursday, 29 September 2011

pengalaman raya 2009

Posted by azira rahman at 20:46

aku rasa semua orang mesti pernah lalui pengalaman kereta rosak. yela, rosak apa-apa je la. tak kesah, asal kereta tu rosak. so, aku ingat aku pun nak share pengalaman aku kat blog ni. untuk anak cucu aku baca nanti. haha

tahun ke dua aidilfitri aku sambut kat sabah, aku raya kat sandakan. aku balik sehari sebelum raya. sorang-sorang je since im segan nak ikot. tapi die tak biarkan aku raye sorang-sorang kat sane. hehe. die datang jugak pagi raya tu. punya la kan. lepastu, kononya malam raya first tu jugak nak balik. last-last tak jadi sebab semua terbongkang tido depan tv rumah pakngah tu. ow ya, lupa nak bgtau yang folo raya kat sandakan tu im, kecik, jiron dengan salleh.

muka-muka letih
im-kecik-jiron-saleh

esoknya tu, nak tak nak kene balik jugak sebab im dengan kecik kena kerja. aku? patutnya aku tak payah balik lagi. tapi since aku sangat-sangat tak suka naik bas sendiri, aku berdegil jugak nak balik dengan kawan-kawan aku tu walaupun ditegah ramai orang. jauh kot perjalanan sandakan-kota kinabalu tu. mau 6 jam jugak la. tak snaggup aku sakit pinggang sorang-sorang. haha


nasib baik la dorang naik kereta besar. kalau tak memang tak dapat la aku nak join dorang balik. im drive, aku dok sebelah die. yang dok belakang jiron, kecik dengan saleh.

ondaway balik
jiron-saleh-kecik

sepanjang perjalanan bising je. ada je yang si kecik dengan si jiron tu buat lawak. haha. best lah dorang tu. time tu sangat femes dengan lagu apa tah, lupa dah aku. and aku ingat sangat-sangat lagi kecik dok memekak menyayi lagu tu ulang-ulang. haha

tengah happy-happy, tiba-tiba rasa macam langar something atas jalan tu. aku pun otometik jenguk ke luar tingkap, naa..pancit suda tayar ni. time tu kat kawasan hutan. kawasan hutan weh.....dah la time tu semua pun nak terkencing. laki senang la..main pancut je mana-mana dorang nak. aku ni??punya la masalah. mula tu ingat nka buat cool je, tahan. last-last tak boleh tahan dah, tak nak aku terkencing dalam seluar. pastu aku pergi jugak la dalam semak-semak berbekalkan 1 botol air mineral. haha. gila kau, kencing dalam semak kat tepi jalan. tapi dah terpaksa....apa boley buat. lepas dah tunaikan hajat, baru la senyuman tu nampak iklas sikit, baru la dapat pikir dengan rasional apa yang perlu dibuat untuk fixkan tayar tu. haha

nasib baik la ada jiron, die tau jugak macam mana nak buat. so lepas tukar tayar ganti tu kami sambung perjalanan. sejam jugak la dok repair tu saja. lepas selesai masalah tayar, masalah brek pulak..brek dah haus. ni la yang jadi if jalan jauh tapi tak reti nak servis kereta. sampai ranau tuka disc brek pulak. siyez banyak duit habis dalam perjalanan. nasib baik la ptptn baru masuk and ada bank bergerak [saleh]. hehe

so, selamat sampai ke ums. alhamdulillah. ni la pengalaman raya aku yang aku takkan lupa sampai bila-bila. tiap kali aku lalu jalan yang tempat aku kencing tu, mesti aku senyum je. hehe




0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea