Monday, 5 September 2011

reunion SMKAK 2011

Posted by azira rahman at 11:02
first time aku join reuinon sekolah aku ni. yela, sebelum- sebelum ni dorang buat reunion aku tak pergi. yelakan dok jauh nun seberang laut cina selatan. macam mana jugak nak pergi kan. aku pergi dengan mia. awal kitaorang sampai. semangat mungkin. sampai je, takada gugurl lansung yang ada boboi je. terus rasa macam tamau turun kereta ni. segan punya pasal, sanggup berpanas dalam kereta. haha

pastu bila dah ada geng gugurl datang, baru berani keluar kereta. salam-salam, peluk-peluk. bercetita perkembangan diri. soalan wajib ditanya

"hang study mana sekarang?"
"bila nak kawin?"
"kerja tak lagi?"

ala..soalan-soalan standard la. huhu~

standard sekolah agama kan, mesti berlainan jantina malu-malu kucing. aku sangat sure la, kat luar dorang semua tak macam tu. nak pergi kumpul kat kemah pun mau bertolak-tolak dulu baru pergi. tah la kenapa jadi macam tu. sama je laki dengan pompuan. nama je reunion, tapi masing- masing macam tak kenal je. *eh, aku tengah kutuk ke ni?haha..

last-last semua pun macam ok dah. geng-geng yang baik dengan aku datang borak same-same. tapi geng yang alim-alim, still duduk dalam kelompok dorang. apa boleh buat kan. huu~xpe la, kalau dorang datang dekat aku pun apa aku nak cakap dengan dorang kan. haha.

kawan-kawan gugurl aku semuanya aku nampak xberubah, just kawan boboi aku je. wei...muka macam bapak budak je. siyez nampak lain. ni kalau aku tak jumpa dorang semua aritu memang aku xkenal dah if jumpa kat mana-mana. nama dorang? aku dengan mia main teka-teka je. haha~dah ada game sementara nak tunggu yang lain-lain datang.

makanan time tu, laksa dengan nasi dagang.. nampak sedap kan. ye, sedap. aku dengan mia amek banyak, tapi sebab terlalu excited jumpa kawan-kawan and busy bergambar. makanan yang kami amek tak habis =.='. bazir je kan. sob3~semua salah kawan-kawan. haha aci x?

ni aku ada upload sikit gambar. jom tengok.

blkg dari kiri: nurin, aku, mekni, mia, arina, nanab , eli, ummu
depan dari kiri: ika, denah, anis, afrah, cipak

 gambar reunion boleh di tengok kat facebook amri or anis or ika. erm tu pun kalau boleh tengok la ye.

ok, ni pic aku. heee

overall aku berpuas hati la dengan reunion ni. dats all tenkiu



*ow nampaknya picture dari anis and ika tak dapat diview bagi sape-sape yang tak friend dengan dorang, sowi. dapat tengok pic dari amri je la. pic boboi je banyak. ok la tu..

3 comments:

meknie said...

budak skolah kita memang berkelompok nak buat macam mna. pasneh buat tiga khemah. laki.alim2.hingaq. hahahahaha

azira said...

haha..kan2~
susah betul nak unite.
dok sama2 dalam 1 kemah, makan sama2..
baru la macam reunion..
ni x, hang dok dgn geng hang...
ceh..bek p jumpa kat pekan je...

meknie said...

hahahaha tau takpa! lagi syok bergosip~

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea