Friday, 30 September 2011

tanggungjawab anak sulung

Posted by azira rahman at 00:14

banyak sangat  benda yang aku pikirkan sekarang...pasal adik-adik aku, pasal parent aku, pasal life aku lepas ni, pasal kerja. lepas tu mengeluh panjang-panjang.

risaukan pasal adik-adik,
aku risau aku tak dapat nak jaga dorang macam ibu dengan abah jaga dorang. bagi apa yang dorang nak. aku takot aku tak dapat nak buat dorang tak terasa ketiadaan ibu dengan abah. aku nak dorang rasa layanan yang aku bagi untuk dorang sama dengan layanan yang dorang dapat dari ibu and abah. beratnya aku rasa...aku sangat banyak kekurangan. aku tak pandai masak makanan yang hebat-hebat macam ibu, aku tak pandai nak buat kerja rumah sendiri-sendiri. mampu ke aku nak bagi kasih sayang kat dorang macam ibu dengan abah bagi? especially adik kecik aku. macam mana nanti die rindu ibu dengan abah? apa aku nak buat sedangkan time tu aku pun sure rindukan dorang? ya ALLAH, berilah aku kekuatan....aku lemah ya ALLAH. adik-adik, along cuba untuk jadi yang terbaik ok...insyaALLAH.


adik-adik yang aku kene jaga


risaukan ibu dengan abah,
ye, aku risaukan dorang jugak. kau panjangkan lah umur dorang ya ALLAH. kau permudahkan urusan haji dorang, selamatkan dorang dari segala bencana. aku sangat-sangat perlukan kasih sayang dorang sekarang. setelah 3 tahun aku kat tempat orang, baru sekarang aku dapat merasa kasih sayang dorang balik. selama 4 bulan ni belum cukup untuk ganti masa aku berjauhan dengan dorang dulu. semoga dorang dapat pergi dan pulang dengan selamat. along akan sentiasa doakan ibu dengan abah.


i heart u







p/s: tarikh penerbangan haji abah and ibu still tak tau lagi. still menunggu. tapi dorang dah start packing barang sikit-sikit dah. sebak je rasa.........



0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea