Monday, 31 October 2011

lesung batu...eh pipit

Posted by azira rahman at 21:04 2 comments Links to this post

 aku jelezzzzz betul dengan adik kecik aku. sebab die COLEM plus ada lesung pipit. urghh..kan ke best kalau aku pun ada lesung pipit tu. 

see...

haa..2 2 belah ada..

hamek kau..dalam gila lesung dia..

location lesung die ni laen sket. tak macam lesung orang lain. orang lain lesung kat tepi pipi kan, die kat hujung mulut die. everytime i see her smile, she remind me of someone..

sama kan....location lesung dorang neh.

wahh...lesung sama dengan adik...

syazana syahnaz dengan leeteuk. tapi leeteuk sebelah je lesung die. 
aku nak jugak.........


sarjana muda sains PERHUTANAN

Posted by azira rahman at 19:31 0 comments Links to this post

lagi 28 hari lagi aku bakal bergelar graduan UNIVERSITY MALAYSIA SABAH. feeling? entah la..susah betul nak describe. banyak sangat yang aku pikirkan.

1. apa la feeling konvo sorang-sorang tanpa family
2. macam mana nak tinggal adik-adik aku dengan nenek
3. cukup ke duit belanja yang abah tinggal kat aku neh?
4. aku nak pakai baju apa time konvo nanti?
5. macam mana dengan kokum aku?valid ke x?still kene wat surat tak?
6. kasut perlu beli baru tak?
7. banyak mana baju nak bawak pergi sana =.='
8. macam mana nak pergi kl nanti?sape nak hantar pergi LCCT?
9. web check in?mobile check in?amende tu??adoi....
10. nanti time parent aku balik mesti dorang pilih barang yang best-best..tinggal yang biasa-biasa je kat aku....huhu

naa..amek kau, cukup sepuluh aku list. yang penting sekarang, bile aku tak pikirkan pasal adik-adik aku, aku sangat excited nak pergi sabah. sebab....boleh jumpe kawan-kawan, boleh jumpe pantai-pantai kesayangan aku, boleh menikmati HIDUP..wahh....tapi, memandangkan aku kakak yang baik...harusla aku pikirkan adik-adik aku and membuatkan aku kurang excited nak pergi berkonvo. sob3~

pinjam gambar konvo nyah. tak boleh ke aku photoshop je pic ni..bagi jadi majlis konvo aku...=.='


Sunday, 30 October 2011

family Day jabatan PERHILITAN

Posted by azira rahman at 11:22 2 comments Links to this post

last weekend aku folo dijemput ke family day jabatan perhilitan. so, dengan sukacitanya aku join la. dah memang suke pun...hehe

awalnye aku tak terasa nak pergi la since dengan berderet-deret adik-adik aku lagi, plus aku rasa cam awkward sket. tapi at last aku pergi jugak. semata-mata nak bawak adik aku enjoy sket. yela, aku tak bawak dorang jalan pergi mana-mana pun. kesian pulak kan....

kami stay kat joran homestay. serious cantik. bukak je pintu dah nampak laut. geram sebab tak sempat nak snap gambar lansung. rugi sangat rasa. apa boleh buat, kelam kabut urus adik-adik aku. =.= aku dah paham cane perasaan ibu. huhu. thank kat puan norsiah, rasa terhutang budi sangat dengan die tu. adoi...malu...

malamnya ada makan-makan macam kat rumah kak piah dulu. biasa la, bbq harus ada kan. malam tu jugak aku tak tangkap apa-apa gambar pun. ntah la, tak terlintas pulak nak tangkap gambar makanan, orang buat kerja semua tu. excited nak makan rasanya. dah la ada puding favorite aku. nyum2~sedapnya... adik aku pun cam best je sebab ramai kawan sebaya die. so, die tak la merengek sangat pun. 

malam tu jugak la first time aku jumpe Muhammad Azril Muhymeen ..anak kak yana. arghh sangat comel. siyez comel. malam tu pulak theme baju die macam bee. so, dapat la gelaran tebuan kat die. haha. 

bee makan pisang

comelll

and gila camera..haha

camera malam tu just tangkap pic bee ni je. 

esoknye baru la bermula acara permainan semua-semua tu. kami berkumpul kat padang tepi merdeka resort. game, makan, penyampaian hadiah semua buat kat padang tu.

bangunan tu merdeka beach resort. ni padang tempat kami main game

pemandangan awan yang santik

erk...laut yang tak berapa nak santik

before acara mula, cun je lagi time ni.haha

adik dengan muka biasa die..

theme warna merah. so, semua family yang datang pakai warna merah. suke tengok since aku penggila merah. rasa macam seronok sebab semua merah semalam. hehe. ok no point.

firstly, game untuk kanak-kanak dulu. adik masuk acara bawak bola pingpong dalam sudu. ahaha. cam biasa die men tipu, tapi xpe die menang. no 1 lagi tu..caya lah adik..

adik dengan alya

tekun budak-budak ni dengar taklimat

trio
qashrina-atiqa-alya

game untuk budak-budak macam tak banyak sangat je. so, habis je game adik terus die merengek nak mandi pantai. kesian jugak kat die sebab main reason die pergi sane pun sebab nak mandi laut. kesian die. xpe la adik, nanti kite pergi mandi pantai kat penang ea. ajak ibu dengan abah...


ini lak dorang masuk acara bola kingkong. no 1..wahhhhh

kami masuk acara batu bata, lari dalam guni budak sekolah, lari dalam guni dewasa, boling padang..itu je kot. dalam semua-semua yang kami masuk ni. SEMUA KAMI menang. muahahah. caya la. tapi agak malu la sebab aku pergi ni tak bayar 1 sen pun. tapi boleh pergi bawak balik hadiah banyak-banyak bawak balik. segannnn....

acara kemuncak..tarik tali

semangat woo dorang..

acara tarik tali di menangi oleh gang en mail. adik kecik aku bersorak kuat time dorang menang. aku rasa yang die sorakkan sangat tu kat abang ben je..hahaa dasar budak kecik gatal.

acara cabutan bertuah aku dapat first. act semua pun dapat hadiah, tapi no bertuah aku dipanggil first. jarang-jarang sangat la aku ni nak bertuah kan. haha. 

cabutan bertuah

kepada PERHILITAN kedah, terima kasih banyak-banyak sebab sudi jemput saya ni join family day. specially kat puan norsiah. buat saya rasa terhutang budi je. saya dengan adik-adik saya happy sepanjang kami kat sana..doakan saya dapat jadi warga PERHILITAN jugak ye..hehe


ais kacang jerai

Posted by azira rahman at 10:36 4 comments Links to this post


ais kacang jerai
it is awesome rite...first sampai kat medan selera pantai merdeka aku nampak banner ais kacang jerai ni. ok. rasa biasa je. tak la tertarik sangat pun...sampai la order meja sebelah sampai. 

fuuu....tingginya. serius rasa meleleh air liur. first of all harus la tanya harga dulu kan. mana tau die p ketuk sampai rm10 untuk ais kacang ni ke. logik x?

oh..rm5 je. so kami order 1 untuk kami 1 family. sejuk-sejuk time hujan boleh pulak makan ais kacang kan. tapi siyez sedap. just yang takbestnye..bile dah makan sampai kat bawah....xde rasa..=.=

yela..segala susu manisan semua tu die letak kat atas je. yang bawah tu semata-mata ais dengan kacang. puii pahit je rasa. hahah...kalau die letak manis2 sket kat bawah tu boleh dapat terbaik ni......


Wednesday, 26 October 2011

barang purba

Posted by azira rahman at 10:00 4 comments Links to this post

semalam aku terselongkar album lama aku. album time aku sekolah menengah and sekolah rendah dulu. serious budak-budak gila muka time tu plus selekeh serabai yang macam hantu. haha. dah la pakai tuding yang macam tah pape je, pastu dengan pose bergambar yang macam agak-agak cilake la disitu. haha

even time sekolah menengah pun aku selekeh ea. ok baru perasan. no wonder la tak de sape-sape nak ngorat aku time tu kan. haha *gatal disitu*. sampaikan aku sendiri tanya kat diri sendiri, ni aku ke? naa..sampai macam tu sekali......

tapi aku ada jugak jumpa gambar aku yang betul-betul time kecik. haa gambar yang ni sumpah comel. bukan nak puji diri sendiri la. tapi.....jom tengok

theme: princess. 









sori gambar tak berapa nak elok sebab tangkap gambar dari gambar =.='. faham kah??aku tangkap gambar dari gambar yang aku jumpa dari dalam album. comelkan....hehe

haa....ada lagi 1 benda yang aku jumpa yang agak memalukan aku. 

********************

kad nama

arghhh cam celake je. nape la aku jumpa balik mende ni. sumpah malu. tagline cam haremm je. "just be like me, maintain cute..."...warghhh benci aku dulu-dolu...tapi mnde alah memalukan ni trend woo dulu-dulu. kire sape takde kad nama ni tak style la. tu time zaman aku la..sekarang ni budak-budak dah tak pandang segala kad ni. 

jumpe mende-mende purba ni boley buat aku gelak sendiri je. haha











Tuesday, 25 October 2011

personaliti berdasarkan jenis darah

Posted by azira rahman at 20:55 2 comments Links to this post


personaliti berdasarkan darah?up to you all la nak percaye ke tak. tapi ade certain part yang aku rasa macam "eh, macam perangai aku la....". tapi tak bermaksud aku percaya bulat sebijik-sebijik tau.

Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.




DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
itu je la yang aku jumpa. malas suda nak search banyak-banyak lagi.


kenapa aku letak darah jenis A je?
sebab aku berdarah A....hehe





takot vs berani

Posted by azira rahman at 10:07 6 comments Links to this post

dulu aku seorang yang penakut nak bawak kereta..even aku dah ade lesen since aku habis SPM dolu-dolu lagi.   kalau ikot tempoh masa aku dah ada lesen ni kirenye aku ni pemandu yang boleh dikategorikan CEKAP la jugak. yela, dah 4 tahun kan aku ade lesen.

tapi memandangkan aku tak berani plus rasa takot yeng berlebihan bila pikirkan akibat yang akan berlaku, aku tak drive lansung. LANSUNG ok..banyak je alasan aku bagi kat im sebab taknak drive. dengan membe-member aku lak aku buat diam je. padahal dorang bergilir-gilir bawak kereta sape yang ade lesen. aku dok seat belakang buat diam je konon tak pernah amek lesen.

so, sejak-sejak balik rumah ni. aku cuba beranikan diri bawak. betul cakap AKU, lawan takot tu berani je. aku dah takot selama 4 tahun, sekarang nak taknak aku kene berani sebab aku dah jadi ketua keluarga sekarang. ALHAMDULILLAH, aku dah ade kekuatan tu sekarang. dulu, nak bawak kancil yang sekecik-kecik alam tu pun aku takot. tapi sekarang, bawak avanza pun dah rasa biase je. tu kekuatan MINDSET kite. orang lain tak boleh tolong kite dalam bab ni. hanya kita yang ada kuasa untuk tolong diri kita sendiri.

actually,
entry ni untuk sorang kawan aku yang sekarang die agak moral down and die still tak dapat nak atasi perasaan TAKOT die tu. aku harap kisah benar aku ni dapat bagi semangat kat die. siyez bib, dulu aku nak bawak kancil pun aku takot. macam ko sekarang, aku pikir macam-macam. nanti excident la, mati kat trafic light la, langgar bontot orang la, masuk parit la. semua tu aku pikir bib. and tu la sebab punca nye aku takde kekuatan nak bawak kereta.

now, aku dah tutup perasaan TAKOT aku tu dalam-dalam. aku timbus die dengan perasaan BERANI aku. and sekarang, aku dah boleh bawak kereta. aku dah boleh bawak adik-adik aku mana je dorang nak p. kalaula aku biarkan perasaan ttakot tu kuasai aku sampai sekarang...mesti aku tak boleh drive lagikan sekarang....

my bib

bib, apa-apa yang jadi aku sentiasa support ko ea. sebab
....AKU SAYANG KO.



Saturday, 22 October 2011

semoga hujan hanya hujan

Posted by azira rahman at 17:15 0 comments Links to this post

sekarang hujan sangat lebat kat area rumah aku, mungkin jugak sekitar alor setar. *sigh

ye, aku tau aku tak patut mengeluhkan. hujan tu adalah rahmat ALLAH. tapi sekarang air dah naik. dah sampai depan pintu pun. keadaan ni dah buat aku jadi superduper risau. sebabnye, aku tak pernah experience banjir kat rumah ni. penah skali are rumah aku naik air dulu. tapi aku takde sebab still study. adik-adik aku pernah la rasa semua tu.

update sekarang:

ni kawasan depan rumah aku. see banyak kan air

sebelah rumah aku. rumah dorang sliper memang dah terapung2 dah...

disebabkan rumah aku dah di modified, so dah ade sungai depan rumah aku. tunggu sengai tu melimpah je sekarang

lastly pic apple yang ketakutan, sembunyi dalam almari baju

atiqa keep suruh aku call ibu dengan abah. apa la gunanye call dorang, buat tambah risau dorang je. tak baik kacau dorang beribadat kan. sekarang, apa yang aku boleh buat. BERDOA je..semoga semuanya ok, hujan akan reda. dan....hujan ini adalah sekarang hujan....


second saturday without ibu & abah

Posted by azira rahman at 10:53 3 comments Links to this post

rasanya dah lama sangat aku tak menulis kan. tah, mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja rumah, buat mood aku nak menulis semakin berkurang. lately, aku agak susah hati dengan meow-meow aku and masalah duit.

adoi...
apple sekarang sangat suka curi-curi keluar. geram aku. tak padan dengan betina. cuba la behave macam betina sket. yang si orange si jantan tu pulak bukan main manja lagi. siap panjat-panjat badan semata-mata nak gesel muka die dengan muka kite.

si jantan yang manja

dan si betina yang buas

kadang tu hujan. terus rasa tak sampai hati nak biar die kat luar sorang-sorang. sejuk kot. last-last pergi jugak carik die. nasib baik nak masuk rumah. tapi still die suka larikan diri. huhu

duittttt!!!
aku ni tak pandai manage duit ke?laju benau duit aku keluar. macam air paip. risau aku, ibu dengan abah pergi sana baru 2 minggu. duit habis dah beratus-ratus dah. lepasni kene catu makanan la. adik-adik, sila jangan request makanan mahal-mahal ok!

harini aku tak plan nak keluar ke mana-mana pun. duit pun dah tarak. haa..aku buat jemput-jemput ubi kentang tadi. part paling happy bila tokwan suke makan. hehe. yela, tokwan tu sangat memilih bab-bab makan ni. so bila die amek rasa, and then amek makan lagi. terus rasa macam. YEAY!!!!TOKWAN SUKE!!!...


Wednesday, 19 October 2011

manusia semakin kejam

Posted by azira rahman at 16:30 2 comments Links to this post

ya, manusia semakin kejam. dalam masa 1 hari aku dikejutkan dengan 2 berita kekejaman manusia.

firstly:
kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun dilanggar sebanyak 2 kali oleh lori. and then orang sekeliling die takde lansung yang datang membantu, padahal budak tu teruk sangat kot time tu. dah lembik pun. dorang buat macam budak tu takde kat situ je. yang aku takpaham tu, kenapa lori kedua tu boleh langgar lagi budak tu yang separuh nyawa dah terbaring kat atas jalan tu? sampai ea hati dorang. aku ni, even kucing  ke..apa-apa haiwan pun yang mati kat tengah jalan tak sanggup nak langgar. sanggup lagi aku elek walaupun dah jadi bangkai. tapi dorang boleh langgar  budak manusia. kat sini, aku nak salahkan jugak parent budak tu. kenapa dorang sangat cuai biar anak dorang yang berusia 2 tahun tu jalan sorang-sorang? and then dah agak lama budak tu terkulai tengah jalan baru parent die datang? tak perasan ke dorang yang anak dorang tu hilang??ye, aku taktau apa yang terjadi kat sana. tapi pendapat aku, if parent die jaga budak tu elok-elok, kejadian ini takkan terjadi kan...

secondly:
kes kelar bayi baru lahir. semua garaa-gara boyfriend die taknak bertanggungjawab. masyaALLAH. sampai hati die kan buat macam tu? tah boleh digelar manusia ke tak ni. sebabnye..takde perikemanusiaan lansung. kalau die taknak baby tu, boleh tak hantar baby tu pergi rumah jagaan kanak-kanak ke..mana-mana je la. sebab ada je orang yang akan jaga bayi tu. dah la bayi tu kene kelar sampai terburai isi perut die. darah daging sendiri kot tu. tu la, time buat seronok. time dah jadi macam ni mula nak sampai berbunuh.

entry ni aku takkan masukkan gambar yang berkaitan. 

sebab....

aku tak sanggup nak tengok keadaan mangsa-mangsa tersebut.




Tuesday, 18 October 2011

no more 'ketua keluarga'

Posted by azira rahman at 20:50 0 comments Links to this post


tujuan utama aku tulis apa yang aku buat seharian sepanjang parent aku takde ni adalah untuk bagi parent aku tau apa yang aku buat. so, dorang balik nanti aku nak je suruh dorang ngadap blog aku neh baca. tu la niat utama aku sebab aku pikirkan kami akan susah nak contact. tapi, memandangkan aku sampai setiap masa dok mesej dengan dorang, so aku rasa no need la aku tulis panjang-panjang setiap hari. sebabnye, apa yang terjadi kat sini semua aku dapat inform kat dorang. even nak beli ayam pun aku tanya ibu tadi. haa best kan teknologi sekarang. yang duduk jauh beribu-ribu baru pun boleh cakap, boleh sembang setiap masa.

ok, lepasni no more entry yang bertajuk "ketua keluarga | hari ******". hehe

ok now layan "my girlfriend is a gumiho"..yeayea.. know, aku dah ketinggalan zaman. who cares kan...


i heart them

Sunday, 16 October 2011

ketua keluarga | hari ketujuh

Posted by azira rahman at 21:27 0 comments Links to this post

assalamualaikum.
abah...ibu...
harini along takmau cerita apa yang along dnegan adik-adik buat. harini along nak mengadu kat abah dengan ibu pasal life along since sekarang along macam takde tempat mengadu je. 

untuk pengetahuan abah dengan ibu, along rasa letihhh sangat sekarang neh. letih mental, letih fizikal. paling letih mental la. sebabnye along TERpaksa layan kerenah adik yang makin sehari makin banyak kerenah die. siyez along letih tau. along tak boleh nak marah die, sebab tu die jadi melampau kot. 

along lagi rela buat semua kerja rumah yang ada kat rumah ni. tadi time adik takda along siap cuci kipas lagi, kemas rumah, sapu sampah even basuh pinggan semua along buat. tapi, bila adik balik along rasa macam rimas dengan perangai die. tak baikkan along rasa macam tu.

abah, ibu..
along sayang betul dengan adik-adik along. tapi along tak boleh terima if perangai die teruk sangat. kalau la ada ibu, mesti ibu boleh marah dia. tapi masalahnya ibu dengan abah takda. yang ada along je. ke...perangai die makin teruk sebab jagaan along?isk..along pun tak tau la ibu.

sekarang, along still takda selera makan. perut along ni pun macam tak pandai rasa lapar tau. tak makan seharian tu rilex je die tak keluarkan bunyi. perut along ni dah rosak ke? hehe. maybe ibu balik nanti selera makan along baru ada kot. harap-harap la.

and...sampai sekarang tido malam along tak sempurna. mean, along tak dapat tido lena. kejap-kejap terjaga..kejap-kejap terjaga. betul-betul rasa tak cukup tido tau. maybe sebab tu along rasa sangat letih and darah along kurang..erk ada kaitan ke tu =.='..along pun taktau kenapa along tido tak lena. kalau awal-awal dulu logik la jugak sebab along dok tunggu call dari ibu. tu yang tak lena tido. tapi sekarang??apa la sebabnye?adoi.......

ibu, abah..
seriously along dah tau pengorbanan ibu dengan abah untuk along dengan adik-adik.along dah rasa susahnya nak jaga kami, bagi kami makan, besarkan kami dengan sempurna. along dapat rasa semua tu sekarang.  rasa agak menyesal sebab dulu along malas sangat malas nak tolong ibu buat kerja rumah. so, bila tinggal along sorang-sorang kat rumah ni, along rasa kekok gila tau. hurm....tu je kot along nak mengadu. tak baik kan mengadu banyak-banyak. lagi 3 harikan abah dengan ibu nak ke mekah. bestnya, along jelez tau tak.....impian along, nanti if along dah kerja, dah berjaya..along nak bawak abah, ibu dengan adik-adik ke sana..amin......




Saturday, 15 October 2011

ketua keluarga | hari keenam

Posted by azira rahman at 21:32 4 comments Links to this post

assalamualaikum,
harini along makan banyak. sejak-sejak abah dengan ibu pergi rasanya baru harini along makan banyak. kakek masak spagethi harini. hehe. bestnye kalau kakek balik everyweek. tapi, kakek dah balik pun tadi. huhu. sedih pulak rasa. along buat potato wedges dengan tapaukan spagethi untuk dia plus air carrot. hehe. yang terharunya, die cakap terima kasih. 

along belanja lagi tau harini. beli gula, minyak dengan mayo. gula tu memang dah habis terus dah, minyak dengan mayo along saja beli spare. ibu, along rasa macam banyak sangat je duit along guna tau. tak sampai seminggu ibu tinggal kami dah 2 kali along withdraw duit tau. sori, along tak pandai manage duit. =.= kalah dengan pujuk rayu adik-adik. 

abah, ibu...
harini banyak sangat makanan kami tau. penuh peti ais tu. ada cheese cake, ada kari, spagethi, sayur. haa along masak sayur. hehe. sayur kobis cina. tapi sebab kami bertiga je, so tak habis pun. tu yang along malas nak masak tu. yang kari tu, cik zah yang bagi semalam. maybe ni je kot along masak. lepas ni malas dah nak masak. hehe.

abah, along happy gila bila along send mesej tadi delivered. happy sangat-sangat. senang la nanti kalau ada apa-apa yang along nak bagitau abah dengan ibu. tapikan ibu, along kesian la kat kakek. semenjak ibu dengan abah pergi kan, die tak dapat cakap dengan ibu & abah pun lagi tau. along kesian kat die, sebab tu along miscall ibu. tapi dia macam rilex je, die kata. takpa la, ija tak kesah. tabah betul anak ibu sorang tu.

ibu, 
tadi along nhgajar adik ngaji tau. along marah die. geram sangat die tak paham-paham apa yanahg along ajarkan. die tahan je nagis tadi. yelakan, semanjak ibu dengan abah pergi sana kan along tak pernah marah dia lansung. even die pecahkan mangkuk tadi pun along senyum je. sebab ibu dah pesan 'jangan sakat die, nanti if die sedih die dah takde tempat mengadu'. along sentiasa pikirkan ayat ibu tu. sebab tu along tak marah die. tapi tadi along dah geram sangat. tapi last-last along sayang la die balik.

ibu, abah..adik mintak nak cakap dengan ibu tadi. rindu la tu kan. kesian die. haa abah, ibu along rasa macam taknak pergi sabah je tau. along tak sampai hati nak tinggal adik-adik dengan nenek. bukan bermaksud along tak percaya nenek. along just takot adik tak dapat nak terima die ditinggalkan sekali lagi. tu je.tah macam mana dia nanti. tak dapat nak bayang. baby along tak kesah sangat, sebab die dah besar. adik tu. isk...

ok la abah & ibu. along nak tido dah ni. esok along nak kena bangun awal. nak kena masak untuk baby breakfast. along sayang abah., along sayang ibu.....


Friday, 14 October 2011

ketua keluarga | hari kelima

Posted by azira rahman at 23:05 2 comments Links to this post

assalamualaikum abah & ibu yang disayangi..
abah dengan ibu sihat?along dengan adik-adik sihat. abah, harini dah hari kelima kan abah dengan ibu pergi sana. jaga diri tau

abah, harini kami pergi makan kat rumah cik zah. die masak sambal udang, kari ayam sayur campur dengan ikan goreng. sedap..lama tak makan makanan sedap rasanya sejak-sejak abah pergi sana. lama la jugak kami dok kat sana. kononya pergi awal sebab nak tolong cik zah masak jugak, tapi rasa awkward pulak. last-last kami dok tengok tv kat depan je. adoi..=.=. adik dapat hadiah dari cik zah. buaian rotan, cantik la jugak. adik suka betul ni sampaikan die tak sentuh lansung laptop. tido pun dengan buaian dia tu.

lepastu kami pergi tesco. saja beli barang. banyak jugak la duit habis. hehehe..jangan marah. tapikan..along jarang keluar rumah, kire baloi la tu kan. along beli cheese cake, sayur, buah untuk adik-adik. haa..kat tesco tu jugak along nampak ada tempat orang derma darah. along pergi la. confident je isi borang derma darah tu. dah siap isi, p la bagi kat nurse tu. die check darah along, sadly along still tak dapat derma darah. kali ni maybe darah along snagat kurang sampaikan along dapat ubat.huhu.

abah, malam ni kami semua tak makan apa-apa pun. tak lapar pun. adik pun just mintak nak minum susu je. actually, cik zah ada bagi kari ayam untuk kami tadi. masuk peti ais la jawabnya. haha and tak tau bila la nak makan kari ayam tu. sayangnya rasa.........

abah, ibu..
tadi kami pergi rumah tok. saja bawak adik-adik pergi rumah tok. lepastu along bawak pisang sikit untuk tok. untung ami pergi petang tadi, sebab boleh tengok tok cukur kepala tokwan. suwit sangat tau. hehe. jelez lak along tengok, and along harap...if along dah berumahtangga nanti. along dapat suami yang baik macam abah dengan tokwan. i adore both of u. along ada jugak bagi carrot juice kat tok. hehe, baikkan along. buat carrot juice semata-mata untuk tok.

abah, along dah tau cara nak call abah. along search kat internet tadi. kene tambah 00-699-5xxxxxxxx. baru along tau. no wonder la selama ni tak boleh lansung nak call abah. so, senang la lepasni kan. rasa nak cakap je misscall je kan. hehe.

abah, ibu..
along taktau abah dengan ibu ada kat mana pun sekarang. madinah ke dah kat mekah? yela..abah dengan ibu pun call sat-sat je. anak pulak ramai, so masing-masing dapat cakap berapa saat je la. huhu. nak sangat tau cuaca kat sana macam mana?, banyak tak abah tangkap gambar?, watsu solat kat sana sama tak dengan mesia?,ambik tak gambar masjid nabawi?, makanan sana macam mana?sedap x? adoi....terlalu banyak jawapan yang along perlukan..

abah, ibu..along dengan adik-adik sentiasa doakan abah dengan ibu. abah dengan ibu beribadat la ea, if ada masa and teringat kat kami..call. la. dialu alukan.........hehe. we miss both of you so much. pasal adik-adik jangan risau tau, along jaga depa dengan sepenuh hati along. tak kesah along letih ke, kurang darah ke, tak cukup makan je..janji adik-adik terjaga.



  

Thursday, 13 October 2011

ketua keluarga | hari keempat

Posted by azira rahman at 21:43 2 comments Links to this post

assalamualaikum ibu & abah,,
ibu dengan abah sihat? macam mana cuaca kat sana? panas sangat tak? jangan lupa pakai veseline, sapu kat tempat-tempat yang kering tu tau. ok jugak kan makanan kat sana?....

nak tau tak, pagi ni senang je nak kejut adik bangun tau. ada jugak dia mintak call ibu, tapi lepas along explain tadi ok je die terima. paham kot. tah la..haha. along just bagi depa breakfast roti je. takpa kan? tu pun along rasa tak cukup tau depa breakfast camtu. bekal along bagi sorang seringgit buat beli nasi lemak. tu je. nasib baik la depa ni tak banyak kerenah.

lepas hantar adik-adik pergi sekolah, kemas rumah semua along pergi rumah tok, hantar petai dengan bekas tapau. lepastu along sapu sampah kat tok. baik kan along neh..hehe. ibu, abah..along rasa tok nagis tadi. eh tak, along perasan tok nagis semalam lagi tau. suara dia pun jadi lain tau. tertanya-tanya jugak along kenapa die nagis. sama sebab dengan along ke? sebab rindukan ibu dengan abah. yela, ibu kan rapat dengan tok. masak kat tok, buat macam-macam untuk tok.

maklong bagi ikan sepat. along ambik pun sebab die dah siang semua. hehe. balik masak je. along masak sambal. tapi baby kata tak sama rasa macam yang ibu buat..=.=' keciwa along tau. yela, along mana la pandai masak. ikan tu pun rasa hanyir tau. nak ibu...masakan ibu la yang terbaik. untuk adik along just beli daging masak kicap kat ciknab je. die suka betul..banyak ni die makan. takkan kurus la die kalau dok dengan along, kan abah......hehe

abah, ibu..
tadi along amek kakek balik. happy sangat bila kakek dah balik. serius ceria along lepastu. selama along tinggal dengan baby & adik. suara pun susah nak dengar. ni bila kakek dah ada siap lawan jerit-jerit dengan die lagi. haha. best sebab rasa ada orang yang bagi semangat kat along. kek, kalau boleh along nak suruh ko balik tiap-tiap minggu tau......

oh yea, nak bagitau. tadi along pergi kepala batas. borong fastfood banyak-banyak. ibu dengan abah tak marah kan. hehe. along beli daging burger, fries dengan sosej. nanti kalau habis nak beli lagi. lalalala~ malam ni kami just makan lauk tengah hari tadi je. berselera along makan sebab ada kakek. hehe

abah, ibu...
sekarang along dah 50% kuat. hehe. baru separuh. takpa la kan dari dua hari lepas yang tak ada kekuatan lansung. adik-adik tak nagis along je dok nagis. kiranya along dah boleh bercakap pasal ibu dengan abah kat sapa-sapa pun. tak sebak-sebak dah. kalau tak..cakap dengan meow pasal ibu dengan abah pun dok tersedu-sedan sendiri. meow tu tengok je along dengan muka pelik. hahah. adik-adik pun ok dah tau. tak la nagis-nagis dah. masing-masing dah dapat terima kot ibu dengan abah pergi sana. tapi kalau adik nagis memang along ikot sama punya. lemah...=.='...

adik hari-hari kemas bilik ibu dengan abah..die sidai telekung, tarik cadar, susun bantal. kira bilik abah & ibu tu sangat kemas la. kalau meow main dalam bilik tu mesti die marah meow tu. haha. bersungguh-sungguh ni. haa..die siap tulis die sayang abah dengan ibu tau. jap along tunjuk....

comelkan die..
actually die nak tulis ibu love atiqa dengan abah love atiqa. tapi die tak pandai nak eja abah. tu yang jadi baba tu. haha. semalam sebelum tido die tanya along macam mana nak eja abah. along bagitau la. abah. die letak buku yang die tulis ni betul-betul kat tepi katil abah tau. huu~terharu betul along.

abah, ibu..along sayang abah dengan ibu, adik-adik pun. balik tau...tak payah la doa yang pelik-pelik tau kat sana. kami tunggu ibu dengan abah kat sini. kat rumah kita.


selamat jalan ibu & abah........

Posted by azira rahman at 09:13 0 comments Links to this post

sekarang mood dah agak-agak ok boleh la blogging pasal hantar ibu dengan abah time nak pergi tanah suci kan. hehe

pagi tu awal kot kitaorang bangun. siap-siap semua, tetiba ibu masuk bilik. buat tacing-tacing. aku yang nagis dulu padahal turn ibu peluk aku tak sampai lagi. huahua sencitip gila kan. 

pagi tu paklong yang hantar abah dengan ibu naik avanza. aku ingat aku akan pergi sama dengan dorang. skali dorang jalan macam tu je. terkontang-kanting gak la aku time tu tak tau nak buat apa. sampaila nyah suruh start kereta. haha. blur seketika.

sampai je airport dah nampak ibu dengan abah tengah tunggu kami. wei...anak-anak dorang first sampai tu...tengok aa sapa driver viva kecik tu. hahaha

dah la. jom tengok gambar. omputih kata a picture can describe a thousand word. yedok?

apa yang abah kalutkan aku pun taktau. 

ibu and adik. now pic ni jadi wallpaper hp aku

makngah & pakngah aka jiran aku

bergambar ramai-ramai. fyi gambar ni la yang wat atiqa sebak gile. siap usap2 muka dorang kat screen lagi tau

gelang ibu. abah punya tak sempat snap sebab abah kalut =.='

my sista and my mommy

ibu dengan emaknya. aka nenek aku


ibu dengan ayahanda nya. tokwan aku la tu

ibu dengan anak sulungnya. hahah

ni last pic yang kami snap. dorang nak checkin dah time ni

i do miss them. abah,ibu..semoga selamat perjalanan pulang nanti. semoga selamat pekerjaan ibadat abah & ibu kat sana. jangan la lupa kami kat rumah ni. call selalu2 tau. lastly, semoga mendapat haji mabrur. sampaikan salamku kepada rasulullah.

okbai


Wednesday, 12 October 2011

ketua keluarga | hari ketiga #2

Posted by azira rahman at 22:26 2 comments Links to this post

assalamualaikum
abah & ibu,
tadi petang along bawak adik pergi taman. bawak dorang main-main. suka betul along tengok adik main tau. sekurang-kurangnya dia happy kan. tak lama pun along bawak dorang kat taman tu, sejam je. pastu kami balik la. tapi sebelum tu dah bawak dorang pergi giant dah. sebab baby nak beli mushroom soup untuk masak kat sekolah esok and sebab along dah janji nak beli solivite kat adik. paham-paham je la anak ibu tu kalau dah berjanji dengan dia kan.

nampak kan muka happy dorang

kami p taman jubli perak

haa...adik cakap kan, die bolah jawab exam dia tadi. adik tu pandai betul cakap kan. slumber je dia cakap 'eleh, senang je soalan tadi. adik jawab betul semua'. haha. along gelak je la. tapi yang tak bestnya bila dia cakap kat along yang dia nak cakap dengan ibu. nasib baik along dah kuat sket lepas nagis teruk dengan die semalam. dengar nama ibu dengan abah, cakap pasal ibu dengan abah dah boleh control sedih dah la. hehe baguskan along =)

makan...?erm harini lunch kami nasi goreng yang along masak pagitu je. baby makan bubur sebab dia yang nak sangat makan. adik makan nasi goreng. along macam biasa la. selera makan still tak da. dinner pulak, along tak tau nak masak apa. ingat nak belikan nasi kandar je untuk dorang. tapi tak bukak pulak kedai tu. 2 kali tau kami pergi sana. keciwa. last-last along belikan dorang burger je la. 2 2 nak burger ayam. nasib baik la dorang tak banyak kerenah ibu. kalau la dorang request nak makan macam-macam yang along kene masak. mau nagis along.....=.='


soalan math baby buat

ibu & abah,
baby rajin tau tak. dia buatkan soalan math untuk adik. so, along just tolong adik jawab soalan tu je la. subject sains dah baca petang tadi sebelum keluar.pandai tau tak anak ibu dengan abah ni. tapikan bila adik buat salah siyez along tak sampai hati nak marah dia bila pikir nanti dia takda sapa tempat dia mengadu. along pendam je. huhu

esok along ingat nak pergi rumah tok sat. nak hantar barang maklong dengan mintak paklong hantar kereta kat rumah nanti. maklong cakap tadi nak bagi ikan sepat. erm...rasa macam nak masak sambal ikan sepat je esok tau. hehe. macam dah terbayang-bayang je along masak. haa..abah, anak-anak abah tak boleh nak buang air besar la. along rasa sebab pemakanan dorang. tak makan sayur kan. along pulak tak reti nak beli buah macam mana. adoi..cian baby dengan adik. kene cari pisang jugak kan sampai jumpa.

ok la abah & ibu. esok call lagi ea. along tunggu. kat sini hujan sekarang. along nak tido dah ni. esok nak kena bangun buat breakfast untuk adik-adik along ni. ibu dengan abah jaga diri tau. mekni pesan kim salam and minum air banyak-banyak.





ketua keluarga | hari ketiga #1

Posted by azira rahman at 09:50 2 comments Links to this post

assalamualaikum abah & ibu
thanks ea call kami pagi tadi. kami semua happy sangat-sangat. nasib baik baby takmau pergi sekolah. dapat jugak die bercakap dengan ibu & abah kan. adik pun nampak sangat sinar kegembiraan kat muka dia tu. yela, berapa lama dia dok mintak nak cakap dengan ibu. kejap-kejap suruh along call. pantang dengar bunyi mesej terus die tanya. ibu mesej ke?

ibu,
semalam adik nagis teruk sangat. lama along tak nampak die nagis macam tu. along bagi la dia tengok gambar ibu and abah buat hilang rindu. tapi lagi die rasa sebak. huhu. lama la jugak dia menagis tu. dari magrib sampai masuk isyak pun die tak stop lagi tau. dia cakap die rindu ibu sangat-sangat. pastu along ni mana la tahan sangat terus ikot die nagis. haha. teruk kan along ni. tak kuat lansung.

petang semalam along tak masak pun. baby makan nasi lauk tengah hari je, along dengan adik lak makan laksam yang kak pah bagi. sebungkus laksam tu kami makan 2 orang tak habis pun. adik maybe dah takde selere nak makan. banyak sangat pendam perasaan rasanya.

ibu dengan abah nak tau tak, pagi ni along masak nasi goreng. tapi adik makan 2 suap je. pastu dia takmau dah. kesian dia tau. kurang berselera sebab die tak dapat cakap dengan ibu kot. baby makan satu magkuk kecik. adoi...kurus kami nanti bukan sebab along tak masak tau. sebab masing-masing rindukan ibu dengan abah.

abah, ibu..
semalam nampak sangat adik keciwa tau. kan dia nak sangat cakap dengan ibu. tiba-tiba bunyi phone rumah. terus die lari angkat. tengok2 kakek yang call. terus die nagis kat situ tau. kali kedua bunyi lagi, dia lari angkat lagi..tapi tokwan yang call. keciwa lagi die. kali ketiga bunyi lagi...dia angkat jugak. pastu die cakap ibu yang call. along pun jadi excited la terus lari amek nset sebab nak mintak no ibu. bila along p balik kat adik, rupanya2 salah orang cik zah yang call. ibu,abah..kesian kat kat adik. dengar suara cik zah pun boleh terbayang suara ibu. sedih along. cik zah call nak ajak makan kat rumah dia jumaat nanti. along cakap tengok la dulu macam mana. hehe

harini adik exam jawi dengan peribadi muslim. die tak study lansung sebab die nagis je kan semalam. along tak paksa la dia, takot die lagi sedih nanti. buku pun takdak untuk study. along tak perasan buku tu takdak. haishhh..rumah semua along dah kemas. sekarang dok online je dengan baby. tengah hari nanti baru decide nak makan apa.

ok la ibu & abah. tu je ea along cerita sekarang. nanti petang ke..malam ke along cerita lagi ea..sayang ibu & abah. jaga diri tau.


Tuesday, 11 October 2011

ketua keluarga | second day #2

Posted by azira rahman at 16:05 7 comments Links to this post

ibu..abah..
adik sakit perut. dari pagi tadi lagi. macam biasa, along taktau apa yeng along perlu buat. perlu ke along bawak dia p klinik?along tak tau...along just bagi die makan panadol je tadi. ntah apa effect die kat adik nanti.

adik tak henti-henti tanya pasal ibu dengan abah tau. dia suruh along call ibu. tapi macam mana jugak along nak call kan. last-last nak sedapkan hati die along hantar mesej kat ibu dengan abah. bagi die baca. tapi mesej tu pending. maksudnya ibu dengan abah tak dapat pun mesej tu kan. tapi...adik tak tau. die keep tanya along, "along, ibu reply taklagi?ibu reply apa?". along sedih la..

tadi balik tadika, terus dia cakap kat along yang dia nak cakap dengan ibu. terus along rasa sebak. kalau la along tau number yang ibu guna kat sana memang along dah call dah. tak kisah pasal duit dah. along rasa dia nak cakap kat ibu yang dia bolah jawab xm dia tu.

ibu, abah..
tengah hari ni kami makan lauk yang beli kat kedai je. sambal burung puyuh dengan ikan bakar. 2 2 lauk tu adik yang pilih. time makan tu along suap adik. lagi sekali adik buat along sebak bila dia cakap nak simpan telur puyuh tu untuk ibu dengan abah. abah, ibu..call la cepat. adik rindu ibu dengan abah tu. along risau nanti adik sampai demam. along dah la tak pandai nak jaga dia.

along tau baby rindukan ibu dengan abah macam yang along dengan adik rindu. tapi baby tabah tau tak. die tak nagis lansung. padahal along selalu je nangis kat adik bila along rindu kat ibu dengan abah. cuma along rasa die nangis time sebelum dia tido kot. sebab bila along kejut dia bangun tido mata dia bengkak semalam. mesti menagis tu. adik pun sama, bila along nangis kat dia..dia tak nagis pun. dia peluk je along. cakap die rindu jugak. tapi time tido petang semalam bantal dia basah. mulanya along ingat tu peluh dia. tapi macam tak logik pulak. last baru terpikir yang die nangis.

abah, ibu..along tau abah dengan ibu p sana nak beribadat. tapi along harap sangat yang ibu dengan abah akan call kami hari-hari. along rasa along boleh tahan sedih along ni, along just tak tahan bila adik yang tanya pasal ibu dengan abah..dia kan kecik lagi. bila along google gambar hotel kat madinah tu dengan pic kaabah dia suka betul tau. siap cerita kat baby lagi.

angah pun along dah hantar tadi. sedih betul nak hantar dia tadi. along dah takda tempat nak bergantung. nyah lagi matang dari along rasanya, die relax je buat semua kerja. pesan kat along macam-macam. along taktau macam mana malam nanti kami bertiga je.

abah, kalau adik sakit lagi malam nanti along bawak adik pergi klinik ea. takot teruk pulak sakit dia nanti. abah,..ibu..sekarang along nak buat apa-apa pun macam terpikir banyak kali tau. sebabnye, takot time along  buat something tu ibu dengan abah call. yela, pagi tadi dah terlepas nak cakap dengan ibu. terkilan betul tau tak. kesian kat adik jugak. =(


ketua keluarga | second day #1

Posted by azira rahman at 11:09 3 comments Links to this post

baru sampai rumah lepas hantar nyah balik penang. so kat rumah sekarang tinggal aku sorang. rindu ibu..;'(.
selalu time-time camni mesti dengar suara ibu dok suruh p masak nasi. tapi suara tu takde..haishh. lepas hantar nyah tadi terus pergi giant. ingat nak beli sayur or buah untuk adik makan since die tak boleh nak berak. kesian die sakit perut je.

just beli tomato je dengan sikit-sikit barang dapur je. sebabnya aku tak rasa yang aku akan masak selalu. ibu pun dah cakap, tak payah masak. beli je. aku still takde selera makan, so beli makanan pun untuk adik-adik je la. adik pun tinggal 2 orang je...sunyinya......

sekarang aku takde buat apa-apa. aku just tengah tunggu call dari ibu. terkilan je rasa sebab time ibu call tadi aku takde kat rumah. kalau la aku keluar rumah lambat sikit. kan bagus. dapat adik cakap dengan ibu. dengar suara ibu mesti die semangat nak jawab exam die tu. ibu, call la. along nak dengar suara ibu. walaupun along tau along tak boleh nak cakap dengan ibu sebab mesti along nangis punya. dapat dengar suara ibu & abah pun dah cukup tau.

siyez semalam aku takleh tido, tunggu call dari ibu.

ketua keluarga | first day

Posted by azira rahman at 07:36 2 comments Links to this post

dari semalam aku dok tunggu je masa nak dapat online. banyak sangat benda aku nak luah kat sini.

ibu & abah dah bertolak ke tanah suci semalam. pukul 3 flight dari kl. masa kat airpot alor setar, semua sedare pergi nak hantar parent aku pergi sana. muka ibu dengan abah mula-mula tu ceria. tapi lepas masa untuk dorang masuk check in baru la dorang start rasa sedih sebab nak pisah dengan kami anak-anak dorang neh. abah pun nangis. aku tak pernah tengok abah nangis. maybe die risaukan aku untuk jaga adik, risaukan keselamatan kami. ibu, dari rumah lagi die dah tacing-tacing dengan kami. pesan macam-macam. aku memang tak boleh tahan nangis ni, baru nak start cakap air mata dah keluar dah. adoi...

semalam, lansung aku tak boleh dengar orang mention nama ibu & abah. mesti rasa macam nak nagis je. makan pun takde selera. nasib la baby dengan adik selere betul makan. aku just masak nasi and beli sambal cik nab je. tapi aku, nyah dengan kakek tak sentuh nasi pun semalam. haa..semalam aku jatuh. aku nagis. dah la sedih kene tinggal..pastu jatuh pulak dalam toilet and takde tempat aku nak mengadu sakit ni. adik-adik je tempat aku mengadu.

petang pulak keluar beli baju tido pastu terus pergi hantar kakek balik ostel. sedih lagi kat situ sebab tak boleh nak masak apa-apa untuk dia bawak balik. kesian dia. time tu tak terasa sangat sedih parent takde, tapi sampai je rumah tok. bila kak ila start tanya pasal dorang...siyez tak boleh nak cakap. sebak.

malamnya, nyah masak sambal telur. dah siap adik-adik makan semua, baru je nak ajar adik ngaji. tetibe je blackout. dugaan kedua first day parent pergi. nasib baik ada lilin, tu pun 2 batang je. dah la adik nak xm harini. dia nak study pun rasa tak best semalam. tapi dia baca jugak la sikit.

so, harini 11 oct 2011. hari kedua aku akan jalani sebagai ketua keluarga. harap harini aku tabah and tak nagis-nagis dah. tadi pun boleh je bangun awal hantar baby pergi sekolah. oh, aku tak lena tido semalam. sebabnya,,,aku dok tunggu call dari ibu. tah apa-apa kan....tapi, aku harap sangat ibu call. dah  la semalam sebelum tido adik suruh call ibu. die dah rindu la tu. aku tak boleh nak buat apa-apa. sedih betul..........




Saturday, 8 October 2011

random 8 oct 2011

Posted by azira rahman at 22:54 0 comments Links to this post

tadi kenduri doa selamat sempena ibu dengan abah nak p haji. meriah gila. siap aku feeling macam kenduri kawin da. haha. keji je kan. yela..khemah untuk tetamu makan sampai 2. mana tak datang feeling kenduri kawin tu kan. walaupun tak tau kenduri sapa =.='. haha

ni first time family aku buat kenduri. ala, stakat besday party kecik-kecik tu penah la buat. tapi kenduribesar macam ni first time. and SUMPAH penat. adoiyai. walaupun bukan aku yang masak, terasa gila penat tu. aku jadi runner kot tadi. ditengah panas terik dok ulang-ulang pergi beli barang. mula-mula beli cawan dengan pinggan, lepastu beli plastik pulak. hitam..dah la sedia hitan dah. sob3

alhamdulillah
semuanya berjalan lancar. tak ada apa-apa masalah dengan kenduri tadi. so malam ni sedara-sedara aku melepak kat rumah je la. rehat. hujan lagipun. nak bawak pergi mana-mana pun tak boleh. kalau tak boleh bawak pergi mini i-city. ye, alor setar ada mini i-city. depan dengan masjid zahir.

lately aku dah jarang update. rasa macam takde idea apa yang aku nak merepek kat sini. maybe, time ibu dengan abah pergi haji aku akan update selalu. aku akan cerita apa yang aku buat, pukul berapa aku bangun..everything la yang aku buat sehari-harian. aku nak ibu dengan abah tau apa yang aku buat. apa yang adik-adik aku buat. so, balik nanti aku nak suruh dorang mengadap baca blog aku je. hehe. boleh kah????

sekadar gambar hiasan

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea