Tuesday, 4 October 2011

i miss my orange

Posted by azira rahman at 00:11

mata dah mengantuk, tapi mood nak updae still ada since banyak benda yang jadi kat aku harini. first of all, orange sakit...first time aku berdepan dengan keadaan macam ni. yela, ni first time aku bela kucing. betul-betul bela. sebelum ni ada dah ada kes kucing mati kat rumah ni, tapi aku takde rasa apa-apa sangat la sebab aku tak dok kat rumah and tak jaga dorang sangat. so, kehilangan tu tak terasa sangat la.

tapi kali ni lain, aku sangat sayang orange sebab die satu-satunya meow jantan dalam family aku ni. satu-satunya baka jantan sebab generasi mak die pun xde jantan. dulu, orange gemok je. time makan, die la yang akan mendominasikan tempat makan tu. die la yang makan paling banyak. sampaikan perut tu boncit. berat tak payah cakap la, dah sama berat dengan berat mak die dah. punya la besar....

aku sedar 2 hari lepas yang orange tak cergas macam selalu. selalunya kalau goncang bekas makanan dorang tu, berlari-lari orange dengan epal pergi dapur nak makan. tapi haritu aku goncang, epal sorang sekor je datang. aku carik orange, die tido je atas katil aku tu. fine, aku ingat takde apa-apa la. maybe sebab die letih. esoknya, still die tido je. ibu cakap dorang letih sebab makan banyak. ow, aku pun think positif la. normal aku pikir.

sampaikan, aku sendiri pasan yang orange tak makan and minum. perut die dah tak boncit macam selalu. kesian die, mesti die dah menderita beberapa hari dah, aku lambat notice. sori..along akan cuba cari ubat cepat-cepat untuk orange ea..orange kene kuat tau. makan dengan minum air banyak-banyak. die cirit-birit, demam jugak mungkin. 

esok awal-awal pagi aku nak amek air kelapa muda dulu bagi die minum. pastu nak biar die kat luar rumah. abah cakap meow pandai carik penawar untuk penyakit die sendiri dengan makan daun-daun, rumput-rumput yang ada tu...aku harap sangat die akan cergas macam biasa. cukup la ibu dengan abah nak p jauh, orange jangan la tinggal along pulak..=(


tengok tu, besar je badan die dulu...sekarang dah kurus


orange cepat sembuh tau. along rindu nak manja-manja dengan orange...


3 comments:

ati shariffuddin said...

oloo....

Bally Da Shoe said...

risau kucing sampai mcm tu skali... untunglah suami kau =P

azira said...

atie: hehe..

bali: eheh..ada kaitan ke suami dengan meow??konpius di situ

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea