Tuesday, 11 October 2011

ketua keluarga | first day

Posted by azira rahman at 07:36

dari semalam aku dok tunggu je masa nak dapat online. banyak sangat benda aku nak luah kat sini.

ibu & abah dah bertolak ke tanah suci semalam. pukul 3 flight dari kl. masa kat airpot alor setar, semua sedare pergi nak hantar parent aku pergi sana. muka ibu dengan abah mula-mula tu ceria. tapi lepas masa untuk dorang masuk check in baru la dorang start rasa sedih sebab nak pisah dengan kami anak-anak dorang neh. abah pun nangis. aku tak pernah tengok abah nangis. maybe die risaukan aku untuk jaga adik, risaukan keselamatan kami. ibu, dari rumah lagi die dah tacing-tacing dengan kami. pesan macam-macam. aku memang tak boleh tahan nangis ni, baru nak start cakap air mata dah keluar dah. adoi...

semalam, lansung aku tak boleh dengar orang mention nama ibu & abah. mesti rasa macam nak nagis je. makan pun takde selera. nasib la baby dengan adik selere betul makan. aku just masak nasi and beli sambal cik nab je. tapi aku, nyah dengan kakek tak sentuh nasi pun semalam. haa..semalam aku jatuh. aku nagis. dah la sedih kene tinggal..pastu jatuh pulak dalam toilet and takde tempat aku nak mengadu sakit ni. adik-adik je tempat aku mengadu.

petang pulak keluar beli baju tido pastu terus pergi hantar kakek balik ostel. sedih lagi kat situ sebab tak boleh nak masak apa-apa untuk dia bawak balik. kesian dia. time tu tak terasa sangat sedih parent takde, tapi sampai je rumah tok. bila kak ila start tanya pasal dorang...siyez tak boleh nak cakap. sebak.

malamnya, nyah masak sambal telur. dah siap adik-adik makan semua, baru je nak ajar adik ngaji. tetibe je blackout. dugaan kedua first day parent pergi. nasib baik ada lilin, tu pun 2 batang je. dah la adik nak xm harini. dia nak study pun rasa tak best semalam. tapi dia baca jugak la sikit.

so, harini 11 oct 2011. hari kedua aku akan jalani sebagai ketua keluarga. harap harini aku tabah and tak nagis-nagis dah. tadi pun boleh je bangun awal hantar baby pergi sekolah. oh, aku tak lena tido semalam. sebabnya,,,aku dok tunggu call dari ibu. tah apa-apa kan....tapi, aku harap sangat ibu call. dah  la semalam sebelum tido adik suruh call ibu. die dah rindu la tu. aku tak boleh nak buat apa-apa. sedih betul..........




2 comments:

CK said...

ibu, aku doakan ko kuat smgt smentare tunggu parents ko balik. okay? i know u, and i believe in u.... :)

azira said...

=)
bib...ko banyak bagi semangat kat aku..tq bib.
aku sayang ko

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea