Thursday, 13 October 2011

ketua keluarga | hari keempat

Posted by azira rahman at 21:43

assalamualaikum ibu & abah,,
ibu dengan abah sihat? macam mana cuaca kat sana? panas sangat tak? jangan lupa pakai veseline, sapu kat tempat-tempat yang kering tu tau. ok jugak kan makanan kat sana?....

nak tau tak, pagi ni senang je nak kejut adik bangun tau. ada jugak dia mintak call ibu, tapi lepas along explain tadi ok je die terima. paham kot. tah la..haha. along just bagi depa breakfast roti je. takpa kan? tu pun along rasa tak cukup tau depa breakfast camtu. bekal along bagi sorang seringgit buat beli nasi lemak. tu je. nasib baik la depa ni tak banyak kerenah.

lepas hantar adik-adik pergi sekolah, kemas rumah semua along pergi rumah tok, hantar petai dengan bekas tapau. lepastu along sapu sampah kat tok. baik kan along neh..hehe. ibu, abah..along rasa tok nagis tadi. eh tak, along perasan tok nagis semalam lagi tau. suara dia pun jadi lain tau. tertanya-tanya jugak along kenapa die nagis. sama sebab dengan along ke? sebab rindukan ibu dengan abah. yela, ibu kan rapat dengan tok. masak kat tok, buat macam-macam untuk tok.

maklong bagi ikan sepat. along ambik pun sebab die dah siang semua. hehe. balik masak je. along masak sambal. tapi baby kata tak sama rasa macam yang ibu buat..=.=' keciwa along tau. yela, along mana la pandai masak. ikan tu pun rasa hanyir tau. nak ibu...masakan ibu la yang terbaik. untuk adik along just beli daging masak kicap kat ciknab je. die suka betul..banyak ni die makan. takkan kurus la die kalau dok dengan along, kan abah......hehe

abah, ibu..
tadi along amek kakek balik. happy sangat bila kakek dah balik. serius ceria along lepastu. selama along tinggal dengan baby & adik. suara pun susah nak dengar. ni bila kakek dah ada siap lawan jerit-jerit dengan die lagi. haha. best sebab rasa ada orang yang bagi semangat kat along. kek, kalau boleh along nak suruh ko balik tiap-tiap minggu tau......

oh yea, nak bagitau. tadi along pergi kepala batas. borong fastfood banyak-banyak. ibu dengan abah tak marah kan. hehe. along beli daging burger, fries dengan sosej. nanti kalau habis nak beli lagi. lalalala~ malam ni kami just makan lauk tengah hari tadi je. berselera along makan sebab ada kakek. hehe

abah, ibu...
sekarang along dah 50% kuat. hehe. baru separuh. takpa la kan dari dua hari lepas yang tak ada kekuatan lansung. adik-adik tak nagis along je dok nagis. kiranya along dah boleh bercakap pasal ibu dengan abah kat sapa-sapa pun. tak sebak-sebak dah. kalau tak..cakap dengan meow pasal ibu dengan abah pun dok tersedu-sedan sendiri. meow tu tengok je along dengan muka pelik. hahah. adik-adik pun ok dah tau. tak la nagis-nagis dah. masing-masing dah dapat terima kot ibu dengan abah pergi sana. tapi kalau adik nagis memang along ikot sama punya. lemah...=.='...

adik hari-hari kemas bilik ibu dengan abah..die sidai telekung, tarik cadar, susun bantal. kira bilik abah & ibu tu sangat kemas la. kalau meow main dalam bilik tu mesti die marah meow tu. haha. bersungguh-sungguh ni. haa..die siap tulis die sayang abah dengan ibu tau. jap along tunjuk....

comelkan die..
actually die nak tulis ibu love atiqa dengan abah love atiqa. tapi die tak pandai nak eja abah. tu yang jadi baba tu. haha. semalam sebelum tido die tanya along macam mana nak eja abah. along bagitau la. abah. die letak buku yang die tulis ni betul-betul kat tepi katil abah tau. huu~terharu betul along.

abah, ibu..along sayang abah dengan ibu, adik-adik pun. balik tau...tak payah la doa yang pelik-pelik tau kat sana. kami tunggu ibu dengan abah kat sini. kat rumah kita.


2 comments:

happy together said...

sedih la bila baca along punya entry nie..
terharu la..tmbh2 bila adik letak buku tu kat sebelah katil ibu abah n lagi 1 along masak pun sedap la..kalau x baby x mkn la alg masak..
along masak sangat sedap :)

azira said...

ceehhh...ko gak komplain along masak haritu...

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea