Friday, 14 October 2011

ketua keluarga | hari kelima

Posted by azira rahman at 23:05

assalamualaikum abah & ibu yang disayangi..
abah dengan ibu sihat?along dengan adik-adik sihat. abah, harini dah hari kelima kan abah dengan ibu pergi sana. jaga diri tau

abah, harini kami pergi makan kat rumah cik zah. die masak sambal udang, kari ayam sayur campur dengan ikan goreng. sedap..lama tak makan makanan sedap rasanya sejak-sejak abah pergi sana. lama la jugak kami dok kat sana. kononya pergi awal sebab nak tolong cik zah masak jugak, tapi rasa awkward pulak. last-last kami dok tengok tv kat depan je. adoi..=.=. adik dapat hadiah dari cik zah. buaian rotan, cantik la jugak. adik suka betul ni sampaikan die tak sentuh lansung laptop. tido pun dengan buaian dia tu.

lepastu kami pergi tesco. saja beli barang. banyak jugak la duit habis. hehehe..jangan marah. tapikan..along jarang keluar rumah, kire baloi la tu kan. along beli cheese cake, sayur, buah untuk adik-adik. haa..kat tesco tu jugak along nampak ada tempat orang derma darah. along pergi la. confident je isi borang derma darah tu. dah siap isi, p la bagi kat nurse tu. die check darah along, sadly along still tak dapat derma darah. kali ni maybe darah along snagat kurang sampaikan along dapat ubat.huhu.

abah, malam ni kami semua tak makan apa-apa pun. tak lapar pun. adik pun just mintak nak minum susu je. actually, cik zah ada bagi kari ayam untuk kami tadi. masuk peti ais la jawabnya. haha and tak tau bila la nak makan kari ayam tu. sayangnya rasa.........

abah, ibu..
tadi kami pergi rumah tok. saja bawak adik-adik pergi rumah tok. lepastu along bawak pisang sikit untuk tok. untung ami pergi petang tadi, sebab boleh tengok tok cukur kepala tokwan. suwit sangat tau. hehe. jelez lak along tengok, and along harap...if along dah berumahtangga nanti. along dapat suami yang baik macam abah dengan tokwan. i adore both of u. along ada jugak bagi carrot juice kat tok. hehe, baikkan along. buat carrot juice semata-mata untuk tok.

abah, along dah tau cara nak call abah. along search kat internet tadi. kene tambah 00-699-5xxxxxxxx. baru along tau. no wonder la selama ni tak boleh lansung nak call abah. so, senang la lepasni kan. rasa nak cakap je misscall je kan. hehe.

abah, ibu..
along taktau abah dengan ibu ada kat mana pun sekarang. madinah ke dah kat mekah? yela..abah dengan ibu pun call sat-sat je. anak pulak ramai, so masing-masing dapat cakap berapa saat je la. huhu. nak sangat tau cuaca kat sana macam mana?, banyak tak abah tangkap gambar?, watsu solat kat sana sama tak dengan mesia?,ambik tak gambar masjid nabawi?, makanan sana macam mana?sedap x? adoi....terlalu banyak jawapan yang along perlukan..

abah, ibu..along dengan adik-adik sentiasa doakan abah dengan ibu. abah dengan ibu beribadat la ea, if ada masa and teringat kat kami..call. la. dialu alukan.........hehe. we miss both of you so much. pasal adik-adik jangan risau tau, along jaga depa dengan sepenuh hati along. tak kesah along letih ke, kurang darah ke, tak cukup makan je..janji adik-adik terjaga.



  

2 comments:

happy together said...

along...
maybe sebelum kakak balik darah along bnyk lagi kot..haha

jgn la tanya banyk soalan kat ibu abah..

azira said...

haha..tah la baby..myb along ni memang kurang darah..tapi xserius pun..so, abaikan je

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea