Wednesday, 12 October 2011

ketua keluarga | hari ketiga #1

Posted by azira rahman at 09:50

assalamualaikum abah & ibu
thanks ea call kami pagi tadi. kami semua happy sangat-sangat. nasib baik baby takmau pergi sekolah. dapat jugak die bercakap dengan ibu & abah kan. adik pun nampak sangat sinar kegembiraan kat muka dia tu. yela, berapa lama dia dok mintak nak cakap dengan ibu. kejap-kejap suruh along call. pantang dengar bunyi mesej terus die tanya. ibu mesej ke?

ibu,
semalam adik nagis teruk sangat. lama along tak nampak die nagis macam tu. along bagi la dia tengok gambar ibu and abah buat hilang rindu. tapi lagi die rasa sebak. huhu. lama la jugak dia menagis tu. dari magrib sampai masuk isyak pun die tak stop lagi tau. dia cakap die rindu ibu sangat-sangat. pastu along ni mana la tahan sangat terus ikot die nagis. haha. teruk kan along ni. tak kuat lansung.

petang semalam along tak masak pun. baby makan nasi lauk tengah hari je, along dengan adik lak makan laksam yang kak pah bagi. sebungkus laksam tu kami makan 2 orang tak habis pun. adik maybe dah takde selere nak makan. banyak sangat pendam perasaan rasanya.

ibu dengan abah nak tau tak, pagi ni along masak nasi goreng. tapi adik makan 2 suap je. pastu dia takmau dah. kesian dia tau. kurang berselera sebab die tak dapat cakap dengan ibu kot. baby makan satu magkuk kecik. adoi...kurus kami nanti bukan sebab along tak masak tau. sebab masing-masing rindukan ibu dengan abah.

abah, ibu..
semalam nampak sangat adik keciwa tau. kan dia nak sangat cakap dengan ibu. tiba-tiba bunyi phone rumah. terus die lari angkat. tengok2 kakek yang call. terus die nagis kat situ tau. kali kedua bunyi lagi, dia lari angkat lagi..tapi tokwan yang call. keciwa lagi die. kali ketiga bunyi lagi...dia angkat jugak. pastu die cakap ibu yang call. along pun jadi excited la terus lari amek nset sebab nak mintak no ibu. bila along p balik kat adik, rupanya2 salah orang cik zah yang call. ibu,abah..kesian kat kat adik. dengar suara cik zah pun boleh terbayang suara ibu. sedih along. cik zah call nak ajak makan kat rumah dia jumaat nanti. along cakap tengok la dulu macam mana. hehe

harini adik exam jawi dengan peribadi muslim. die tak study lansung sebab die nagis je kan semalam. along tak paksa la dia, takot die lagi sedih nanti. buku pun takdak untuk study. along tak perasan buku tu takdak. haishhh..rumah semua along dah kemas. sekarang dok online je dengan baby. tengah hari nanti baru decide nak makan apa.

ok la ibu & abah. tu je ea along cerita sekarang. nanti petang ke..malam ke along cerita lagi ea..sayang ibu & abah. jaga diri tau.


2 comments:

CK said...

i can't stop reading this. keep writing bu, boleh compile jadi novel jugak ni. :)

kirim salam azren dgn baby ye...

azira said...

haha...banyak pulak masa aku sampai boleh jadi novel kan...huhu

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea