Wednesday, 12 October 2011

ketua keluarga | hari ketiga #2

Posted by azira rahman at 22:26

assalamualaikum
abah & ibu,
tadi petang along bawak adik pergi taman. bawak dorang main-main. suka betul along tengok adik main tau. sekurang-kurangnya dia happy kan. tak lama pun along bawak dorang kat taman tu, sejam je. pastu kami balik la. tapi sebelum tu dah bawak dorang pergi giant dah. sebab baby nak beli mushroom soup untuk masak kat sekolah esok and sebab along dah janji nak beli solivite kat adik. paham-paham je la anak ibu tu kalau dah berjanji dengan dia kan.

nampak kan muka happy dorang

kami p taman jubli perak

haa...adik cakap kan, die bolah jawab exam dia tadi. adik tu pandai betul cakap kan. slumber je dia cakap 'eleh, senang je soalan tadi. adik jawab betul semua'. haha. along gelak je la. tapi yang tak bestnya bila dia cakap kat along yang dia nak cakap dengan ibu. nasib baik along dah kuat sket lepas nagis teruk dengan die semalam. dengar nama ibu dengan abah, cakap pasal ibu dengan abah dah boleh control sedih dah la. hehe baguskan along =)

makan...?erm harini lunch kami nasi goreng yang along masak pagitu je. baby makan bubur sebab dia yang nak sangat makan. adik makan nasi goreng. along macam biasa la. selera makan still tak da. dinner pulak, along tak tau nak masak apa. ingat nak belikan nasi kandar je untuk dorang. tapi tak bukak pulak kedai tu. 2 kali tau kami pergi sana. keciwa. last-last along belikan dorang burger je la. 2 2 nak burger ayam. nasib baik la dorang tak banyak kerenah ibu. kalau la dorang request nak makan macam-macam yang along kene masak. mau nagis along.....=.='


soalan math baby buat

ibu & abah,
baby rajin tau tak. dia buatkan soalan math untuk adik. so, along just tolong adik jawab soalan tu je la. subject sains dah baca petang tadi sebelum keluar.pandai tau tak anak ibu dengan abah ni. tapikan bila adik buat salah siyez along tak sampai hati nak marah dia bila pikir nanti dia takda sapa tempat dia mengadu. along pendam je. huhu

esok along ingat nak pergi rumah tok sat. nak hantar barang maklong dengan mintak paklong hantar kereta kat rumah nanti. maklong cakap tadi nak bagi ikan sepat. erm...rasa macam nak masak sambal ikan sepat je esok tau. hehe. macam dah terbayang-bayang je along masak. haa..abah, anak-anak abah tak boleh nak buang air besar la. along rasa sebab pemakanan dorang. tak makan sayur kan. along pulak tak reti nak beli buah macam mana. adoi..cian baby dengan adik. kene cari pisang jugak kan sampai jumpa.

ok la abah & ibu. esok call lagi ea. along tunggu. kat sini hujan sekarang. along nak tido dah ni. esok nak kena bangun buat breakfast untuk adik-adik along ni. ibu dengan abah jaga diri tau. mekni pesan kim salam and minum air banyak-banyak.





2 comments:

tienz said...

seday lak baca post ank wei...huhu

azira said...

sedih ke?adoi....tu la namanya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulkan...

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea