Sunday, 16 October 2011

ketua keluarga | hari ketujuh

Posted by azira rahman at 21:27

assalamualaikum.
abah...ibu...
harini along takmau cerita apa yang along dnegan adik-adik buat. harini along nak mengadu kat abah dengan ibu pasal life along since sekarang along macam takde tempat mengadu je. 

untuk pengetahuan abah dengan ibu, along rasa letihhh sangat sekarang neh. letih mental, letih fizikal. paling letih mental la. sebabnye along TERpaksa layan kerenah adik yang makin sehari makin banyak kerenah die. siyez along letih tau. along tak boleh nak marah die, sebab tu die jadi melampau kot. 

along lagi rela buat semua kerja rumah yang ada kat rumah ni. tadi time adik takda along siap cuci kipas lagi, kemas rumah, sapu sampah even basuh pinggan semua along buat. tapi, bila adik balik along rasa macam rimas dengan perangai die. tak baikkan along rasa macam tu.

abah, ibu..
along sayang betul dengan adik-adik along. tapi along tak boleh terima if perangai die teruk sangat. kalau la ada ibu, mesti ibu boleh marah dia. tapi masalahnya ibu dengan abah takda. yang ada along je. ke...perangai die makin teruk sebab jagaan along?isk..along pun tak tau la ibu.

sekarang, along still takda selera makan. perut along ni pun macam tak pandai rasa lapar tau. tak makan seharian tu rilex je die tak keluarkan bunyi. perut along ni dah rosak ke? hehe. maybe ibu balik nanti selera makan along baru ada kot. harap-harap la.

and...sampai sekarang tido malam along tak sempurna. mean, along tak dapat tido lena. kejap-kejap terjaga..kejap-kejap terjaga. betul-betul rasa tak cukup tido tau. maybe sebab tu along rasa sangat letih and darah along kurang..erk ada kaitan ke tu =.='..along pun taktau kenapa along tido tak lena. kalau awal-awal dulu logik la jugak sebab along dok tunggu call dari ibu. tu yang tak lena tido. tapi sekarang??apa la sebabnye?adoi.......

ibu, abah..
seriously along dah tau pengorbanan ibu dengan abah untuk along dengan adik-adik.along dah rasa susahnya nak jaga kami, bagi kami makan, besarkan kami dengan sempurna. along dapat rasa semua tu sekarang.  rasa agak menyesal sebab dulu along malas sangat malas nak tolong ibu buat kerja rumah. so, bila tinggal along sorang-sorang kat rumah ni, along rasa kekok gila tau. hurm....tu je kot along nak mengadu. tak baik kan mengadu banyak-banyak. lagi 3 harikan abah dengan ibu nak ke mekah. bestnya, along jelez tau tak.....impian along, nanti if along dah kerja, dah berjaya..along nak bawak abah, ibu dengan adik-adik ke sana..amin......




0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea