Tuesday, 11 October 2011

ketua keluarga | second day #2

Posted by azira rahman at 16:05

ibu..abah..
adik sakit perut. dari pagi tadi lagi. macam biasa, along taktau apa yeng along perlu buat. perlu ke along bawak dia p klinik?along tak tau...along just bagi die makan panadol je tadi. ntah apa effect die kat adik nanti.

adik tak henti-henti tanya pasal ibu dengan abah tau. dia suruh along call ibu. tapi macam mana jugak along nak call kan. last-last nak sedapkan hati die along hantar mesej kat ibu dengan abah. bagi die baca. tapi mesej tu pending. maksudnya ibu dengan abah tak dapat pun mesej tu kan. tapi...adik tak tau. die keep tanya along, "along, ibu reply taklagi?ibu reply apa?". along sedih la..

tadi balik tadika, terus dia cakap kat along yang dia nak cakap dengan ibu. terus along rasa sebak. kalau la along tau number yang ibu guna kat sana memang along dah call dah. tak kisah pasal duit dah. along rasa dia nak cakap kat ibu yang dia bolah jawab xm dia tu.

ibu, abah..
tengah hari ni kami makan lauk yang beli kat kedai je. sambal burung puyuh dengan ikan bakar. 2 2 lauk tu adik yang pilih. time makan tu along suap adik. lagi sekali adik buat along sebak bila dia cakap nak simpan telur puyuh tu untuk ibu dengan abah. abah, ibu..call la cepat. adik rindu ibu dengan abah tu. along risau nanti adik sampai demam. along dah la tak pandai nak jaga dia.

along tau baby rindukan ibu dengan abah macam yang along dengan adik rindu. tapi baby tabah tau tak. die tak nagis lansung. padahal along selalu je nangis kat adik bila along rindu kat ibu dengan abah. cuma along rasa die nangis time sebelum dia tido kot. sebab bila along kejut dia bangun tido mata dia bengkak semalam. mesti menagis tu. adik pun sama, bila along nangis kat dia..dia tak nagis pun. dia peluk je along. cakap die rindu jugak. tapi time tido petang semalam bantal dia basah. mulanya along ingat tu peluh dia. tapi macam tak logik pulak. last baru terpikir yang die nangis.

abah, ibu..along tau abah dengan ibu p sana nak beribadat. tapi along harap sangat yang ibu dengan abah akan call kami hari-hari. along rasa along boleh tahan sedih along ni, along just tak tahan bila adik yang tanya pasal ibu dengan abah..dia kan kecik lagi. bila along google gambar hotel kat madinah tu dengan pic kaabah dia suka betul tau. siap cerita kat baby lagi.

angah pun along dah hantar tadi. sedih betul nak hantar dia tadi. along dah takda tempat nak bergantung. nyah lagi matang dari along rasanya, die relax je buat semua kerja. pesan kat along macam-macam. along taktau macam mana malam nanti kami bertiga je.

abah, kalau adik sakit lagi malam nanti along bawak adik pergi klinik ea. takot teruk pulak sakit dia nanti. abah,..ibu..sekarang along nak buat apa-apa pun macam terpikir banyak kali tau. sebabnye, takot time along  buat something tu ibu dengan abah call. yela, pagi tadi dah terlepas nak cakap dengan ibu. terkilan betul tau tak. kesian kat adik jugak. =(


7 comments:

happy together said...

along..baby dah sdih la..jgn la ckp mcm tu.
hari isnin tu pun baby dah nangis bila baby nak caRI hanger dlm almari ibu..x sampai hati nak keluaRKAn baju2 ibu..mlm2 baby nak tidur ngan alg

Anonymous said...

laa hari tu kan dah penah kena tinggal 2 kali. takkan tak boley lagi kot? nanti ujung minggu kan kakek ada. nanti nnyah balik laa..doa2 je selalu :)

-angah-

azira said...

baby: tiap2 malam kita akan tido sama-sama tau..kalau sedih jangan pendam sorang2..biar kita nagis sama2 xpa..tau2

nyah: nyah....xsama lansung yang kena tinggal 2 hari tu dengan sekarang. sekarang sangat terasa sebab tau depa jauh and tak dapat nk contact depa. rindu tahu x?

CK said...

ibu, ak bace, ak yg nk nangis tau.... T_T

*uuu, x suke! dah berair dah mate aku!!!! :(

Anonymous said...

azira..aku pon sedih...
kassim

azira said...

bib: hehe...luahan hati aku ni...xsangka lak ko nak bace..huhu

ijat: ijat...jangan la sedih2..ko kene bg semangat kat aku...

tienz said...

wei seyes aku yang nangis bace posst ko...kuat tau zira....dorang pg jumpe Allah...jadi tetamu Allah...insyaallah...doa yang baik2..

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea