Sunday, 30 October 2011

family Day jabatan PERHILITAN

Posted by azira rahman at 11:22

last weekend aku folo dijemput ke family day jabatan perhilitan. so, dengan sukacitanya aku join la. dah memang suke pun...hehe

awalnye aku tak terasa nak pergi la since dengan berderet-deret adik-adik aku lagi, plus aku rasa cam awkward sket. tapi at last aku pergi jugak. semata-mata nak bawak adik aku enjoy sket. yela, aku tak bawak dorang jalan pergi mana-mana pun. kesian pulak kan....

kami stay kat joran homestay. serious cantik. bukak je pintu dah nampak laut. geram sebab tak sempat nak snap gambar lansung. rugi sangat rasa. apa boleh buat, kelam kabut urus adik-adik aku. =.= aku dah paham cane perasaan ibu. huhu. thank kat puan norsiah, rasa terhutang budi sangat dengan die tu. adoi...malu...

malamnya ada makan-makan macam kat rumah kak piah dulu. biasa la, bbq harus ada kan. malam tu jugak aku tak tangkap apa-apa gambar pun. ntah la, tak terlintas pulak nak tangkap gambar makanan, orang buat kerja semua tu. excited nak makan rasanya. dah la ada puding favorite aku. nyum2~sedapnya... adik aku pun cam best je sebab ramai kawan sebaya die. so, die tak la merengek sangat pun. 

malam tu jugak la first time aku jumpe Muhammad Azril Muhymeen ..anak kak yana. arghh sangat comel. siyez comel. malam tu pulak theme baju die macam bee. so, dapat la gelaran tebuan kat die. haha. 

bee makan pisang

comelll

and gila camera..haha

camera malam tu just tangkap pic bee ni je. 

esoknye baru la bermula acara permainan semua-semua tu. kami berkumpul kat padang tepi merdeka resort. game, makan, penyampaian hadiah semua buat kat padang tu.

bangunan tu merdeka beach resort. ni padang tempat kami main game

pemandangan awan yang santik

erk...laut yang tak berapa nak santik

before acara mula, cun je lagi time ni.haha

adik dengan muka biasa die..

theme warna merah. so, semua family yang datang pakai warna merah. suke tengok since aku penggila merah. rasa macam seronok sebab semua merah semalam. hehe. ok no point.

firstly, game untuk kanak-kanak dulu. adik masuk acara bawak bola pingpong dalam sudu. ahaha. cam biasa die men tipu, tapi xpe die menang. no 1 lagi tu..caya lah adik..

adik dengan alya

tekun budak-budak ni dengar taklimat

trio
qashrina-atiqa-alya

game untuk budak-budak macam tak banyak sangat je. so, habis je game adik terus die merengek nak mandi pantai. kesian jugak kat die sebab main reason die pergi sane pun sebab nak mandi laut. kesian die. xpe la adik, nanti kite pergi mandi pantai kat penang ea. ajak ibu dengan abah...


ini lak dorang masuk acara bola kingkong. no 1..wahhhhh

kami masuk acara batu bata, lari dalam guni budak sekolah, lari dalam guni dewasa, boling padang..itu je kot. dalam semua-semua yang kami masuk ni. SEMUA KAMI menang. muahahah. caya la. tapi agak malu la sebab aku pergi ni tak bayar 1 sen pun. tapi boleh pergi bawak balik hadiah banyak-banyak bawak balik. segannnn....

acara kemuncak..tarik tali

semangat woo dorang..

acara tarik tali di menangi oleh gang en mail. adik kecik aku bersorak kuat time dorang menang. aku rasa yang die sorakkan sangat tu kat abang ben je..hahaa dasar budak kecik gatal.

acara cabutan bertuah aku dapat first. act semua pun dapat hadiah, tapi no bertuah aku dipanggil first. jarang-jarang sangat la aku ni nak bertuah kan. haha. 

cabutan bertuah

kepada PERHILITAN kedah, terima kasih banyak-banyak sebab sudi jemput saya ni join family day. specially kat puan norsiah. buat saya rasa terhutang budi je. saya dengan adik-adik saya happy sepanjang kami kat sana..doakan saya dapat jadi warga PERHILITAN jugak ye..hehe


2 comments:

happy together said...

bagos2
nanti ada lagi kita pi lagi ok
seronok la..pastu bawak baik hadiah bnyk2

azira said...

segan dah along nak p pun...

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea