Sunday, 2 October 2011

misi anak beranak menghapuskan bukti

Posted by azira rahman at 22:25

harini telah berlaku satu kejadian yang tak pernah aku imagine akan berlaku. meow berak atas katil. aku tak salahkan die, aku tau die sakit. tapi masalahnya..katil tu katil ibu. adoiyai..memang masalah besar la. ibu dah la tak setuju sangat nak bela meow ni. alih-alih atas katil ibu pulak die lepas. cian meow

oren yang tak sihat

aku sedar sebab dengar something cakar-cakar dalam bilik ibu. terus la aku pergi tengok. lampu tak bukak, terus aku panggil baby. "baby, along rasa oren kencing atas katil ibu la..habis la kita. p bukak lampu cepat"..lepas bukak lampu bari kami sedar yang oren sebenarnya berak, bukan kencing. omaigod....apa kami nak buat ni.

2 2 orang gelabah. weh...serious kami tak tau nak buat apa. baby buang dulu taik tu, lepas tu aku cepat-cepat tarik cadar tu rendam dalam toilet. lepastu masing-masing nebes tak tau nak buat apa. tah macam mana aku terpikir nak call abah. suruh dia balik cepat sikit.

abah, sampai rumah je terus bagitau apa yang terjadi. abah suruh cuci kesan yang ada kat tilam tu sikit dengan sabun. done! lepastu abah terbalikkan tilam tu. wakakaka...abah pun mesti nebes kan. sampaikan sanggup bersetongkol dengan anak-anak.

time tu tak payah nak suruh ko buat apa, aku buat apa. masing-masing gelabah buat kerja sendiri tanpa disuruh. serious lawak. padahal peluh turun macam hujan sebab tak bukak kipas pun macam tak kisah je. yang penting, bukti mesti dihapuskan. dah setel semua pasang cadar, spray wangi-wangi sikit..done!

tapi kami tak lega lagi, cadar dalam toilet tu. apa nak jawab kalau ibu tanya??aku cakap kat abah "abah, nanti kalau ibu balik abah jawab ea, along dengan baby takot. kami takmau cakap apa-apa pun".."isk, kalau abah cakap lagi la ibu marah" adoi..tu pulak jawapan abah.

ibu balik je terus rasa nebes. ibu tak perasan mula tu, and aku tak sedar macam mana ibu perasan cadar die dah lain. orang first die serbu, aku. waa..kenapa aku?? die tanya, kenapa basuh cadar ibu?apa yang jadi? aku senyum je..sengeh lebar-lebar since taktau nak reply apa. tiba-tiba ada satu suara reply "depa muntah tadi"...abah!!sayang abah...........aku memang taknak tipu, tapi dah abah cakap macam tu, aku just folo da flow je la. boley camtu? 

ibu, sori ea kami bohong ibu. kami terpaksa since semua pun takot ibu buang meow tu. nanti sebelum ibu naik flite along tell da truth ea. along mintak maaf semua sekali. ok ibu..lastly, along sayang ibu sangat-sangat.....






5 comments:

meknie said...

aiyok cakap kt ibu haaahaaa report...report....report sama ibu!!!

azira said...

mekni...jangan....
ala..nt aku bgtau jugak..just lambat sket je

Anonymous said...

hahaha mcm celake..haha..oren saket ape weh? -nyah-

|| A r a W a n i || said...

hahaha.. comel jek korang bersetongkol.. adedei~~

azira said...

nyah: oren cirit birit..cian die..lemau ni..xmau main2 dah...

arawani: hehe..terpaksa

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea