Tuesday, 4 October 2011

pepatung gigit pusat | elak kencing malam

Posted by azira rahman at 23:39

google image

pepatung atau nama kampungnya lainnya sibur-sibur tergolong dalam famili odonata. pepatung adalah antara serangga yang terbang paling laju. makanan utamanya adalah nyamuk disamping lalat, lebah, kupu-kupu dan serangga kecil yang lain. 

di eropah, pepatung merupakan satu ancaman bagi dorang sebabnye pepatung kat sana bersaiz besar dan digelar sebagai pembunuh kuda. naa..bayangkan la macam mana serangga ni jadi ancaman dan berapa besar saiz die tu kan. 

manakala, di asia pula pepatung membawa maksud yang berlainan pula. macam kat jepun, pepatung ni lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan. di kawasan indonesia pula, pepatung ni jadi sumber makanan dorang. eww tak boleh nak bayang makan pepatung.

bagi aku pulak. since aku kecik, aku membawa satu kepercayaan pasal pepatung ni. mungkin korang jugak pernah buat apa yang aku buat ni. kononnya, kalau bagi pepatung gigit pusat kite, dapat mengelakkan kencing malam. aku tak tau dari mana kepercayaan tu datang. aku pun dengar-dengar dari mulut cousin-cousin aku je.

kami ramai-ramai berusaha tangkap sekor pepatung, sekor pun dah cukup. lepas tu, gilir-gilir letak kat pusat biar die gigit. haha. pemikiran budak-budak kan. sanggup ni tahan sakit+geli kene gigit dengan pepatung tu semata-mata takut kencing malam. adoiyai.....

bila dah besar macam ni, ingat balik apa yang dibuat time kecik dulu rasa nak gelak je manjang. takde kaitan kot pepatung gigit pusat dengan kencing malam. serious tak de kaitan lansung. haha. just pemikiran kita je. padahal lepas bagi pepatung gigit pusat tu, kami pergi kencing ramai-ramai sebelum tido. so, mana dah nak ada air dalam pundi kencing tu kan...

tapi aku still rasa bersyukur sebab ibu dengan abah pindah dok kat kedah ni. dapat jugak la aku merasa hidup suasana kampung. yela, dok kat kotaraya mana la dapat nak jumpa pepatung pun kan. sekurang-kurangnya, aku ada pengalaman masa kecik aku yang boleh di cerita kat anak cucu aku kan..






0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea