Saturday, 8 October 2011

random 8 oct 2011

Posted by azira rahman at 22:54

tadi kenduri doa selamat sempena ibu dengan abah nak p haji. meriah gila. siap aku feeling macam kenduri kawin da. haha. keji je kan. yela..khemah untuk tetamu makan sampai 2. mana tak datang feeling kenduri kawin tu kan. walaupun tak tau kenduri sapa =.='. haha

ni first time family aku buat kenduri. ala, stakat besday party kecik-kecik tu penah la buat. tapi kenduribesar macam ni first time. and SUMPAH penat. adoiyai. walaupun bukan aku yang masak, terasa gila penat tu. aku jadi runner kot tadi. ditengah panas terik dok ulang-ulang pergi beli barang. mula-mula beli cawan dengan pinggan, lepastu beli plastik pulak. hitam..dah la sedia hitan dah. sob3

alhamdulillah
semuanya berjalan lancar. tak ada apa-apa masalah dengan kenduri tadi. so malam ni sedara-sedara aku melepak kat rumah je la. rehat. hujan lagipun. nak bawak pergi mana-mana pun tak boleh. kalau tak boleh bawak pergi mini i-city. ye, alor setar ada mini i-city. depan dengan masjid zahir.

lately aku dah jarang update. rasa macam takde idea apa yang aku nak merepek kat sini. maybe, time ibu dengan abah pergi haji aku akan update selalu. aku akan cerita apa yang aku buat, pukul berapa aku bangun..everything la yang aku buat sehari-harian. aku nak ibu dengan abah tau apa yang aku buat. apa yang adik-adik aku buat. so, balik nanti aku nak suruh dorang mengadap baca blog aku je. hehe. boleh kah????

sekadar gambar hiasan

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea