Wednesday, 5 October 2011

say NO to plastic bag

Posted by azira rahman at 19:26


mesti korang pernah dengar kan kempen hari tanpa beg plastik. bahasa omputihnya, "say no to plastic campaign". walla~. aku sebagai pelajar jurusan perhutanan dan rakyat malaysia yang sangat cintakan persekitaran yang bersih [ gila patriotik kan], sangat-sangat menyokong kempen tersebut. titik

seperti yang kita semua tahu, plastik ni tersangat la susah untuk dilupuskan dan memakan masa yang sangat panjang untuk dia lupus secara semulajadi. cuba korang bayang la, sehari sorang guna satu beg plastik, so dah berjuta-juta beg plastik digunakan sehari. tapi, tu bukan masalahnya. masalahnya di sini adalah apabila beg plastik tersebut dibuang menjadi sampah. ye, sampah. kalau manusia yang bijak, mereka akan guna semula beg plastik tersebut untuk tujuan lain.

pada pendapat aku la kan, kempen hari tanpa beg plastik ni harus dilaksanakan setiap hari. bukan untuk hari ahad sahaja. melainkan rakyat malaysia ni tahu menggunakan tong kitar semula. tahu ni disini maksud aku adalah, menggunakan dengan sebaiknya. bukan mengguna secara membabi buta. tong yang hanya perlu diisi dengan kaca, tetapi mereka membuang sampah-sampah basah dari rumah mereka..contohnya la..




selain tu jugak, kempen ini perlu diwajibkan kepada semua jenis kedai yang ada kat malaysia ni. semua kedai la, kedai runcit, kedai fotostat, kedai topup, supermarket, kedai ikan, warung. kehkeh..eh, aku serious ok. hatta beli goreng pisang goreng pun, letak je pisang goreng tu dalam paper bag warna cekelat tu. ala macam paperbag kayaball tu...

aku sangat sayangkan bumi aku ok. aku rasa kan negara lain, bab-bab environment ni dorang sangat pentingkan. macam negara-negara maju dorang sanggup keluarkan dana untuk negara-negara yang sedang membangun semata-mata untuk protect environment since dorang tak dapat buat benda tu semua. yela, negara maju kan..mana nak jumpa hutan-hutan dah untuk neutralize balik gas-gas yang ada ni. kalau korang nak tau lebih pasal dana negara maju ni, baca pasal Reducing Emissions from Deforestation and Degradation (REDD). search je kat google, belambak keluar info tu.

lastly, sayangi persekitaran kita.
peace bebeh



0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea