Monday, 30 January 2012

jangan cemari pemikiran suci mereka

Posted by azira rahman at 22:00 5 comments Links to this post
lately aku ade dengar banyak sangat kes kecurian kat giant tu. curi pun bukan barang mahal sangat, setakat ayam 4 5 ketul, udang, pendek kata barang-barang basah untuk dibuat lauk la.

apa pendapat korang?

bagi aku, tak patut la mencuri macam tu. bukan dorang tak tau yang giant tu bersepah dengan CCTV. semua apa yang korang buat orang lain boleh tengok. even krang curi-curi kentut pun dorang boleh tau. bukan sebab bau, bukan sebab bunyi. tapi gaya kentut korang. ahaha~~

mahal sangat ke ayam tu?tak mampu sangat ke sampai kene mencuri tu or dorang ni memang dah terbiasa dengan tabiat mencuri ni? aku pernah dengar yang habit suke mencuri ni susah nak buang, betul ke? kalau betul mungkin tu sebab dorang keep mencuri walaupun dorang tau tempat dorang mencuri tu ada risiko besar punya untuk kene tangkap.

paling aku sedih....dorang datang mencuri bawak anak. anak kecik yang tak paham dengan dunia ni lagi. yang banyak persoalan, yang penuh perasaan ingin tahu. bila mak die tertangkap kantoi mencuri, apa anak tu akan pikir? aku tak rasa yang anak kecik tu paham apa yang mak die buat. kalau la anak die paham apa yang mak die buat..mesti die malu, malu dengan kawan-kawan die..malu dengan orang sekeliling die yang tangkap mak die mencuri tu.

haish sedih betul la. makcik, if takde duit sangat nak beli ayam. meh mintak kat saye, saye ni bukan la banyak duit sangat pun, tapi ada la rezeki sikit-sikit nak share dnegan makcik. jangan la dok mencuri. kesian anak makcik tu. nanti if anak makcik dah besar and die mencuri jugak, semua tu salah makcik. makcik yang ajar die cara nak mencuri. sedih la bila pemikiran anak kecik yang suci dicemari dengan benda benda macam ni.

Sunday, 29 January 2012

work. kerja

Posted by azira rahman at 00:06 4 comments Links to this post

26 januari lepas, dah genap sebulan aku kerja situ. and dalam masa sebulan ni banyak sangat yang aku dah belajar. boleh kata aku ni dah boleh diharap la walaupun kadang-kadang ada jugak certain barang tu aku tak tau function die.

and..
dalam masa sebulan ni jugak aku rasa aku dah dapat tau perangai setiap staf kat situ. supervisor macam mana, store manager macam mana, cashier macam mana. semua aku dah tau. ni la kelebihan aku, aku senang dapat tau perangai orang. aku rasa sangat selesa dengan perangai aku ni sebab aku dengan senangnye dapat detact sape yang aku boleh caye sape yang tak boleh dipercayai. pandangan aku..semua dorang ni aku tak berapa nak caye sket la. sebabnye, dorang sama-sama dorang pun dorang mengumpat. apatah lagi aku yang baru kerja ni kan.

nevermind la. janji dorang tak kacau gaji aku. betul x?

kerja? kerja ok je..just kadang-kadang rasa tak best tu ada bila ibu dengan abah pergi jalan-jalan time aku kerja. haa time tu mula la rasa nak carik kerja lain cepat-cepat. bila adik beradik lain semua berkumpul dirumah padahal aku dok buang masa kerja kat kedai tuh. bila kawan-kawan ajak hang out, tapi aku tak boleh sebab kerja! serious rasa macam nak cari kerja lain time tu jugak. haha

aku sekarang pun tengah bertungkus lumus mencari kerja. mana yang aku layak apply memang aku tak pikir panjang pun, terus je apply. tak boleh memilih kerja sangat sekarang. kang tanam anggur sampai tua. eii mintak simpang la. tapi....satu kerja pun takde panggil aku interview. kadang tu rasa fade up memang ada, tapi aku kuatkan jugak la semangat yang tak berapa nak ada ni. yakin kan jugak yang ada rezeki untuk aku satu hari nanti.


Saturday, 28 January 2012

happy birthday love

Posted by azira rahman at 00:24 4 comments Links to this post

harini 28 january 2012, genap la umur MOHAMAD NABIL IMRAN MOHD IHASAN 23 tahun. dah 3 tahun rasanya kami celebrate birthday sama-sama sejak kami kenal. just tahun ni sambut dari jauh je la. 

takde kek, just hadiah je untuk die yang die sendiri dah selamat terima. aku just bagi die sweater je memandangkan die dapat kerja kat cameron highland kan. and aku takmau die kesejukkan...





dah 3 tahun kami bersama. susah senang kami sama-sama. die ni ibarat bestfriend aku yang paling aku trust la. aku aku percaya takkan betray aku. yang sentiasa ada untuk aku, yang sentiasa jaga aku.

to im, i just wanna say thank you for being mine!

Thursday, 26 January 2012

macam mana nak trace duit palsu

Posted by azira rahman at 23:52 2 comments Links to this post
harini tak pasal-pasal aku dengan member keje aku kene ganti duit palsu yang customer bagi. duit tu dapat time 22 haribulan haritu, and kami tak sure duit tu dapat time shift sape. aku takde la rasa terkilan sangat time bayar ganti rugi tu sebab memang aku tak pernah check pun duit tu. hehe

so, hari tu yang kerja 4 orang. aku, kak dila, kak pinat dengan kin. so kami share-share la bayar sorang RM 12.50. 

so lepas ni aku akan lebih berhati-hati. start pagi tadi memang aku check semua duit kerta 50 and 100 secara teliti. biar la ramai customer baris pun. sebelum ni yang buat aku malas nak check tu bukan apa. aku just tak suka perasaan bila orang tak percaya kat kite. sebabnye aku pun tak suke bila aku bagi duit lepastu dorang check duit aku, konon aku ni ada muka bawak guna duit palsu. xsuka xsuka! so, aku assume jugak la customer yang aku check duit dorang rasa apa yang aku rasa.

tapi memandangkan aku dah kene ganti duit tu. mula la rasa perlunya aku check tanpa pikirkan perasaan customer tu. 

apa yang aku belajar tadi la..check duit guna money checker/ money detector.

pic dari google

lepastu if nak tau duit tu palsu ke tak firstly boleh tengok warna die la. kalau palsu warna die akan jadi biru muda macam kat bawah ni.


selain tu, duit sebenar kite boleh tengok ada garisan garisan kecik warna warni berselerak kat duit kertas tu. siyez cantik weh..comel gile garisan kaler maler tu. erm..pastu tengah tengah duit kertas tu korang boleh tengok ada kotak kotak kecik warna merah and dalamnya tertulis RM50. 

actually, banyak lagi benda yang boleh bezakan duit palsu dengan duit sebenar. tapi aku yang mudah kusot neh just ingat certain corak je. yela..dah la kusot. pastu dok nak ingat banyak-banyak, kelebek satu satu corak yang nak bezakan die tuh, memang mintak maki dari customer je la kan. so, aku just ingat garisan warna warni je kat kedua-dua belah duit kertas tu. senang..

kalau la ade gambar kan best nak cerita........


Saturday, 21 January 2012

AJ adopter needed..please

Posted by azira rahman at 00:49 2 comments Links to this post
hye

aku still mencari family baru untuk AJ. =(





umur: 2 atau 3 bulan
gender: betina
sangat manja and playfull.
area alor setar.

please, aku perlukan adopter segera sebab awal febuari nanti nak balik kampung dah and takde sape nak jagakan die nanti. poor this little kitten..=( 

Wednesday, 18 January 2012

my little AJ

Posted by azira rahman at 23:02 2 comments Links to this post
hai

mood aku harini sangat la tak elok. harini aku dapat AJ, patutnya harini adalah hari happy aku..tapi sebaliknya..

;'(


AJ ni seekor meow berwarna oren. aku adopt dari kawan aku. haja. kisahnye macam ni. haja jumpa AJ kat airport sorang-sorang, die kesian so die amek bawak balik. then, die iklankan kat pesbuk sapa nak adopt AJ sebab AJ perlukan family. aku terus rasa kesian and cakap aku nak adopt. so, pagi tadi first time aku jumpa AJ in real life. sadly..banyak sangat halangan untuk aku bela AJ ni.

firstly, ibu takmau AJ. sebabnye..ibu tak suka banyak-banyak meow kat rumah. aku tak rasa banyak meow tu merimaskan. meriah lagi ada la. ikut kan hati aku..nak je aku ignore apa yang ibu cakap. tapi bila dah banyak-banyak kali ibu ulang-ulang kata macam-macam kat aku. aku mula rasa marah, fade up semua ada. menyesal lagi la...

secondly, apple tak boleh nak terima AJ. maybe apple jelez. selama ni kan die kesayangan. tetibe je ada meow lain, maybe die rasa tergugat. and die jadi takut semacam je. pendek kata dorang tak boleh berjumpa lansung la.

thirdly, aku dah sayangkan AJ. even baru jumpa harini. AJ sangat playfull, betul cakap haja. aku nak je bela die. tapi 2 halangan kat atas tu buat aku rasa tension sangat. sangat sangat tension. aku sayang apple, aku takmau die lari sebab rasa rumah ni dah tak selamat untuk die. at the same time aku dah sayangkan AJ. and aku nak die jadi part of this family.

right now..i am crying. menyesal dengan semua yang aku buat....benci diri ni. 

ibu suggest suruh abah bawak p kem abah, tinggal kat sana terus. lagi la aku sedih.. aku pikir..mana la die nak tido? die nak makan apa? die nak main dengan sapa? sapa nak belai2 die nanti? semua yang aku pikir tu buat aku nangis sendiri. jahatnye kau azira. kalau la ko tak cakap kat haja yang ko nak adopt die. haja takkan susah-susah bawak die balik dari kelantan naik bas. AJ pun tak payah susah-susah pening naik bas. aku rasa..banyak lagi adopter kat kelantan yang lebih baik dari aku..bad me! really regret it. 

nanti if aku dah ada rumah sendiri..aku akan penuhkan rumah aku dengan meow. mana-mana meow aku jumpa aku bawak balik je. so ibu dah tak boleh nak masuk campur dalam aku punya decision dah.

Monday, 16 January 2012

i miss them & my old memory

Posted by azira rahman at 21:20 2 comments Links to this post
hai korang..

tah kenapa la tiba-tiba malam ni aku teringat kenangan time sekolah rendah. adoiyai..gambar still ada and bila aku tengok je sure gelak guling-guling punya. muka..mak aii punya la x matured lansung. selekeh piang orang kedah kata. haha

time sekolah rendah dulu..aku ni penolong ketua pengawas. nama je penolong..tapi tak boleh pakai pun. manenye tak..geng geng aku dulu geng otai sekolah. kira di respect semua orang la. ahahah~especially time darjah enam sebab time tu kami paling tua. so budak junior memang takde yang carik pasal dengan kami la.

geng-geng kami ni otai otai semua. semua ada gaya samseng. haha..now aku tak sure la dorang ni still kasar ke dah jadi feminin habis sekarang. teringat lak time darjah berapa tah..kami gaduh dalam surau. sebabnye..aku dah lupa. tapi memang sampai tarik-tarik rambut la. pastu tak salah aku, botol air aku pecah and aku nangis. aahaha~tarik rambut bagai nak rak steady je, tapi bila botol air pecah nangis lak. yang aku ingat..aku gaduh dengan hajar time tu. haha

ada satu lagi scene gaduh, yang ni pun aku ingat-ingat lupa dah sekarang. dah lama sangat kan. kami gaduh belakang bilik guru. gaduh mulut je la. yang pasti masing-masing bawak geng. aku geng mana aku dah lupa. maki punya maki, tetiba cikgu nasis datang. terus semua cover line ni. memang otomatik gila reaksi kami. macam dirancang pulak. semua buat-buat borang sambil tengok arah rumah hajar. hahaha. tapi cikgu nasis tau kot apa kami buat. soo..kesudahannya..ke bilik guru besar la kami semua. tapi takde kene tindakan apa-apa pun...hehe

kebanyakkan geng kami semua main hoki~daebak
*aku yang paling sememeh tu..carik le

ni dikira geng kami jugak ke?boley la.....

sejak-sejak aku habis darjah enam tu memang aku tak jejak kaki lansung kat sekolah ni. adoi, rindu pulak rasa. nak pergi sekarang pun macam dah segan sangat je rasa, mesti semua dah cikgu-cikgu baru, semua aku tak kenal. pergi sana pun macam takde makna dah. 

walaupun kami semua dah bawak haluan masing-masing, kami still in contact satu sama lain. kawan sampai mati la ni kan. lately, aku selalu sangat jumpa mastura. mananya tak kan..dah kerja satu bangunan. tah bila la nak dapat jumpa hajar, leqa, azuri & kinah. tu yang dalam kedah pun susah nak jumpa. macam mana la masing-masing dah kawin nanti.?

mood: mengimbau kenangan silam

okbai





Sunday, 15 January 2012

aku bukan MINAH REMPIT

Posted by azira rahman at 22:12 7 comments Links to this post

hai

lately aku rasa ramai yang gelar aku "MINAH REMPIT". sob sob...aku tak suke panggilan tu. bagi aku minah rempit tu panggilan untuk perempuan-perempuan tak elok je. yang sentiasa keluar malam meronggeng naik moto dengan laki. willy sana...willy sini..pastu jadi hadiah dalam pertaruhan lumba haram. paham tak pertaruhan apa?ala....yang if ko menang game malam tu, ko boleh bawak balik minah rempit tu balik rumah kau. guna la macam mana pun...

haa...itu la yang aku paham pasal minah rempit tu. tapi aku takde lansung ciri-ciri yang aku mention tu. aku ni punya la pemalu, memang tak keluar malam lansung, nak jadi pertaruhan tu lagi la "jauh punggung dari kerusi". 

just aku bawak moto laju je time aku pergi or balik kerja. takkan sebab tu da h dilabel minat rempit? eii tak suka la! kalau korang jadi aku pun aku rasa mesti korang nak laju-laju rush balik rumah kan. haa sama la dengan aku. bayangkan..aku balik kerja pukul 11 malam, harus la kan aku bawak laju-laju untuk sampai rumah cepat. pastu time nak pergi kerja lak aku bawak laju sebab aku selalu lewat =.=" hehe. 

lagi sebab aku bawak lelaju balik rumah time malam sampai kene panggil minah rempit. sebab aku takot aku kene ragut. haha. banyak pikir kan aku ni. macam-macam imaginasi aku kuar bila aku pasan ade moto ikot belakang moto aku. mula la aku pulas minyak sampai habis. tengok-tengok pakcik-pakcik je yang bawak moto tu. takot tak bertempat.

sebab lain..aku taksuke la buang masa atas jalan bawak moto pelan-pelan. banyak lagi kot benda yang aku boleh buat...mandi ke, online ke daripada bawak moto macam pakcik-pakcik balik mesjid tu. ops sori pakcik. terjadi contoh pulak. hehe

tapi kekadang tu terasa la jugak bahaya aku  bawak lelaju ni. mata ni dah la tak berapa nak nampak kalau malam. memang aku bawak ikot instinct aku je. hebat kan aku *kembang idong*.

aku dah list pun sebab sebab aku bawak lelaju bila pergi or balik kerja. so tamau dah ea label aku minah rempit. ehhh....orang yang label aku minah rempit tu ade blog ke tak?ala.....takpe la, aku pesan untuk semua la. hehe

ni baru la minah rempit. orang bawak moto pakai kaki pun die berani naik

punya la beza dengan cara aku naik moto kan


okbai

Friday, 13 January 2012

kakak?abang? atau nyah?

Posted by azira rahman at 23:48 3 comments Links to this post

hye..

baru balik kerja.hukhuk. dah ready nak tidur pun. tapi terbantut sebab ada story baekkk punya mau di share. hehe.

tadi aku didatangi customer yang membuatkan semua orang tertengok tengok mereka..kemudian menguntum senyuman. senyuman yang membawa banyak maksud. mungkin bermaksud kelakar, mungkin juga membawa maksud "isk..dunia akhir zaman"..

aku sendiri pun geleng-geleng kepala tengok. mananye tak, 4 orang lelaki tegap. di ulang..TEGAP..berpakaian wanita siap dengan makeup lagi. haa engko hado?nyahhhh...siap ade breast lagi tau. ok la..aku admit yang sorang tuh cantik. just badan laki tu still badan laki la, tak dapat nak ubah la kan.

tapi yang lagi tiga tu...astaga. memang tak siap lansung. terang-terang nampak lelaki lagi kat dorang tuh. adoiyai. abang oi...eh kakak oi...agak-agak nak transform tu, transform la biar habis. geli den nengoknye....yang sorang neh, die pakai baju biru. memang sikit sangat transform nye..breast kecik macam budak dajah 5. ahaha~sori "kakak".

"kakak" cantik tu beli durex intimate lube. jeng jeng jeng..untuk apa kah?hanya "kakak" tu yang tau. haha. pastu pastu..ada sorang "kakak" ni. tinggi aku paras dada die je..lebih kurang la. so mata aku mesti la terfokus kat breast die tu. ehh..aku tak gatal ok. just amazing dengan breast die. nyahh oiii...siap ade nipple lagi tuh...xpakai bra ke "kakak"?kalau nak jadi pompuan kene pakai bra tau...

fine la.aku tak kesah sangat dorang ni jadi jadi apa pun kan. bukan aku punya masalah pun. kalau dah parent dorang pun tak kesah, diri sendiri pun tak kesah..aku sape nak kesahkan dorang. masalahnye sekarang..aku tak tau nak panggil dorang dengan gelaran apa. kakak ke?kang dorang gelak kat aku lak. terang-terang dorang tu laki aku p panggil kakak. abang ke?kang kene luku lak dengan tangan TEGAP dorang tuh. adoiyai...kang aku panggil nyah agak-agak dorang nak marah aku tak?

korang rasa?

okbai


Thursday, 12 January 2012

90's cartoon

Posted by azira rahman at 19:30 3 comments Links to this post
hai

banyak pulak perkara time kecik-kecik datang mengganggu fikiran aku harini. cewah..haha. yela, harini kan hari offday aku,so aku jadi banyak berfikir la sambil-sambil layan 9gags tu. kebanyakkannya cerita katun la. hehe

1. rindu betul aku nak tengok POKEMON tau. nak tengok ash dengan pikachu. persahabatan dorang, susah payah yang dorang lalui. brock dengan misty juge. pastu mesti ada part tacing-tacing yang selalu buat aku nangis. pastu..pastu..if ade lawan dengan pokemon lain, mesti ash yang menang. mesti punya la.....time tu perasaan nak pikacu sekor adalah sangat membuak-buak. tak dapat yang real dapat tabung pun jadi la...



2. USOP SANTORIAN. haa ini betul-betul epic. aku rasa budak-budak sekarang takkan tau apa itu usop santorian. weii best gila kot cerita tu. aku rasa kat youtube still ada cerita tu. so, ringan-ringan kan la tangan tu if nak tau apa usop santorian tu.


3. KELUANG MAN. ada sapa-sapa ingat keluang man tak?satu lagi cerita epic yang aku sentiasa tunggu tercangak depan tv korang tau tak. kelakar tak hengat cerita neh. tiong man tu agak tak boleh blah la. actually die tak berapa nak betul, dok kat rumah sakit jiwa tak salah aku. tapi how come aa die boleh tolong keluang man bila-bila keluang man kerja??walaupun...cara die datang tu macam bodoh je. lagu die best! jom nyanyi sama-sama. 

4. DISNEY & LOONEY TUNES....tapi yang dulu punya la..sekarang macam tah pape lagi


itu je buat masa sekarang since sekarang pun dah magrib. 

okbai

harus belajar makeup

Posted by azira rahman at 01:22 5 comments Links to this post
seriously.sekarang aku sangat la desperate nak belajar make up. manenye tak, pergi kerja semua orang cantik-cantik. melawa pakai eyeshadow, eyeliner, lipstick, maskara siap pakai blusher lagi. aku pulak just pakai bedak dengan foundation, lipbalm sikit.

mata pun siap mata panda lagi..ko hado?!
nak make up jugak!!!

malu je tak pandai makeup. at least aku nak belajar pakai eyeliner pun jadi la. biar nampak menyerlah sikit mata tu. hehe. tapi if dapat aku nak make up macam ni. 

sekurang-kurangnya aku nak macam ni. simple kan

yang ni advance sikit

cantik!!!me likey so much
aku bukan apa,..aku just rasa rendah diri. ye la..semua orang pun cantik-cantik, aku je sememeh kat sana. sobsob. tapi..tapi..aku just nak yang biasa-biasa je make up tu. takmau la over sangat sampai aku jadi attention. muahaha berangan suda.

haa..ini aku takmau. memang jadi attention la nanti neh. macam hantu. 
belajar dari youtube je la nanti.

okbai..goodnite

Wednesday, 11 January 2012

wish me luck!

Posted by azira rahman at 19:09 4 comments Links to this post

hye..hye..

i'm in a good mood today. sangat...semua sebab dapat balik kerja awal. heehe. sepanjang aku kerja sejak 26 disember tu, memang xpernah lagi la nak dapat balik pukul 6 petang sharp. so balik tadi sempat jalan-jalan jumpa mastura, beli dadih semua tuh. kalau 6.30 balik..memang aku jalan tak tengok mana-mana dah..menonong je pergi ke moto tu. 

oh yea. im dah dapat kerja farm supervisor kat Lojing, Cameron. untung la die kan...dok tempat sejuk, pasni putih cam amoi la die. possible kah?haha

bayangkan mamat neh warna amoi
ahahah~takde maknanya kan. xdenye nak putih dok sane. lain la memang dah dok sana dari kecik kan. aku tumpang happy die dah ade kerja. so sekarang turn aku pulak carik kerja secara maxsimum. adoila..takkan nak kerja guardian sampai anak cucu?sia-sia je degree aku tu ....

actually, aku dah pun apply kerja kat tempat im bakal kerja tu. tapi position lain la. bukan farm supervisor dah sebab if nak jadi farm supervisor kene bawak truck. ngeng, four wheel pun tak pernah bawak nak bawak truck. berangan la...

harap-harap la aku dapat kerja tempat sama dengan im ni. bukan sebab nak mengekor die pun, tapi sebab aku suke cameron. suasana sejuk je setiap masa..walaupun aku neh spesis tak tahan sejuk. haha. nak mandi pagi pukul 8 pun menggigil. dah tu mandi super express lak tu, ade kot dalam 3minit je aku mandi. ahahaha~nasib baik tak buat mandi P. Ramle. 

wish me luck!

okbai

Monday, 9 January 2012

fasha cantik tak korang rasa?

Posted by azira rahman at 00:44 0 comments Links to this post
apa definasi cantik bagi korang? adakah dengan mata yang besar?bulu mata yang lentik? hidung yang mancung? kulit yang putih? bibir yang merah bak delima? kening yang terbentuk? gigi yang tersusun rapi? rambut yang ikal?

banyak betul kan definasi cantik tu. bagi aku semua yang aku nyatakan kat atas tu adalah cantik. tapi kalau mereka mereka yang takde ciri-ciri kat atas tu tak cantik ke? contoh terdekat...aku la..

aku takde mata yang besar, bulu mata pun sikit je, hindung tak mancung lansung, kulit gelap macam gerhana matahari, bibir tak merah lansung, kening tebal, gigi compang camping, rambut...rahsia la ea, hehehe..tapi ada orang pernah cakap aku cantik. seriously aku rasa laki tu just cakap ayat nak ngayat aku je. ala, laki nak ngorat memang la manis kan ayat die. punya la lama aku dok berdolak dalik dengan die..last last kuar ayat ni..

"beauty lies in the eyes of beholder"

naa..terkesima jap aku. actually masa mula-mula aku baca ayat neh aku bukan paham pun apa maksud die. hehe,,lepas pengucap ayat tuh explain baru la aku paham. 

and now aku rasa ayat tu memang betul. kadang apa yang aku nampak cantik, comel..tapi orang lain nampak buruk, bodoh. bila aku nampak something tu tak elok, sebaliknya pulak orang lain cakap. 

sekadar gambar hiasan
ni sebagai contoh la..aku tak rasa yang fasha sandha ni cantik. tapi orang lain semua rasa die cantik. so paham la kan korang dengan maksud aku neh. 

beauty lies in the eyes of beholder. 
kacantikan terletak pada mata yang memandang.

so konklusinya....semua orang cantik. ALLAH ciptakan semua makhluk-NYA cantik. tapi dengan cara yang berbeza. be your self, tak payah susah-susah nak buat pembedahan plastik semata-mata nak jadi cantik. konfident dengan diri sendiri itu penting. paling penting tu.

okbai.

Sunday, 8 January 2012

panggilan yang sesuai..pentingkah?

Posted by azira rahman at 00:05 0 comments Links to this post

pernah tak korang berborak dengan seseorang yang umur dia sebaya dengan parent korang and korang panggil die dengan gelaran "kakak"??

pernah tak?

aku pernah..and aku rasa janggal. ahaha~frankly speaking la..kenapa aku kene panggil die dengan gelaran kakak sedangkan kat rumah aku aku panggil ibu aku yang berusia 46 tahun dengan gelaran ibu.? sepatutnya aku panggil kakak la jugak kan kat ibu aku. baru la....

yea..aku tahu isu ni kecik je. tapi aku sentiasa terpikir pasal ni tau.

ini mommy saye tahu...
haritu di suatu tempat, berlaku lagi kejadian camni. mereka yang berumur hampir 30 tahun panggil ibu aku makcik. apakah? tak sesuai rasanya sebab ibu baru 45 kot time tuh. die lak ujung 20an nak masuk 30 pun. perasan muda leteww. ahaha~

tapi...
sejak-sejak kerja camni, aku kene panggil semua dengan gelaran yang sesuai la kan. tapi nak senang aku panggil semua cik. laki, pompuan, tua, muda..semua aku bantai panggil cik. but bila die cakap dengan aku bahasakan diri die kakak, aku pun go on la dengan kakak tuh. if die guna makcik, makcik la aku panggil die. simple.

bukan ape, takot jugak kan bila berinteraksi dengan mereka yang tak sedar diri ni. muka dah kedut-kedut, aku panggil makcik kang die sentap lak. nak jugak-jugak suruh panggil kakak kat die. *juihmulut. yela kakak.......

ok la. harus tidur sekarang sebab esok kerja full. rehat mau cukup beb! esok lepas subuh plan takmau tido dah, nak online..update apa yang perlu. 

okbai

Thursday, 5 January 2012

family day | kayak

Posted by azira rahman at 22:58 0 comments Links to this post
kejadian: hari kristmas

hehe. ye aku tau cerita ni sudah basi. tapi aku nak cerita jugak. bia la blog aku kan. kannnn

abah bawak kami pergi pantai. berkayak. perghh abah juga awesome sebab bawak anak-anak pergi berkayak. abah korang ade buat camni?hehe. 

kaki berlingkar dah macam terbelit je tengok

muka orang sakit gastrik+sengugut

our chef!
siap je ibu prepare semua makanan, kami makan dulu. konon nak kumpul tenaga untuk berkayak. menu hari tu, sambal ikan bilis, air asam, telur goreng. sangat simple. tapi....mungkin makan kat tepi pantai plus makan ramai-ramai dengan family buat aku rasa sangat berselera makan.

jurulatih kayak kami. encik man misai

admit it. pose ini sangat la pelik
lepas pose pelik ni terus kami pergi kayak. baby dah tak sabar-sabar pergi kayak sorang-sorang. foreveralone! kahkah. aku dengan kakek amek 1 kayak untuk 2 orang punya, baby dengan abah masing-masing amek single kayak. pendek kata.....best lah!

adik, kakek dengan baby. adik dah xsabar nak turun air
ajaibnya...lepas habis tenaga berkayak, lepas mandi salin baju semua, senggugut tu datang balik. so aku tidol je la sepanjang-panjang family aku berkemas nak balik tuh. tenkiu la sesungut oiii~~

orang sakit dapat layanan istimewa. nice view rite

last picture . ni private area tahu, bukan semua orang dapat datang sini
abah, ibu..tenkiu sebab bawak anak-anak kamu ni jalan-jalan. actually best jugak spend time dengan family skali skala buat aktiviti camni. next time, ibu wajib berkayak jugak tau.

okbai

my new me~me gusta!

Posted by azira rahman at 22:27 0 comments Links to this post
this is my new me. what new?
hehe. i wear contact lens. yea, aku takot nak pakai mata ni sebenarnye. banyak sangat benda buruk aku dengar yang boleh buat mata permanently buta. scary rite.

ni pun bukan aku yang beli. kakek yang belanja. rm7 hinggit je rege die. awesome kan. hehe

mata dah jadi boolat~~

blink blink

close up mata
 mulanye aku dengan kakek sembunyi-sembunyi nak pakai pun. sebab takotkan ibu. ibu bukan bagi pakai pun, sebab die takot rosak mata. tapi once kami dah pakai die tak cakap ape-ape pun. mean die tak kesah la. hehe. ibu! you are awesome la.

abah lagi la...

"kenapa ko tak ambik warna terang? warna biru ke..hijau ke..biar nampak sikit ko pakai tu"

adeh, abah dengan cara abah, ibu dengan cara ibu. kami pakai ni suka-suka je, kang if pakai warna biru mau terkejut orang sebab obvious gile kot. kulit hitam tetibe mata warna mat saleh. peliks.

okbai

sa_bah

Posted by azira rahman at 01:49 0 comments Links to this post

hai,

aku rindu la dengan sabah. naa takde intro apa-apa terus masuk yang aku rindu sabah. haha. mean i really really missed sabah la.

aku rindukan pantai die, kawasan pelancongan die, gunung kinabalu, shopping mall die and paling penting kawan-kawan kat sana.

yea,
paling aku rindu nak bangun tido, bukak mata sikit tengok kat katil ros. check die dah bangun ke belum. kalau die tak bangun lagi aku pun sambung tido, and if die dah bangun aku pun akan bangun. apakah? perlu ke ikot die kan..haha.

bangun pun bukan nak pergi mandi ke apa. bangun je terus pergi on laptop. sementara tunggu laptop nak on pergi masak air. yea..breakfast is important you know. haha. bak kata mok, breakfast tak gosong gigi lagi sedap dari lepas gosok gigi. sape penah try?haha

sebab meja aku tepi tingkap, so aku suka sangat dok kat meja tu. bukan nye study sangat pun. dok rasa angin semula jadi je kat situ. best! kadang-kadang tu if nasib aku baik boleh tengok drama free. haha. ade aku penah nampak kapel gado. terintai-intai aku semata-mata takmau bagi kapel tu tau aku tengah dok tengok dorang.

banyak snagat kenangan kalau nak review semua memang takkan habis punya la. so, enough for now.

okbai
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea