Monday, 9 January 2012

fasha cantik tak korang rasa?

Posted by azira rahman at 00:44
apa definasi cantik bagi korang? adakah dengan mata yang besar?bulu mata yang lentik? hidung yang mancung? kulit yang putih? bibir yang merah bak delima? kening yang terbentuk? gigi yang tersusun rapi? rambut yang ikal?

banyak betul kan definasi cantik tu. bagi aku semua yang aku nyatakan kat atas tu adalah cantik. tapi kalau mereka mereka yang takde ciri-ciri kat atas tu tak cantik ke? contoh terdekat...aku la..

aku takde mata yang besar, bulu mata pun sikit je, hindung tak mancung lansung, kulit gelap macam gerhana matahari, bibir tak merah lansung, kening tebal, gigi compang camping, rambut...rahsia la ea, hehehe..tapi ada orang pernah cakap aku cantik. seriously aku rasa laki tu just cakap ayat nak ngayat aku je. ala, laki nak ngorat memang la manis kan ayat die. punya la lama aku dok berdolak dalik dengan die..last last kuar ayat ni..

"beauty lies in the eyes of beholder"

naa..terkesima jap aku. actually masa mula-mula aku baca ayat neh aku bukan paham pun apa maksud die. hehe,,lepas pengucap ayat tuh explain baru la aku paham. 

and now aku rasa ayat tu memang betul. kadang apa yang aku nampak cantik, comel..tapi orang lain nampak buruk, bodoh. bila aku nampak something tu tak elok, sebaliknya pulak orang lain cakap. 

sekadar gambar hiasan
ni sebagai contoh la..aku tak rasa yang fasha sandha ni cantik. tapi orang lain semua rasa die cantik. so paham la kan korang dengan maksud aku neh. 

beauty lies in the eyes of beholder. 
kacantikan terletak pada mata yang memandang.

so konklusinya....semua orang cantik. ALLAH ciptakan semua makhluk-NYA cantik. tapi dengan cara yang berbeza. be your self, tak payah susah-susah nak buat pembedahan plastik semata-mata nak jadi cantik. konfident dengan diri sendiri itu penting. paling penting tu.

okbai.

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea