Monday, 16 January 2012

i miss them & my old memory

Posted by azira rahman at 21:20
hai korang..

tah kenapa la tiba-tiba malam ni aku teringat kenangan time sekolah rendah. adoiyai..gambar still ada and bila aku tengok je sure gelak guling-guling punya. muka..mak aii punya la x matured lansung. selekeh piang orang kedah kata. haha

time sekolah rendah dulu..aku ni penolong ketua pengawas. nama je penolong..tapi tak boleh pakai pun. manenye tak..geng geng aku dulu geng otai sekolah. kira di respect semua orang la. ahahah~especially time darjah enam sebab time tu kami paling tua. so budak junior memang takde yang carik pasal dengan kami la.

geng-geng kami ni otai otai semua. semua ada gaya samseng. haha..now aku tak sure la dorang ni still kasar ke dah jadi feminin habis sekarang. teringat lak time darjah berapa tah..kami gaduh dalam surau. sebabnye..aku dah lupa. tapi memang sampai tarik-tarik rambut la. pastu tak salah aku, botol air aku pecah and aku nangis. aahaha~tarik rambut bagai nak rak steady je, tapi bila botol air pecah nangis lak. yang aku ingat..aku gaduh dengan hajar time tu. haha

ada satu lagi scene gaduh, yang ni pun aku ingat-ingat lupa dah sekarang. dah lama sangat kan. kami gaduh belakang bilik guru. gaduh mulut je la. yang pasti masing-masing bawak geng. aku geng mana aku dah lupa. maki punya maki, tetiba cikgu nasis datang. terus semua cover line ni. memang otomatik gila reaksi kami. macam dirancang pulak. semua buat-buat borang sambil tengok arah rumah hajar. hahaha. tapi cikgu nasis tau kot apa kami buat. soo..kesudahannya..ke bilik guru besar la kami semua. tapi takde kene tindakan apa-apa pun...hehe

kebanyakkan geng kami semua main hoki~daebak
*aku yang paling sememeh tu..carik le

ni dikira geng kami jugak ke?boley la.....

sejak-sejak aku habis darjah enam tu memang aku tak jejak kaki lansung kat sekolah ni. adoi, rindu pulak rasa. nak pergi sekarang pun macam dah segan sangat je rasa, mesti semua dah cikgu-cikgu baru, semua aku tak kenal. pergi sana pun macam takde makna dah. 

walaupun kami semua dah bawak haluan masing-masing, kami still in contact satu sama lain. kawan sampai mati la ni kan. lately, aku selalu sangat jumpa mastura. mananya tak kan..dah kerja satu bangunan. tah bila la nak dapat jumpa hajar, leqa, azuri & kinah. tu yang dalam kedah pun susah nak jumpa. macam mana la masing-masing dah kawin nanti.?

mood: mengimbau kenangan silam

okbai





2 comments:

syafiqakarim said...

rindu kan.kalau bole nak jd budak2 tak nak besar.
haha.er err

azira rahman said...

tapi time kecik bukan main berangan nak jadi besar kan...hahah

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea