Thursday, 26 January 2012

macam mana nak trace duit palsu

Posted by azira rahman at 23:52
harini tak pasal-pasal aku dengan member keje aku kene ganti duit palsu yang customer bagi. duit tu dapat time 22 haribulan haritu, and kami tak sure duit tu dapat time shift sape. aku takde la rasa terkilan sangat time bayar ganti rugi tu sebab memang aku tak pernah check pun duit tu. hehe

so, hari tu yang kerja 4 orang. aku, kak dila, kak pinat dengan kin. so kami share-share la bayar sorang RM 12.50. 

so lepas ni aku akan lebih berhati-hati. start pagi tadi memang aku check semua duit kerta 50 and 100 secara teliti. biar la ramai customer baris pun. sebelum ni yang buat aku malas nak check tu bukan apa. aku just tak suka perasaan bila orang tak percaya kat kite. sebabnye aku pun tak suke bila aku bagi duit lepastu dorang check duit aku, konon aku ni ada muka bawak guna duit palsu. xsuka xsuka! so, aku assume jugak la customer yang aku check duit dorang rasa apa yang aku rasa.

tapi memandangkan aku dah kene ganti duit tu. mula la rasa perlunya aku check tanpa pikirkan perasaan customer tu. 

apa yang aku belajar tadi la..check duit guna money checker/ money detector.

pic dari google

lepastu if nak tau duit tu palsu ke tak firstly boleh tengok warna die la. kalau palsu warna die akan jadi biru muda macam kat bawah ni.


selain tu, duit sebenar kite boleh tengok ada garisan garisan kecik warna warni berselerak kat duit kertas tu. siyez cantik weh..comel gile garisan kaler maler tu. erm..pastu tengah tengah duit kertas tu korang boleh tengok ada kotak kotak kecik warna merah and dalamnya tertulis RM50. 

actually, banyak lagi benda yang boleh bezakan duit palsu dengan duit sebenar. tapi aku yang mudah kusot neh just ingat certain corak je. yela..dah la kusot. pastu dok nak ingat banyak-banyak, kelebek satu satu corak yang nak bezakan die tuh, memang mintak maki dari customer je la kan. so, aku just ingat garisan warna warni je kat kedua-dua belah duit kertas tu. senang..

kalau la ade gambar kan best nak cerita........


2 comments:

CK said...

kesian gile korang. tak baik je sape guna duit tu. pergh.

azira rahman said...

kann....cian kami...hehe

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea