Sunday, 8 January 2012

panggilan yang sesuai..pentingkah?

Posted by azira rahman at 00:05

pernah tak korang berborak dengan seseorang yang umur dia sebaya dengan parent korang and korang panggil die dengan gelaran "kakak"??

pernah tak?

aku pernah..and aku rasa janggal. ahaha~frankly speaking la..kenapa aku kene panggil die dengan gelaran kakak sedangkan kat rumah aku aku panggil ibu aku yang berusia 46 tahun dengan gelaran ibu.? sepatutnya aku panggil kakak la jugak kan kat ibu aku. baru la....

yea..aku tahu isu ni kecik je. tapi aku sentiasa terpikir pasal ni tau.

ini mommy saye tahu...
haritu di suatu tempat, berlaku lagi kejadian camni. mereka yang berumur hampir 30 tahun panggil ibu aku makcik. apakah? tak sesuai rasanya sebab ibu baru 45 kot time tuh. die lak ujung 20an nak masuk 30 pun. perasan muda leteww. ahaha~

tapi...
sejak-sejak kerja camni, aku kene panggil semua dengan gelaran yang sesuai la kan. tapi nak senang aku panggil semua cik. laki, pompuan, tua, muda..semua aku bantai panggil cik. but bila die cakap dengan aku bahasakan diri die kakak, aku pun go on la dengan kakak tuh. if die guna makcik, makcik la aku panggil die. simple.

bukan ape, takot jugak kan bila berinteraksi dengan mereka yang tak sedar diri ni. muka dah kedut-kedut, aku panggil makcik kang die sentap lak. nak jugak-jugak suruh panggil kakak kat die. *juihmulut. yela kakak.......

ok la. harus tidur sekarang sebab esok kerja full. rehat mau cukup beb! esok lepas subuh plan takmau tido dah, nak online..update apa yang perlu. 

okbai

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea