Friday, 10 February 2012

hari tanpa beg plastik..support please!

Posted by azira rahman at 19:31
haip..

harini jumaat kan. so sesape yang tinggal area kedah and nak shopping kat giant, tesco, guardian and other store yang amek bahagian dalam kempen "HARI TANPA BEG PLASTIK" mesti la bawak plastic bag sendiri ye if nak shopping. tapi kalau setakat nak window shopping je, xpayah beg plastic kot..bawak mata je dah cukup rasanya..


ada store yang jual beg plastic dengan harga 20 sen. murah je kan. pendapat aku la kan..aku sangat la tak bersetuju dengan jual plastic beg ni. apakah? kate hari tanpa beg plastic, alih-alih p jual lak beg plastic tu. macam tak berkempen je la. agak bodoh kan. 

ok la, mungkin dorang akan cakap "if kite tak jual, kesian kat dorang yang lupa harini xde plastic beg".. yela, kesian la jugak. tapi harga 20 sen bagi setiap beg plastic tu tak sepadan dengan nilai untuk jaga bumi kita ni. nilai tu jugak terlalu rendah. so dorang akan beli beg plastik tu and kempen tu macam tak berguna la kan.

kalau la nak sangat jual plastic beg, apa kate letak harga 1 plastic beg RM2. so, bagi dorang yang tak sayang environment ni akan pikir banyak kali la if nak beli pun kan. tu pun aku rasa murah lagi tau RM2 tu. mau mau letak je harga RM5 satu plastic beg. ikotkan hati aku, aku memang taknak jual pun beg plastic, tapi sebab malas nak argue dengan customer aku bagi jugak kat dorang. damn!

masalahnye sekarang ni, customer melayu yang susah sangat nak folo kempen ni. aku tengok customer cina tak kesah pun bawak shopping beg sendiri. ada sorang kapel cina ni, tiap kali die datang shopping memang die akan bawak shopping beg sendiri. bagus kan. kalau customer melayu lak, cam herammm...

bukan aku nak perlekehkan melayu. aku just geram dengan perangai dorang yang takde kesedaran tu. dah tau nak shopping weekend, bawak la shopping beg. susah sangat ke? pastu ada certain customer melayu yang komplain pasal kempen ni. bodoh kan dorang. kesian...macam macam la perangai customer ni, ada yang cakap "eh, xda beg palstik?". laaa ni betul2 bangang. kempen ni dah bertahun-tahun buat kat situ, perlu ke nak tanya lagi. haishh panas dah ati aku pikir ni semua. macam mana la bangsa lain tak meperlekehkan melayu. isk isk....

melayu...sedarlah!!

2 comments:

Anonymous said...

mrh nye awk...

THOMMY said...

aku sokong 100 30 peratus..%%! hehehe

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea