Saturday, 31 March 2012

picture | men and woman

Posted by azira rahman at 08:08 0 comments Links to this post
DIFFERENCES BETWEEN MAN AND WOMAN 



tazkirah pagi

Posted by azira rahman at 07:46 0 comments Links to this post
25 PESAN LUKMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA


1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

lawak SUDU

Posted by azira rahman at 07:39 0 comments Links to this post


Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

Thursday, 29 March 2012

remember me by sophie kinsella

Posted by azira rahman at 21:51 1 comments Links to this post
hai
sekarang aku tengah menghabiskan baca novel REMEMBER ME. novel ni dah lama dah aku nampak kat rumah, tapi takterasa nak baca lansung since aku terlampau addicted dengan korea drama,movie, reality show what so ever.



aku terlintas nak baca novel ni pun sebab masa yang terlampau free time kat sekolah. yela, korang bayangkan..dari pukul 7.30 sampai 1.30 aku hanya mengajar 3jam sahaja. SAHAJA. as cikgu ganti, aku takde tugas lain macam nak kene masuk meeting or urus apa-apa event. so masa aku tersangat la banyak.

...sampaikan aku volunteer nak tolong sorang cikgu ni buat assignment degree die. punya la free. kadang-kadang tu teringin la jugak nak balik lewat. tapi atas sebab apa la? baca novel? yaii baik aku balik rumah je.

next week boleh la kot balik lewat sebab ada kelas komputer, kelas pemulihan bahasa malaysia dengan ping pong. akhirnya..........hahaha



p/s: tadi ada pertandingan bercerita, sembangat la aku neh nak p dengar. tengok-tengok pertandingan bercerita bahasa cina. =.=". terus berair mata aku tahan menguap, mengantuk sebab tak paham apa-apa pun. macam orang bodoh je tadi.

Tuesday, 27 March 2012

cikgu, saya cina. saya tak tau cakap melayu

Posted by azira rahman at 22:42 0 comments Links to this post
hai.
tadi aku ada kena ganti kelas darjah 1. subjek, pendidikan seni. maksudnya aku kena masuk kelas darjah 1 la and aku kena mengajar budak-budak cina sekali.

mula-mula aku masuk kelas, agak nervous la. padahal darjah 1 je kan. haha. nervous tak kena tempat. budak-budak tu pun takde pulak bangun ucap selamat pagi kat aku. =.=". why??aku ni tak macam cikgu ke kat dorang? walaupun aku sendiri rasa aku takde ciri-ciri cikgu.

then masuk kelas aku cakap melayu la kan since memang aku tak pernah tau nak cakap bahasa cina macam mana kan. tiba-tiba ada sorang student cina ni angkat tangan mintak nak cakap.

"cikgu, saya cina. saya tak tau cakap melayu"

yea. why don't say?

erk situasi ni sama je dengan "sorry i can't speak English" kan...nak tergelak je aku dengan perangai dorang neh. nak bagi arahan suruh bentuk 2 kumpulan pun rasa macam susah sangat je. kalau la dorang faham english, dah lama aku speaking dengan dorang...masalahnya tak boleh......

punya la serabut tadi. sejujurnya aku tak la suka budak-budak sangat. kadang-kadang dengan adik sendiri pun boleh rasa annoying apatah lagi anak orang kan, yang bukan darah daging aku. nasib baik la aku punya stress melayan dorang tadi lain sikit. kalau orang lain stress mesti dah jerit-jerit, flip table ke, tarik-tarik rambut..

...tapi aku..berdiri tengah-tengah kelas gelak sorang-sorang sebab rasa tak terlayan budak yang 9 orang tu. yea..dorang 9 budak kecik je, tapi aku tak mampu nak manage. sorry, aku takde bakat untuk jadi cikgu, ustazah apatah la lagi.........

setazah sementara

Posted by azira rahman at 14:42 4 comments Links to this post
harini dah hari kelima aku mengajar. dah tak nervous sangat dah la. so sekarang aku dah ready nak share "office sementara" aku dengan korang. actually, tempat aku dekat kelas pendidikan islam.


pemandangan dari penjuru kiri depan

pemandangan dari penjuru kiri belakang
walaupun korang mungkin akan rasa kelas ni boleh dikatakan sama taraf dengan stor, aku tak kisah sangat pun sebabnye aku sendiri pikir benda yang sama mulanya. tapi biar ada walaupun buruk. kang die suruh budak-budak tu belajar agama kat kantin macam mana?haaa syukur......

papan hitam yang aku tak pernah guna.

oh yea..ni pemandangan yang aku boleh tengok bila aku pandang sebelah kanan.

ni pulak pemandangan sebelah kiri. kantin sekolah

sampai sekarang aku still tertanya-tanya, dorang ade masak babi tak?bukan la aku nak discriminate ke ape, just tertanya-tanya je. walaupun aku tau takde budak melayu yang makan kat situ. tapi...kadang-kadang bau masakan dorang buat aku rasa tak boleh nak bernafas. well, if you know what i mean. hehe

jurnal pasal obesity.
anggap je gambar hiasan.

USTAZAH AZIRA.
ahahahah... unbelievable. 


Monday, 26 March 2012

aku gatal sekarang.

Posted by azira rahman at 21:54 2 comments Links to this post
lately badan aku selalu gatal-gatal. sebabnye...aku pun tak dapat nak tau lagi. paling terasa gatal time lepas mandi pagi. terrrsangatlah gatal sampai rasa sakit. erk..boleh bayang tak?

aku ni style sakit sikit pun dah bayang macam-macam. cuba teka apa yang aku bayangkan sekarang?

"bintik bintik gatal kat badan aku ni adalah demam campak"

ahahaha...dah 2 3 kali kot aku bagitau ibu yang bintik-bintik ni campak, dah 2 3 kali jugak la ibu kata aku mengarut. hehe. masalahnya bintik gatal tu naik sampai ke muka. tersenget-senget la mulut aku sebab nak menggaru pipi sambil cover taknak bagi tudung rosak.

"itu la..katil ko tu banyak sangat hama"

itu je la yang ibu cakap, konon ape yang aku rasa sekarang berpunca dari aku sendiri yang tak pandai nak jaga kebersihan. apakah? setahu aku la kan..antara adik beradik semua, aku la paling pembersih. pujidirisendirikejap. ahaha

oh yea..kadang tu aku perasan yang dalam bintik gatal tu ade air. air ape tu? scary la.......



kang kalau aku search kat internet pasal tanda-tanda penyakit ni, mula la keluar segala jenis kanser =.="

Sunday, 25 March 2012

which one?

Posted by azira rahman at 18:02 1 comments Links to this post
sekarang aku macam tergila-gilakan handphone. yea, aku ade penah cakap dulu nak tukar phone. tapi lepastu senyap macam tu je. itu la perangai aku. time takde duit tergedik-gedik nak tukar phone, tapi bile duit dah berkepuk, takde lak bunyi nak beli phone kan.

so, kali ini mungkin..mungkin la aku akan beli phone baru. tapi bukan sekarang la. sebabnye sekarang aku dalam kategori menganggur. keje saje tapi tarak duit. takpe, nanti time duit dah masuk memang masyukkkk....ahaha

so far aku tertarik dengan sony, aku pun tak tau kenapa. maybe sebab ramai sekeliling aku guna sony kot. lagipun sony sekarang tersangatlah stylo. padahal sebelum ni memang aku tak pernah pakai sony lansung.

antara produk sony yang dalam pemerhatian aku,

ARC S

NEO V
PRO

N9
tersesat 1 nokia. jatuh cinta dengan warnanya yang funky tu. 

so sape-sape yang memang selalu update pasal gadget ni sila-sila la guide aku, mane lagi best antara keempat-empat ni...walaupun time aku beli nanti dah kuar spesis lain lak. huhu

ok bai

Friday, 23 March 2012

my meowth

Posted by azira rahman at 22:44 3 comments Links to this post
harini dah hari ke-23 anak-anak meow aku tu lahir ke dunia. cewahh ayat nak tacing je kan. dorang still xboleh berlari lagi la, tapi nampak la bijak sikit dah. haha. pandai dah nak panjat keluar dari kotak, padahal nak berdiri dengan 4 kaki pun still goyang inul lagi.

malas nak cerita banyak. jom tengok gambar budak-budak tu sambil berkenalan dengan dorang ea

mata biru tu.....
nama die azren. die la yang paling cerdik sekarang. tertinjau-tinjau je nak keluar dari kotak tu

ni name die afiza. betina. suke sangat menyakat adik beradik die yang lain..gigit2 sepak2 tu normal la kan...

amira namanya..sejibik macam oren yang mati tu. jantina pun same....tapi suara die memang xboleh blah, kuat bukan main lagi...

ni lagi sekor jantan. tapi nama atiqa. mohd atiqa kot..hahhaa. so far die la paling besar. maunye tak. tiap kali time minum susu, sekali die tolak yang lain mesti yang lain mengalah punya..sebab die besar sangat.......kire abang long la ni. haha

yang maknye pulak makin hari..makin bertambah manja. sentiasa nak orang garu2 die. adoi, anak dah 4 pun manja lagi. haiyyaaa...

bukan main kan mak anak empat ni posing.....

Thursday, 22 March 2012

happy 23rd birthday

Posted by azira rahman at 23:53 3 comments Links to this post
assalamualaikum

sejak kebelakangan ni mood nak menulis blog sangat la takde. tah kenapa la walaupun terlalu banyak perkara, kejadian yang aku nak cerita.

firstly, aku dah berenti kerja guardian. alhamdulillah, aku dapat tawaran jadi guru ganti. walaupun sekejap je kerja tu, tapi aku nak pengalaman and paling penting gaji dia tersangat lah masyukk...hehe. lepas 3 mei ni, bersedia la aku untuk masuk fasa pengangguran balik. 

secondly, semalam birthday aku. kepada family, kawan2 aku..thanks sebab wish untuk aku. walaupun kita masing-masing dah jauh, thanks sebab still ingat aku. kepada ibu dengan abah, thanks sebab lahirkan along, besarkan along sampai along berjaya macam sekarang. *still la berjaya kan walaupun takde kerja lagi.huhu

jom tengok ape yang aku dapat tahun ni..

ni hadiah dari besties aku~si gemok n si kurus~hehe

tabung domo ni pulak dari mia. also my bestie

tudung hadiah dari nyah. *sila abaikan muka orang sakit tersebut ye...

getah rambut. dari atiqa. comelkan die..baru 6 tahun dah kelam kabut nak bagi hadiah kat aku..

chocolate indulgence ni pulak hadiah dari aku untuk aku. ala ayat senang die, hadiah untuk diri sendiri la. haha

seriously, aku tengok je kek ni, teringat kawan-kawan UMS aku. kalau ade korang, sekelip mata je boleh habiskan kek ni. celeb dengan korang, meriah je rasa. kecoh-kecoh bergelak ketawa. haishhh...tersebak pulak..

bukan la sambut kat rumah tak best...just kat rumah pun tak ramai orang,abah xde, kakek dengan baby skola, nasib la nyah balik memeriahkan suasana. mia dengan syud, tq sebab datang makan kek ea. syaz, walaupun jasad ko jauh kat selatan sane, tapi kek ko aku dah selamat makan. sedap sangat...tenkiu.

kepada kawan-kawan aku yang lain..ejat, omy, mila, bib, fatin, melia..semua-semua la kawan dari sekolah rendah sampai la kawan universiti. tenkiu sebab memeriahkan birthday aku dengan ucapan korang..lebiu all.

Monday, 19 March 2012

kerja ohh kerja

Posted by azira rahman at 07:43 3 comments Links to this post
hai

harini dah 19 march kan. cepat je masa berlalu. sedar tak sedar dah hampir 3 bulan aku kerja kat guardian tu. asalnya aku nak kerja dalam sebulan je, tapi tengok-tengok dah melajak sampai ke 3 bulan. 

kerja tu ok, bukan la susah sangat pun. just aku tak tahan dengan pengurusan die je la and masa kerja. pengurusan tu memang aku salahkan manager 100%. ade ke patut die cut semua OT, cut semua claim? harus ke buat macam tu? OT tu la punca kami nak dapat duit lebih. macam aku ni xde hal la sebab xde tanggungan. diri sendiri pun parent aku yang bagi makan. tapi member2 aku yang lain tu, yang dah ade anak dah ade kereta. cukup ke duit belanja dorang if xde OT? kalaula pengurusan dapat pikir apa yang orang bawahan die alami.

masa kerja pulak...aku tak suka kerja shift. sangat. sekarang boleh la aku tak kawin lagi. nanti dah kawin memang menyusahkan diri sendiri je if kerja shift. anak-anak pun macam terabai je. life memang dah tak de dah, siang malam terkurung je dalam guardian tu. saba je la....

so sekarang ni memang aku tengah berhempas pulas apply mana-mana jawatan kosong yang aku nampak, yang mana sesuai dengan aku. dalam banyak-banyak yang aku apply tu harap-harap ada la rezeki aku kat situ. untung la aku ade im sebab die tak pernah bosan melayan aku suruh carikkan aku kerja kat sana. die tebalkan muka die tanya member2 die pasal kerja kosong. tq im....

korang, doakan aku murah rezeki. aku nak kerja........

Saturday, 17 March 2012

raccoon & kaabah

Posted by azira rahman at 18:57 2 comments Links to this post
hai. ada satu cerita aku nak kongsi.

tadi onda way balik dari rumah nenek ke alor setar, singgah jap kat penang jumpa nyah. since die nak mintak ic abah dengan ibu untuk selesaikan urusan master die.

tengah dok tunggu abah pergi fotostat ic die dengan ibu, kami adik beradik pun lepak la dalam kereta. tah macam mana nyah boleh pergi keluarkan isu die jumpa raccoon tadi. tah kat mana la die jumpe.

"adik, tadi nyah jumpa raccoon tadi. besar ni..." sambil tunjuk saiz raccoon tu dengan tangan die.

pastu aku saje la nak test adik.

"adik tau ke raccoon tu apa?"

"eleh adik tau la..sat sat adik nak lukis."

terus aku dengan adik beradik ak curious nak tengok apa yang adik lukis. tau pulak kan die raccoon tu ape kan.

"camni kan raccoon tu?" sambil tunjuk gambar kat bawah.
raccoon pada fahaman adik
 .."ala yang ada kat mekah tu kan, yang wana hitam tu kan"

terus ni kami gelak gile2 punya kat dia. hadoila adik, itu kaabah la. jauh sangat kot beza kaabah dengan raccoon. ibu yang tengah badmood sebab perut tak selesa pun boleh tergelak-gelak sekali ni. punya la power adik ni.

adik..ni raccoon sebenarnya tau!

Friday, 9 March 2012

just some idea

Posted by azira rahman at 01:38 1 comments Links to this post
source: 9gags

Wednesday, 7 March 2012

terlajak perahu boleh tengok je la....

Posted by azira rahman at 21:29 4 comments Links to this post
arghh stressnye rasa!

seriously...menyesal semua ada. tapi menyesal sekarang pun xguna dah.

tah macam mana aku boleh berkawan dengan budak lepas spm ni, and then perangai die sangat la annoying kan aku. sangat budak-budak ok. lagi satu aku benci pasal diri aku. aku tak pandai nak berkejam dengan orang yang berbaik dengan aku. so, now aku folo je flow budak tu. but at the same time aku tak suke apa yang aku buat.

erk..paham x?

arghh bencinye rasa. dear PAPPY IMRAN, help me find another job. really make me sick staying here with that little boy who dunno who to text message. argghhh really annoying. aku nak keje tempat lain, jauh dari kedah buat masa sekarang so that aku tak perlu jumpa budak tu lagi. pappy, help me.!!

lepas die dah masuk sambung study insyaallah aku akan balik rumah balik. stay dengan ibu. sebab ko budak aku terpaksa hidup macam ni.

ko pun same je azira. yang bodoh sangat tu kenapa. kan sekarang ko macam dah banyak terhutang budi dengan die. kan dah tak sanggup nak cakap macam-macam kat die. grrr...bolo punya olang!!!

ni contoh cara budak skrg sms. annoying gile!
source: google

nasib la adik-adik aku normal. type sms care orang ade aducation. ahahah~~

babai


p/s: btw kan, natang ape ea 6pak tu?penyepak ke?or penyapu?

Monday, 5 March 2012

baby meow

Posted by azira rahman at 23:35 2 comments Links to this post
lama aku tak update blog kesayangan ni. apa boleh buat, sebab takde idea dengan masa yang tak mengizinkan.

so now, aku just nak update baby baru yang ade dalam family aku neh..

taraaaa.....


2 jantan 2 betina..ohsem kan..

nama dorang ibu letak ikot nama adik2 aku..

amira.afiza.azren.atiqa.

stylo kan ibu guwa..
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea