Tuesday, 27 March 2012

cikgu, saya cina. saya tak tau cakap melayu

Posted by azira rahman at 22:42
hai.
tadi aku ada kena ganti kelas darjah 1. subjek, pendidikan seni. maksudnya aku kena masuk kelas darjah 1 la and aku kena mengajar budak-budak cina sekali.

mula-mula aku masuk kelas, agak nervous la. padahal darjah 1 je kan. haha. nervous tak kena tempat. budak-budak tu pun takde pulak bangun ucap selamat pagi kat aku. =.=". why??aku ni tak macam cikgu ke kat dorang? walaupun aku sendiri rasa aku takde ciri-ciri cikgu.

then masuk kelas aku cakap melayu la kan since memang aku tak pernah tau nak cakap bahasa cina macam mana kan. tiba-tiba ada sorang student cina ni angkat tangan mintak nak cakap.

"cikgu, saya cina. saya tak tau cakap melayu"

yea. why don't say?

erk situasi ni sama je dengan "sorry i can't speak English" kan...nak tergelak je aku dengan perangai dorang neh. nak bagi arahan suruh bentuk 2 kumpulan pun rasa macam susah sangat je. kalau la dorang faham english, dah lama aku speaking dengan dorang...masalahnya tak boleh......

punya la serabut tadi. sejujurnya aku tak la suka budak-budak sangat. kadang-kadang dengan adik sendiri pun boleh rasa annoying apatah lagi anak orang kan, yang bukan darah daging aku. nasib baik la aku punya stress melayan dorang tadi lain sikit. kalau orang lain stress mesti dah jerit-jerit, flip table ke, tarik-tarik rambut..

...tapi aku..berdiri tengah-tengah kelas gelak sorang-sorang sebab rasa tak terlayan budak yang 9 orang tu. yea..dorang 9 budak kecik je, tapi aku tak mampu nak manage. sorry, aku takde bakat untuk jadi cikgu, ustazah apatah la lagi.........

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea