Monday, 21 May 2012

....happy work

Posted by azira rahman at 22:32 0 comments Links to this post
hai. harini isnin dah. maka, dah genap seminggu aku kerja. alhamdulillah semua nya baik-baik je. walaupun terlalu banyak drama yang dorang persembahkan, yang dorang cipta. lantak korang la. janji gaji aku masuk. ye dok?

makin banyak benda baru yang aku dapat belajar kat sana. especially pasal bunga kekwa la. perasaan paling best bila korang dapat kenal nama-nama bunga tu. serius lepas aku dah kenal nama bunga semua tu, aku makin terasa nak sangat tau lebih mendalam pasal bunga. iye, itu bukan bidang kerja aku. tapi aku sendiri minat nak belajar benda tu.

nak sangat aku tau bila bunga tu boleh harvest, takat mana batang tu nak dipotong?baja apa guna. semua-semua la. best ok. benda yang paling aku suka kat opis tu..bau bunga kekwa. tau tak bunga kekwa bau macam mana?herm...bau dia susah sikit nak describe, tapi unik. certain rang je kot dapat bau ni. hehe

aku dengan kak k suke betul bau bunga kekwa. swit je. actually kan, aku nak sangat show off tempat kerja aku kat sini. nak tunjuk semua-semua. tapi terlupa nak ambil gambar. macam mana mau show off kan. tak best la kalau setakat bercerita je, no pic no prove rite? hehe

insyaallah esok aku pergi tangkap gambar semua ea.


Monday, 14 May 2012

admin officer..ok laaa

Posted by azira rahman at 22:38 0 comments Links to this post
hai. now i'm here. at CAMERON HIGHLAND. not so wow la. mananya tak, nagis-nagis aku time nak pisah dengan family semalam. teruk jugak la aku nagis and dah lama sangat kot aku tak nangis macam tu. mula-mula aku dah sedih sikit and air mata ni dah start keluar tapi still boleh cakap la.

aku nangis memang tak reti cover punyala. atiqa dah start nyanyi-nyanyi lagu kat aku. tah apa lagu tu aku tak ingat, tapi ada la cakap 'mata along merah, along nagis'. lebih kurang la.....tapi last-last time betul-betul nak balik die yang nagis teruk. sama naik dengan aku je. haha.

aku rasa buat masa sekarang memang die xleh dengar suara aku lansung la. asal aku call cakap dengan die je mesti die nangis. herm, saba ye adik. along pun rasa yang sama, asal call rumah je mata nak basah je. tah kenapa tah. nyah sesuka hati je kutuk2 aku nangis. nak buat macam mana dah air mata ni yang nak keluar. kan adik kan.....

kerja?

so far kerja tak de sangat, sebabnya tadi first day aku. gaji dorang bagi rm1500 je. baloi x?bagi aku ok je sebab kerja aku bahagian admin. admin bukan banyak sangat pun kerja. so , tak mau la tamak sangat kan. FYI, kat atas tu sejukkk sangat. bagi aku la. sepanjang2 masa aku pakai sweater tadi. tapi budak lain selamber je xde pakai sweater. biasa dah kot.....

ok la..nanti aku update lain k. nak setel tengok running man pastu nak tido. 

Thursday, 10 May 2012

tanda tanya

Posted by azira rahman at 19:33 5 comments Links to this post
kalau nak ikutkan, lagi 3 hari aku bakal mula bekerja. sadly, aku takada mood lansung nak keja. banyak sangat isu yang bermain dalam kepala otak aku ni. mana aku nak stay nanti?macam mana kalau aku homesick?seriously aku akan homesick punya. dapat ke aku beribadah macam biasa. maksud aku kat sini, solat aku. terjagakah solat aku?ada dorang sedia tempat solat tak?ada kiblat tak?see...tu baru sikit aku keluarkan. macam mana dengan meow-meow kat kat rumah ni?sapa nak jaga dorang?macam mana kalau ibu bagi dorang kat orang lain...no wayyy...aku takmau! 

tapi pikir-pikir balik, pasal rumah tu. if aku kerja mana-mana pun aku still akan berdepan dengan masalah rumah sewa ni kan. ok, abaikan pasal rumah tu. noo....otak tak dapat nak abaikan. lagi 3 hari aku nak kerja and then aku still tak tau mana aku nak stay. what the..

the truth is, ade rumah sewa kat sebelah rumah im. tapi masalahnya dorang takmau aku masuk. ni yang aku tak paham sangat ni. dorang tak pikir ke?if dorang jadikan aku penyewa kat situ, dorang boleh jimat dorang punya belanja untuk sewa?eh bukan sewa je. segala bil air, bil letrik semua dorang dapat jimat. haih dorang ni belajar takat upsr je ke sampai tak boleh pikir? well maybe la dorang nak keselesaan. ahh bullshit la kau. 'kau' aku guna sebab yang tak bagi aku masuk tu sorang je, and die nak buat bilik yang bakal kosong tu jadi store. bodoh!

part ibadat aku lak. jujur aku cakap, aku tak rasa dorang solat. tah la, aku pun tak tau kenapa aku boleh pikir macam ni. if aku salah anggap kat korang, sori ea. nt kalau la aku dah ada rumah sewa, mana kiblat aku?nanti aku nak solat kat atas tu, mana kiblat aku? sangat susah hati bila pikirkan benda ni. mungkin dulu aku tak pentingkan solat, aku ikot je flow orang sekeliling aku. kalau aku dengan orang yang nak solat..aku solat. kalau aku dengan orang yang tak solat, aku tak solat. tapi sekarang aku dah berubah. aku dah tak tinggal solat. so how la aku nak beribadat kat tempat tu?howwww.......!!!

meow! ni jugak 1 kegusaran aku. seriously, aku takmo tinggal dorang. aku nak bawak dorang dengan aku. tapi masalahnya aku still tak ada rumah sewa. macam mana la nak bawak dorang semua. buatnya aku tinggal kat rumah, lepastu ibu bagi dekat orang. mau meraung aku.

seriously aku rasa macam takmau kerja. tapi sampai bila aku nak macam ni kan. aku nak tau sangat status rumah sewa aku tu. at least aku dapat menyewa bilik dengan sapa-sapa dah cukup elok. kalau ko tumpangkan aku, aku boleh je share bayar sewa dengan ko. takde masalah semua tu. sekarang aku kecik hati dengan im, merajuk la jugak. so aku xleh nak contact dia lagi la even aku dah desperate gile nak tau pasal rumah sewa tu. ibu dah tau yang aku ada masalah rumah. so ibu, along lepaskan semua ni kat ibu. kalau ibu tak bagi along kerja sana pun along tak berapa nak terkilan sebab terlalu banyak buruk dari baik.


ni lagi satu sebab kenapa aku berat hati nak pergi.....

Wednesday, 9 May 2012

kisah seekor apple

Posted by azira rahman at 10:02 3 comments Links to this post
semalam dalam area pukul 1 aku rasa, apple masuk bilik aku sambil mengiau. as usual la aku akan panggil die naik katil. just tepuk2 tilam je, nanti melompat la die naik. tapi kali ni lain sikit...dia macam lambat-lambat je nak masuk bilik pun. mula la aku rasa tak sedap hati, dalam mamai-mamai aku bangun la jenguk apa yang membuatkan die lambat masuk bilik aku tu. then aku nampak die gonggong something. mula la aku xsedap hati. macam last time die gonggong burung. xpe la kecik je burung tu. kali ni die gonggong tikus weh. punya seram. besar boleh tahan la. separuh dari size anak-anak dia. fuuuu. apa lagi, terus panggil ibu la. ibu la buang tikus tu. sebab aku still rasa geli dengan dia, aku kunci pintu. tak mau bagi die masuk, geli kot ada kesan-kesan tikus nak tido dengan aku. 3 kali jugak la aku bangun semalam sebab sedar dia masuk bilik melalui lubang kat atas tu. *sigh. last-last aku dah xtahan..aku lari pergi tido bilik baby. sebabnya bilik baby xde lubang lansung. memang die tak boleh masuk pun. dapat la aku tido sampai pagi. lepas subuh pun aku sambung tido lagi. sampai la aku terjaga sebab terdengar bunyi mengiau kat betul-betul depan pintu bilik baby. terus rasa macam.."ala...ciannya dia. dari semalam die nak main dengan aku, nk tido dengan aku". terus aku bangun, amek die bawak pergi toilet. kasi mandi itu meow. haha. now dah bersih, menempel je tepi aku ni. paling lawak nak jilat badan pun nak duduk atas badan aku. aigooo manja betu meow sekor ni.
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea