Monday, 21 May 2012

....happy work

Posted by azira rahman at 22:32
hai. harini isnin dah. maka, dah genap seminggu aku kerja. alhamdulillah semua nya baik-baik je. walaupun terlalu banyak drama yang dorang persembahkan, yang dorang cipta. lantak korang la. janji gaji aku masuk. ye dok?

makin banyak benda baru yang aku dapat belajar kat sana. especially pasal bunga kekwa la. perasaan paling best bila korang dapat kenal nama-nama bunga tu. serius lepas aku dah kenal nama bunga semua tu, aku makin terasa nak sangat tau lebih mendalam pasal bunga. iye, itu bukan bidang kerja aku. tapi aku sendiri minat nak belajar benda tu.

nak sangat aku tau bila bunga tu boleh harvest, takat mana batang tu nak dipotong?baja apa guna. semua-semua la. best ok. benda yang paling aku suka kat opis tu..bau bunga kekwa. tau tak bunga kekwa bau macam mana?herm...bau dia susah sikit nak describe, tapi unik. certain rang je kot dapat bau ni. hehe

aku dengan kak k suke betul bau bunga kekwa. swit je. actually kan, aku nak sangat show off tempat kerja aku kat sini. nak tunjuk semua-semua. tapi terlupa nak ambil gambar. macam mana mau show off kan. tak best la kalau setakat bercerita je, no pic no prove rite? hehe

insyaallah esok aku pergi tangkap gambar semua ea.


0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea