Friday, 29 June 2012

teguran mendewasakan kita

Posted by azira rahman at 23:46 2 comments Links to this post
hai.

lately..hampir setiap hari aku berhadapan dengan rungutan office mate aku pasal kerja/tugasan dia. pasal orang atasan complain sebutaan die la, pasal orang atasan complain pasal tugasan die la, orang atasan complain macam-macam lagi la. 

minggu ni kiranya aku dengar aduan dia pasal ni boleh kata sepanjang hari la. well, bagi aku benda tu  tak patut nak di ambil hati pun. dorang bukan saja-saja kutuk maki hamun saja-saja. dorang tegur kesalahan kita kot. as a beginner, kita kena terima la semua teguran tu. 

contohnya la. baja FUSED. in english lain kan sebutan die. tapi die sebut tu dalam sebutan melayu. boleh bayang kan apa jadi dengan sebutan tu. orang atasan pun tegur la, sebutan salah. nanti bila deal dengan supplier mesti la company yang malu kan. company besar, tapi nak sebut perkataan english pun salah. tapi member aku ni macam sentap dengan teguran tu. tak patut rasanya kan....

aku sampai sekarang tak de la nak rasa sentap bila kene tegur. sebab aku tau salah aku, aku tau mana aku patut belajar lagi. memang aku nampak dorang macam selalu nak carik salah die. and part tu aku pun tak berapa nak faham la. hari-hari die jadi bahan marah orang. 

aku admit la. die bukan la fast learner. so orang lain kene la faham kan. ala, kalau letak orang lain kat tempat die, orang tu pun belum tentu dapat buat apa yang die buat. so kat sini, pendapat aku la...member aku ni seharusnya tak cepat sentap. hey..small matter je la. 

Monday, 18 June 2012

lelaki kuat merajuk...pandangan?

Posted by azira rahman at 22:58 1 comments Links to this post
apa pandangan/ pendapat korang pasal lelaki yang kuat merajuk?

mean aku kat sini, lelaki tu kuat merajuk even sebab-sebab yang kecik je. annoy kan. bagi aku la kan. kerja-kerja merajuk ni kerja perempuan je. lelaki tugas dia memujuk. kat sini aku bukan nak menunding dekat sapa-sapa ea, tapi aku just nak meluahkan perasaan aku. yela, dok tempat baru, persekitaran baru, kawan baru..dengan sape la nak meluahkan perasaan..blog je la kan....

lelaki yang aku kenal ni dia sangat kuat merajuk. bila korang dengar apa sebab dia merajuk sure korang rasa nak tapak2 muka die tu. sebab yang sangattt kecik. contohnya la, sebab berebut tempat tidur. well, selama aku kenal lelaki ni kan. tak pernah lagi la aku dengar dorang memilih pasal tempat tidur. setahu aku la kan, mana tempat dorang melepak situ la dorang tidur selagi lantai ada alas. itu je kot yang dorang perlukan. selimut ke bantal ke itu lain cerita. ini boleh apply kat kk je la. cameron xboleh sebab sejuk. nak tak nak selimut wajib ada. mamat tu, sebab tak dapat tidur kat tempat yang die nak tidur, terus die merajuk tidur dalam bilik sorang-sorang. wat the....rasa nak tapak tak?

and tadi, die berebut nak duduk mana dalam kereta. masing-masing taknak mengalah sebab masing-masing nak duduk depan. fine, yang tu aku mengaku la yang mmbe aku salah la. sebab kereta tu dia yang masuk dulu, member aku masuk kemudian. tapi tak perlu la sentap sampai habis kerja kan. bullshit gila. kecik sangat kot hal tu.

susah betul nak deal dengan orang macam ni. cakap sikit nak sentap, cakap sikit nak sentap. well 1 je aku boleh cakap, ADA AKU KESAH?!!

miahahaha..nnite!!!

Wednesday, 13 June 2012

Posted by azira rahman at 22:51 3 comments Links to this post
hai...harini dah masuk hari ke 4 aku kemalangan..luka pun masing2 dah kering. cuma kalau berlanggar dengan apa-apa still rasa macam ngilu gile la. sekarang nak mandi bersih-bersih pun dah boleh dah. kalau 3 hari lepas aku mandi cukup syarat je.  syarat mandi basah la kan..hehe. maunye tak, punya la pedih tangan ni bila kene air. pastu macam mana la jugak nak gosok2 semua tu kan. memang tak la. tapi alhamdulillah la, dah makin kering.

member aku, still macam tu. still tak boleh jalan. erm biasa la tu. orang tak pernah excident memang akan rasa manja sikit. eh bukan manja la, ape tah perkataan beyul u describe mende ni ea?berwaspada ok ke? menyesal jugak la aku keluar jugak malam tuu. tak pasal2 dah susahkan hidup anak orang.

bila benda dah jadi im cakap.."sebenarnya aku ade gak rasa berat hati nk bg die kua, tapi dah die nak kuar sangat aku cakap ikot suke la"..herm, kalau im cakap tak bagi confirm aku tak kuar punya la. ingat aku berani sangat ke?tapi dah die cam tak kesah and aku ni style nak sangat berdikari. aku pun kuar la. last2 ni yang jadi. memang dah takdir rasanya kan.

aku nak tulis macam2 kat sini. tapi perasaan malas tu membuak2.tah kenapa la.....

Monday, 4 June 2012

jangan balas dendam ye..

Posted by azira rahman at 22:20 0 comments Links to this post
hai.

lama betul tak berblogging sampaikan aku tak sure aku nak start dari mana. *sigh.

ok la. sekarang ni kan cuti sekolah. so haruslah banyak kenduri kendara kan. well itu perkara biasa. tapi yang luar biasanya ialah apabila yang kawin tu kenalan-kenalan aku. sebab apa jadi luar biasa? sebabnya aku sekarang dekat cameron highland, member aku kat kedah. sangatlah tak best bila tak dapat nak pergi kenduri kawin dorang. eh sekali seumur hidup je kan...sob3~

bila jadi macam ni terus aku rasa takut. ye la..aku ni pun dah tak lama mana dah nak hidup membujang. kang member salah faham ingat aku saja-saja je takmau pergi kenduri dorang tak ke haru? sape la nak datang kenduri aku nanti? dah la kenduri kat kampung tu memang susah gile la nak nampak muka aku ni. haiyaa. harapkan member je la nak datang meriahkan majlis aku.

member yang kawin..sila jangan salah faham okeh. bukan aku saje suke-suke tamau pergi kenduri korang. aku kerja jauh, aku takde banyak cuti, aku susah nak balik. haa amek kau punya banyak alasan aku bagi. sori tau. kenduri aku nanti jangan la korang balas dendam lak ea....








p/s: teringat kata bos time meeting tadi " korang kawin la cepat-cepat. boleh save bilik, save katil. saya boleh sponser maa kenduri kamu"...miahaha~awesome bos being awesome!

Saturday, 2 June 2012

Posted by azira rahman at 23:26 0 comments Links to this post
seriously..aku nak hupdate belog. time keje bukan main mencanak-canak lagi idea datang main-main kat otak aku ni. macam mengejek-ejek aku buat kerja je tau. then sampai je rumah, terus hilang mood nak berblogging tu. asyik melayan 9gags je. harem je kan. xpe la...ade rejeki ade la kan..haha boleh ka macam tu?
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea