Wednesday, 25 July 2012

bertahanlah wahai bumi

Posted by azira rahman at 20:51 4 comments Links to this post

ape perasaan korang bila tengok keadaan macam ni? bukit dibogelkan, tanah diratakan....

*sigh

mungkin bagi orang bisnes ni adalah keuntungan dorang..

tapi bagi aku..aku rasa sakit. seakan2 aku dapat rasakan kesakitan bumi ni. sob3~

Sunday, 22 July 2012

ramadhan-2

Posted by azira rahman at 22:00 2 comments Links to this post
selamat menyambut bulan ramadhan. tak terlambat lagi kan aku nak wish. dah hari kedua berpuasa, tapi aku sehari pun tak puasa lagi. adoiyai apa boleh buat, women excuses. hehe.

selama 2 hari aku tak berpuasa ni jugak la aku menghabiskan lunch hour aku kat rumah indon. miahaha, ade makan beb kat rumah tu. kalau rumah bangla macam malu sket la sebab semuanya lelaki. tapi rumah indon, ape nak malu, dorang pun excuse macam aku jugak. well....

tapi yang tak bestnye ade jugak lelaki indon yang tak puasa, itu yang tak best tu. siap ade 1 family tak puasa lagi. itu memang tak boleh nak buat ape la kan...tak pe la, korang buat la ape korang nak buat. nak tegur bukan nye dorang tak tau, masing-masing dah tua. dah pakcikpakcik pun. malu je kalau aku yang tegur kan.

oh yea, btw aku ada jumpe sekor meow ni kat rumah indon tadi.  


kesian je meow ni kan...tak pasal-pasal jadi avatar. memang keji la sape yang conteng kepala die ni...

selamat berpuasa, jangan lupe niat ye =)

Friday, 20 July 2012

salam ramadhan

Posted by azira rahman at 20:34 1 comments Links to this post
currently aku kat rumah sorang-sorang dikala umat islam berpusu-pusu pergi solat tarawikh. bukan aku sengaja tamau pergi ea. aku ade sebab yang sangat kukuh. hehe

esok dah start puasa, tapi aku tak dapat nak rasa nikmat puasa lagi. nak makan pun tak best sebab perut rasa sakit sangat. macam mana la keadaan puasa esok ea?tak sabar sangat nak tunggu esok.

haa sejak im takde kan, chaa sangat menjaga aku. terrrrrharu sangat ni. offer nak belikan lunch, tanya dinner dah makan lom, siap ajak pergi tarawikh lagi. bestnye kan bile dikurniakan kawan macam ni. aku sejak-sejak kenal kawan-kawan im aku dah dapat rasa yang aku ngam gile dengan chaa je. dengan die je aku nak bergurau pun. kalau dengan orang lain, sori la.

ok la...
selamat menyambut bulan ramadhan. bagi yang boleh puasa, puasa elok-elok, jangan ponteng. bagi yang tak boleh tu, jangan la makan terang-terang ea. hormat sikit orang puasa tu. kurang-kurangkan lah mengumpat. ini ingatan untuk diri aku sendiri jugak.


p/s: jangan lupe niat puasa untuk sebulan terus.

Sunday, 15 July 2012

fitnah lebih besar dosanya dari membunuh

Posted by azira rahman at 21:56 2 comments Links to this post

" ko nak tau tak, die tu perangai buruk gile. pastu suke cakap belakang. nak semua dia yang bagus. bla blabla"

aku yakin 90% korang pernah alami keadaan ni. aku yang baru masuk tempat kerja baru pun dah disogokkan dengan pelbagai keburukkan perangai orang. tapi kesian la kat orang yang menyampaikan cerita buruk tu sebabnya aku sikit pun tak terpengaruh dengan cerita busuk die tu.

mungkin akan ada orang dungu yang akan percaya cerita yang dia sampaikan tu bulat-bulat tanpa ada usul periksa. memang wujud orang macam ni. lepas dia percaya, mula la orang yang dicakap buruk tu dipandang serong. semua pun tak mau nak kawan dengan die. 

actually keadaan ni memang betul-betul terjadi kat aku. terjadi kat persekitaran tempat kerja aku yang baru. masuk-masuk je daftar kerja terus dapat dengar semua cerita tak enak. mesti korang ingat yang sampaikan cerita busuk tu perempuan kan. well biasa la, perempuan mesti akan di kaitakan dengan suka menjaja cerita.. tapi dalam keadaan aku ni lain pulak, yang menjaja cerita tu seorang kaum ADAM. wah sungguh aku tak sangka ada kaum adam bersikap sedemikian rupa.

ok berbalik pada topik asal. macam macam cerita dia cerita kat aku untuk memburukkan ita (bukan nama sebenar). semua apa yang die cerita semua aku simpan kemas dalam otak aku ni. aku simpan kemas bukan sebab aku nak percaya bulat-bulat, tapi sebab aku nak nilai sendiri kebenaran apa yang dia sampaikan tu. aku nak bandingkan sendiri cerita tu dengan perangai sebenar ita. 

sampai satu masa bila aku dah rasa aku rapat dengan ita, terus aku tanya ita kebenaran tentang semua cerita yang di sampaikan. sah. semua ceita tu hanya rekaan. sedih bagi sapa-sapa yang percaya dengan cerita rekaan die tu. aku betul-batul tak faham apa yang dia dendamkan dengan ita sampai macam-macam fitnah die taburkan pasal ita. tak tau ke die dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh??

so sekarang, aku dah tau mana kaca mana permata. mana aku harus percaya, mana aku harus jauhkan diri. alhamdullillah, aku dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna untuk menilai kebaikkan dan keburukkan. tak selamanya aku tenggelam dalam cerita rekaan dia. doa aku, dia cepat-cepat sedar tentang dosa yang die sedang buat. and bagi aku, aku tak pernah ada kawan macam tu. sori, aku tak sanggup nak berkawan dengan kau si penabur fitnah.

Friday, 13 July 2012

salam jumaat

Posted by azira rahman at 10:22 2 comments Links to this post
SALAM JUMAAT.

macam biasa, hari jumaat adalah hari offday aku. so harini aku decide nak offday setelah 2 minggu berturut-turut tak offday. sengaja aku pilih nak bercuti sorang-sorang. nak tenangkan fikiran sikit. kadang-kadang kita kena lari jugak dari orang yang kita sayang kan...

sedar tak sedar lagi seminggu je lagi nak masuk Ramadhan. tak sabar sangat rasa. mungkin dalam seminggu je la aku sempat berpuasa kat rumah. maksud rumah disini adalah rumah sewa aku la, bukan rumah kat hutan kampung tu. so sekarang dah jadi macam zaman aku study dulu-dulu. puasa sendiri-sendiri. wuuuu~sedih jap. nasib baik la boleh raya kat rumah.

erk, apa aku nak buat offday harini ea?suggest?planning aku just nak online shopping. survey semua shopping blog. miahahha. pastu kalau bosan tengok je la running man. smart kan!

Sunday, 8 July 2012

bodoh sombong

Posted by azira rahman at 21:46 2 comments Links to this post
sampai mana tahap kesabaran korang?

tahap kesabaran aku bergantung kepada sapa aku berkomunikasi. if aku berkomunikasi dengan kawan-kawan baik aku, haruslah tahap kesabaran aku setabal kamus dewan. tapi bila aku tengah berkomunikasi dengan orang yang aku tak suka, x ngam la..tahap kesabaran aku boleh menceceah 1/4 nipisnya kulit bawang tu.

haa punya la aku nak tekankan betapa nipisnya tahap kesabaran aku bila aku deal dengan orang aku tak suka. so, malam ni ada orang yang aku memang dah tak suka sejak kesian lama, nak uji tahap kesabaran aku. nasib die la...memang dapat hamun la dari aku kan.

aku pun agak terkejut dengan diri aku tadi. kenapa aku nak melenting sangat?hal kecik je yang die dok berbalah dengan aku tadi. pasal isu kutip duit untuk belanja makan. sori aku akan mencarut bila pikirkan insiden tadi. that sial keluarkan isu kenapa tak nak share duit makan macam sebelum ni dah? eh aku rasa itu takde kaitan lansung dengan die. tapi die yang kepoh-kepoh bising cakap kami ni susah la, berkira la.  

erk, mampus kat aku la nak bagi duit untuk makan ke x. aku makan pakai duit die ke?tak rasanya..selama ni makan same pun, kebanyakkan im yang bayar. so, apa jadah die nak bising? kalau kutip pun..aku tak makan kat rumah. makin syiok la kawan sekaum die tu berbelanja duit aku kan. suke-suke beli apa-apa yang die nak makan. camtu?

blah la.

now aku dah rase makin bengkek dengan die. dah la bodoh sombong. ketara sangat kot bodoh die tu, pastu nak belagak pandai. sila pergi mampus la. 

sedih betul.....aku penat-penat je masak sampai pedih tangan-tangan aku. tapi sebab that sial, mati selera aku nak makan. ibu......i need u la ibu.....

Wednesday, 4 July 2012

seperti kucing bercakap dengan ikan

Posted by azira rahman at 19:22 2 comments Links to this post
sedar tak sedar sekarang dah 4 july. cepat je masa berlalu. rasa macam baru-baru je lagi aku masuk kerja kat situ. tapi sekarang aku dah kene ikot bos meeting dengan customer. ok je nak suruh aku meeting dengan dorang. aku siap dah berangan nak speaking habis-habiskan sebelum aku masuk meeting room tu.

alih-alih bila aku masuk je aku jadi macam badut je. mananya tak, sebelah pihak cakap cine sebelah pihak lagi cakap jepun. adeh, serious aku lupa yang orang jepun kureng guna English. yang staf cine kat campany aku tu pun beragak la, xpayah la cakap cina terus-terusan. macam badut sarkas dah aku tadi. apa-apa je yang dorang cakap semua aku angguk kepala. tah dorang kata apa kat aku pun aku tak paham lansung. so, tak berguna pun la aku punya angan-angan tadi. kehkehkeh

actually bos suruh aku ikot dorang meeting sebab nak suruh aku belajar. sebabnye lepas ni bos nak upgrade aku jadi marketing officer. perghh upgrade tu, dah macam software dah kan. haha. pape je la bos, upgrade la aku jadi pape pun, janji aku ade kerja tak dok saje buang masa.


Monday, 2 July 2012

tolong jangan buat pandai =)

Posted by azira rahman at 20:51 4 comments Links to this post
harini terjadi 1 incident kat aku. incident ni kecik je, tapi aku still nak tulis kat sini. as pengajaran la....

tugas aku buat meeting agenda. memang setiap minggu aku akan busy la hari ahad dengan isnin sebabnye meeting hari isnin. aku pun dengan susah payah bertungkus lumus la buat tugasan yang diberikan. harus la aku nak kerja aku perfect kan. aku tak suke kerja halai balai, and aku tau orang lain pun tak suke.

tengah-tengah aku kyusuk buat kerja tetiba aku terima satu teguran. well, aku bukan orang yang tak boleh terima teguran. aku boleh je terima as long teguran tu betul.

pernah tak korang belajar kat sekolah pasal huruf AEIOU? kalau dalam English, kalau jumpa apa-apa perkataan yang bermula huraf AEIOU ni kene letak AN kan kat sebelum ayat tu. contohnya la. 

I ATE AN APPLE EVERYDAY. 
SHE GIVE YOU AN UMBRELLA

tapi..pernah tak korang dengar perkataan ni?

HE WEAR AN UNIFORM TO SCHOOL TODAY.

ade pernah dengar tak?kalau-kalau ade cikgu korang ajar sebelum uniform kene ade an? seriously, aku bengang gile tadi. sampai sanggup call adik aku time keje. sebab nak kan kepastian. yela, mana tau aku sorang je yang tak pernah dengar kan. manenye tak, sebab die sangat-sangat confident dengan ayat 'AN UNIFORM' die tu. 

yang buat aku marah snagat tu, konfident die tu. bersungguh-sungguh die cakap die betul. last-last memang jadi bahan gelak aku la kan. hey, dengar pun dah boleh tau la salah. takkan tu pun nak kene ajar. kate budak university. tapi benda darjah 1 ni pun boleh salah...apa da...

ayat aku 
"attention to all officers and workers, please wear a uniform for customer visit"

ayat die
"attention to all officers and workers, please wear an uniform for customer visit"

bangang tak bangang???
actually aku pun tak berapa nak pandai english ni. aku pun tak sure if kalau dah ada ALL/MANY atau apa-apa perkataan yang dah menunjukkan banyak/ramai, perlu ke ada S lagi kat hujung perkataan tu?macam "all officers" perlu ada s ke x ea?aku tak pandai, tapi aku tanya. bukan aku buat pandai.

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea