Sunday, 15 July 2012

fitnah lebih besar dosanya dari membunuh

Posted by azira rahman at 21:56

" ko nak tau tak, die tu perangai buruk gile. pastu suke cakap belakang. nak semua dia yang bagus. bla blabla"

aku yakin 90% korang pernah alami keadaan ni. aku yang baru masuk tempat kerja baru pun dah disogokkan dengan pelbagai keburukkan perangai orang. tapi kesian la kat orang yang menyampaikan cerita buruk tu sebabnya aku sikit pun tak terpengaruh dengan cerita busuk die tu.

mungkin akan ada orang dungu yang akan percaya cerita yang dia sampaikan tu bulat-bulat tanpa ada usul periksa. memang wujud orang macam ni. lepas dia percaya, mula la orang yang dicakap buruk tu dipandang serong. semua pun tak mau nak kawan dengan die. 

actually keadaan ni memang betul-betul terjadi kat aku. terjadi kat persekitaran tempat kerja aku yang baru. masuk-masuk je daftar kerja terus dapat dengar semua cerita tak enak. mesti korang ingat yang sampaikan cerita busuk tu perempuan kan. well biasa la, perempuan mesti akan di kaitakan dengan suka menjaja cerita.. tapi dalam keadaan aku ni lain pulak, yang menjaja cerita tu seorang kaum ADAM. wah sungguh aku tak sangka ada kaum adam bersikap sedemikian rupa.

ok berbalik pada topik asal. macam macam cerita dia cerita kat aku untuk memburukkan ita (bukan nama sebenar). semua apa yang die cerita semua aku simpan kemas dalam otak aku ni. aku simpan kemas bukan sebab aku nak percaya bulat-bulat, tapi sebab aku nak nilai sendiri kebenaran apa yang dia sampaikan tu. aku nak bandingkan sendiri cerita tu dengan perangai sebenar ita. 

sampai satu masa bila aku dah rasa aku rapat dengan ita, terus aku tanya ita kebenaran tentang semua cerita yang di sampaikan. sah. semua ceita tu hanya rekaan. sedih bagi sapa-sapa yang percaya dengan cerita rekaan die tu. aku betul-batul tak faham apa yang dia dendamkan dengan ita sampai macam-macam fitnah die taburkan pasal ita. tak tau ke die dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh??

so sekarang, aku dah tau mana kaca mana permata. mana aku harus percaya, mana aku harus jauhkan diri. alhamdullillah, aku dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna untuk menilai kebaikkan dan keburukkan. tak selamanya aku tenggelam dalam cerita rekaan dia. doa aku, dia cepat-cepat sedar tentang dosa yang die sedang buat. and bagi aku, aku tak pernah ada kawan macam tu. sori, aku tak sanggup nak berkawan dengan kau si penabur fitnah.

2 comments:

THOMMY said...

Ish ish ish....malu aku sbg kaum adam... klu aku jd adam AF lg malu... err... mcm x lawak plak...

azira rahman said...

hahaha,,,,stuju!adam AF lagi memalukan..hahahah

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea