Wednesday, 8 August 2012

quick update

Posted by azira rahman at 23:49
assalamualaikum..

sedar tak sedar dah masuk hari ke 19 kita berpuasa kan. selama aku tak tulis blog ni dah macam - macam perkara yang jadi. ada yang best ada yang worst. bagi aku yang worst lagi banyak dari best. tapi sebab aku pandai manage emosi aku, yang worse tu lansung tak effect aku punya daily life.

meh la aku update apa yang jadi kat aku sepanjang 2 minggu ni kan.

1. OBON SEASON. obon season ni adalah satu pesta bunga kat Japan. kire time ni semua penduduk Japan akan berpusu-pusu beli bunga. for what reason, sungguh aku tak tau. tapi time ni kire peak la jualan bunga tu. kalau biasa-biasa sehari dalam 300 hingga 400 kotak. tapi bila season jumlah kotak boleh mencecah sampai 1.5K. haa kagum tak? so sepanjang season berlansung, semua officer akan dibekukan cuti n lepas tu kene kerja malam. sape nak tido kat farm lagi baik. well aku sangatlah tak kesah kalau nak suruh tido kat farm sebab bos bagi elaun beb. 3ratus setengah, free2 sapa tak mau kan..........

2. KES GADOH. aku rasa aku dah selalu sangat mention pasal ketakpuasan hati aku kat entry sebelum ni kan. let say aku namakan mamat ni SUMBAT. ok, si sumbat ni reka macam-macam cerita pasal rumet aku. at first memang aku percaya dengan cerita die and sampai lah satu hari aku dengar die cakap satu auta yang aku tau faktanya. eh faham x?macam ni la...die cakap pasal gaji penjawat kerajaan, padahal aku sangatlah tau pasal gaji penjawat kerajaan sebabnya selalu sangat aku tengok kat internet. start hari tu, aku mula korek sikit-sikit kesahihan cerita yang aku dengar dari sumbat tu. aku tak tanya orang lain, aku terus tanya tuan yang die reka-reka cerita tu. sangkaan aku tepat. semua cerita yang die sampaikan sebelum ni semuanya rekaan die semata-mata. alhamdulillah, nasib baik aku tanya, kalau tak mesti aku dah buat salah benci orang yang benar. orang yang salah pulak aku sokong2. tapi masalahnya sekarang, sumpat salahkan aku seratus peratus. "baru datang 2 3 hari dah buat orang gado." ni ayat die. aku ingat sampai sekarang. memang la, sebabnya aku datang menegakkan kebenaran. mungkin orang lain bodoh semua percaya bulat-bulat cerita ko. tapi bukan aku. yang lain dengar, percaya, and terus pandang serong kat fia. tapi aku dengar, perhati, and dapatkan kebenaran. simple. so sekarang aku memang takkan bercakap dengan die dah. tah la, rasa benci betul dengan die sekarang.

3. RAYA!!!! palingggggg ditunggu-tunggu. rasa tahun ni mesti lain sangat rasanya kan. dah dapat feel sikit-sikit bila adik-adik dah start cakap berapa dorang mau duit raya. bila aku dah start tuka duit seringgit untuk bagi kat kezen-kezen. yaiii ini rupanya perasaan beraya orang yang dah bekerjaya. huhu. tak pe la adik-adik ku, setahun sekali je along nak bagi duit kat korang. tak sabar nak balik raya. miss my mommy, daddy, sista dengan miowth. 

4. TERAWIKH. yea. ramadhan ke 19 baru aku nak merasa pergi terawikh, kesian kan. tu pun hampir tak dapat pegi sebab im balik malam, fia cakap die letih mau tido awal. sebelum ni season tido kat farm. malam ni baru balik tido kat rumah. nasib baik laaaaa ade chaa, bawak aku pergi masjid. walaupun die tak ikot sembahyang sekali die still dapat pahala sebab hantar amek aku sembahyang. tq chaa....insyaallah, aku nak penuhkan malam-malam terakhir ni dengan terawikh. amin

rasanya setakat ni dulu la. dah almost midnite ni. harus tido, kalau tak esok mesti terlepas subuh.

2 comments:

aizatghani said...

kerja rajin2 bu...duit raye utk anak2 jgn lupa okey?

azira rahman said...

erk...korang mau jugak ke?btw kan...im mau p kenduri amal!!!yeayyyy!!!

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea