Saturday, 3 November 2012

just found my peace

Posted by azira rahman at 22:40
lately aku macam banyak serabut, kusot dari tenang. syaz cakap maybe sebab lame aku tak cuti, tapi rasanya tak. baru last week kot aku bercuti, balik rumah lagi tu...haaa

tapi tah la, dah nak kusot serabut jugak kan. kalau dulu time kat ums sure aku akan pergi kat tempat fav aku kalau aku serabut. yela...dulu ums banyak masa free, ade transport. mane aku nak pergi tak payah susah-susah nak mintak permission sesape, nak pinjam transport bagai. redah je....

PANTAI!!!!
yea..pantai dapat buat aku tenang bile aku ade masalah. sumpah tak tipu. duduk sorang-sorang, mengadap pantai yang terbentang luas macam takde penghujung. YA ALLAH, besarnya kuasa kau.! tambah-tambah kalau ada bunyi ombak. rasa macam setiap ombak yang datang tu, sikit demi sikit die kikis aku punya masalah tu.

tapi itu aku punya ubat time kat ums la. sabah boleh la...banyak pantai. mane aku nak? ODEC? TANJUNG ARU? TANJUNG LIPAT?haaa...bersepah kot pantai kat sane. 

tapi..... (tapi lagi.......)

aku sekarang dah menetap kat cameron highland, di ulang cameron HIGHLAND. tanah tinggi beb. mane wa nak carik pantai lagi.?? memang takkan jumpa sampai kesudah la kan. nak tak nak terpaksa la cari ubat ketenagan yang baru. 

alhamdulillah. aku jumpa. 

dengan udara yang sangat nyaman, sunyi, pemandangan cantik...aku rasa tenang sangat walaupun tengah-tengah duduk melepak ni mulut aku tak hentihenti membebel meluahkan ke tidakpuasan hati aku. wa member dengan pokok sekarang. nak cite problem pun dengan pokok-pokok je. huuu sadis je.

still the best view even kene halang dengan pokok

main-main dengan rumput ape tah, cantik.....
bila duduk kat tempat tinggi, nampak burung terbang, terus rasa macam nak jadi burung. boleh terbang nak pergi mana-mana je die suke. rasa nak pergi bukit ni, terbang je. nak pergi bukit seberang...terbang je. bukan la aku ni teringin sangat nak jadi burung. just aku nak kebebasan yang burung tu ade. kebebasan untuk berbuat ape sahaja yang aku nak.

2 comments:

CK said...

glad you found it. :)

azira rahman said...

hehe.....u one of my peace

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea