Friday, 2 November 2012

muhasabah diri

Posted by azira rahman at 20:14
rasanya dah berapa bulan dah aku tak update blog. sebabnye? tak sempat, takde masa, malas. well itu semua alasan biasa aku bagi kan....sejujurnya. aku malas.

harini aku terasa sangat nak muhasabah diri ni. umur aku dah 23 tahun. tapi aku macam tak de arah tujuan. mean aku, hidup aku macam takde panduan. orang lain sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan. tapi aku, apa perubahan yang aku buat?perubahan ke arah keburukkan ke?

aku nak berubah. sumpah! sentiasa ada niat untuk aku berubah jauh dalam hati aku ni. tapi macam ade certain sebab yang menghalang. aku pun tak tau apa yang menghalang aku untuk berubah tu. kawan-kawan kah? persekitaran aku kah? nafsu kah? atau diri aku sendiri?

ya ALLAH, bantulah aku. bila aku balik rumah, jumpa adik-adik aku. aku sedih. aku seharusnya jadi contoh, jadi model untuk adik-adik aku contohi. pakaian tak mencerminkan muslimat lansung, padahal ibu abah pakai sopan, ikot kehendak agama. kenapa aku liat sangat nak ikot? malu ke?dem u azira! tengok angah, die boleh pakai baju labuh, besar2, siap pakai sock lagi. aku? kadang-kadang aurat pun tak mampu nak tutup. bangga sangat ke dengan aurat tu?cantik sangat ke kulit aku ni?cantik sangat ke rambut tu?

harap sangat aku akan cepat mendirikan masjid. aku dah tak boleh hidup macam layang-layang lagi dah, makin sesat aku dibuatnye. cukuplah sepuluh tahun hidup bergelumang dengan dosa dan noda. insyaallah, aku sedang cuba untuk berubah. 

2 comments:

CK said...

berubah sikit2 bu. n kuatkn smgt. insya allah you can do it. if you believe in it, you can do it.

azira rahman said...

yea...i'll try. tq ain

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea